Sumbing bibir dan lelangit adalah kecacatan kelahiran yang berlaku bila atau mulut bayi tak terbentuk dengan sempurna ketika bayi di dalam rahim.
Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, bibir terbentuk pada minggu ke-4 dan minggu ke-7 kehamilan. Sepanjang perkembangan bayi ketika hamil, sel-sel dari arah berlawanan akan membesar dan bercantum pada tengah-tengah untuk membentuk muka bayi.
Percantuman ini membentuk bahagian muka seperti bibir dan mulut. Sumbing terjadi apabila proses pencantuman yang melibatkan bahagian mulut tidak bercantum sepenuhnya sebelum dilahirkan menyebabkan ada bukaan di bahagian bibir atas. Bukaan ni boleh jadi kecil melibatkan bahagian bibir atas sahaja sehingga melibatkan lelangit dan juga bahagian hidung. Bayi yang ada sumbing bibir boleh ada sumbing lelangit.
Bayi yang ada masalah ini boleh ada masalah pertuturan, masalah untuk makan dan boleh ada masalah jangkitan pada telinga. Juga boleh ada masalah pada gigi.
Sebab-sebab berlaku sumbing ni tak diketahui. Banyak sebab dikaitkan dengan faktor persekitaran si ibu, pemakanan atau pun sesetengah ubat yang digunakan oleh ibu ketika hamil. Tapi tak ada kata putus yang mengatakan memang betul-betul disebabkan olehnya, cuma ada perkaitan sahaja.
Ada beberapa kajian menyatakan bahawa faktor-faktor ini meningkatkan risiko ibu mendapat anak yang sumbing:
MEROKOK – wanita yang merokok ketika hamil adalah lebih berisiko mendapat baby yang sumbing jika dibandingkan dengan wanita yang tak merokok
KENCING MANIS – wanita yang telah mengidap kencing manis sebelum hamil mempunyai risiko tinggi mendapat anak yang sumbing jika dibandingkan dgn wanita yang tidak ada kencing manis
PENGGUNAAN UBAT-UBATAN – wanita yang menggunakan ubat sawan/epilepsi seperti topiramate atau asid valproik pada trimester pertama kehamilan berisiko tinggi, jika dibandingkan dengan wanita yang tak mengambil ubatan ini.
Sumbing bibir boleh dikenalpasti ketika ujian scan masa mengandung. Sumbing lelangit lebih mudah dikenalpasti lepas bayi dilahirkan. Ada sesetengah jenis sumbing yang lain pula mungkin dikenalpasti lambat, dalam kehidupan bayi itu.
Doktor sendiri pun tak tahu sebab apa sumbing ini terjadi, hanya mampu mengaitkan kejadian ini dengan beberapa perkaitan sahaja.
Sumbing langsung tak ada kaitan dengan ibu yang selalu minum atau makan dari cawan atau pinggan mangkuk yang sumbing ( pecah sedikit ) – Jangan MENGARUT !
Kredit gambar: google
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA