Pemandu bas sekolah muatnaik video murid sekolah rendah direman 5 hari. Di zaman digital ini, maklumat peribadi mudah tersebar dengan pantas di pelbagai platform. Salah satu aspek yang semakin mendapat perhatian ialah privasi kanak-kanak, terutamanya apabila melibatkan rakaman gambar oleh orang luar.
Pemandu Bas Sekolah Muatnaik Video Murid Sekolah Rendah Direman 5 Hari
Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam melindungi privasi anak-anak.
Memetik Harian Metro, seorang pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video murid sekolah rendah yang juga penumpangnya dan merujuknya sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’ direman lima hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.
Sehubungan itu, pemandu bas berusia 24 tahun itu akan direman sehingga 10 September depan bagi siasatan mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.
Terdahulu media melaporkan suspek berkenaan ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dilaporkan berkata penahanan pemandu bas itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 2.57 pagi tadi.
Gambar sekadar hiasan.
Polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya
Ads
Sebelum ini tular di TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Gambar sekadar hiasan.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.
Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima hadiah berbentuk wang tunai daripada peminat ciliknya menerusi satu kiriman surat berserta dompet yang berisi wang sebanyak RM5.50.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Aqil mendedahkan hadiah tersebut diberikan oleh dua orang peminat bernama Dayana dan Danish. Walaupun niat mereka amat murni dan menyentuh hati, Aqil berpendapat bahawa hadiah sebegitu tidak wajar diterima kerana bimbang akan membebankan mereka.
“Ada peminat beri hadiah nama dia Dayana dan Danish. Mereka beri dompet tetapi dalam dompet ada duit sekali. Ibu bapa awak bagi duit untuk belanja di sekolah dan kalau ada duit lebih boleh simpan,” jelasnya dalam video tersebut.
Aqil menjelaskan bahawa dia lebih selesa jika peminat hadir sekadar untuk bertemu atau menyokong tanpa membawa apa-apa hadiah, apatah lagi dalam bentuk kewangan. Katanya lagi, dia tidak memerlukan hadiah wang kerana sudah mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
“Sila mesej (DM) saya sebab nak pulangkan duit yang awak beri. Saya akan pulangkan dua kali ganda dari wang yang awak beri tu,” ujarnya sambil berseloroh.
Tindakan Aqil yang berpegang kepada nilai empati dan keprihatinan ini meraih pujian ramai netizen yang turut tersentuh dengan keikhlasan peminat-peminat kecil tersebut. Dalam dunia digital yang serba pantas dan materialistik ini, momen seperti ini menjadi peringatan tentang nilai kasih sayang dan penghargaan yang tulus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sehelai nota yang ditinggalkan bersama seorang bayi menyentuh hati kita. Hanya kerana desakan ekonomi yang tinggi sehingga bayi kecil ini menjadi mangsa ditinggalkan sendirian.
Bayi malang itu ditinggalkan dalam sebuah kotak namun lengkap berbaju dan berselimut serta sedikit kelengkapan barangan bayi lain.
Melihat raut wajah yang sempurna dan ketenangan wajah comelnya menyentuh hati ramai.
“Malam ni emosi sikit. Banyak kali suami tanya kenapa sampai mata bengkak merah.
“Bila tengok post ni, dia turut membisu. Dunia sekarang, semua orang struggle. Nak hidup, nak besarkan anak anak. Syukur yang masih ada rezeki yang cukup.
“TQ Allah. Masih ada rezeki buat kami. Masih ada rezeki anak anak. TQ Allah, diberi peluang untuk kongsi rezeki bersama yang lain,” tulisnya di kapsyen yang dikongsikan oleh Keria Press.
Nota kecil yang ditinggalkan juga turut meninggalkan kesan di hati ramai. Malah titipan dan ucapan terima kasih turut disekalinya di dalam nota kecilnya buat sesiapa yang sudi menjaga anak kecil ini.
“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada Ogos lalu, pelawak Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Setelah empat bulan proses itu dilakukan, baru-baru ini, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkongsi isterinya akan melalui proses terpenting dalam IVF iaitu memasukan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
Namun dalam perkongsian itu, pasangan ini berserah kepada ketentuan Allah. Jika berjaya alhamdulillah namun seandainya gagal mereka perlu reda dan bersyukur dengan apa saja yang dah ditentukan.
Menerusi satu hantaran video terbaru di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Video itu memaparkan Achey sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Di komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.
“Kakak doakan mama ye..”
Sementara itu, di instagram Anne pula, dia berkongsi paparan video yang melihatkan anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah menangis setelah mendapat tahu keputusan mamanya tak berjaya. Walaupun masih kecil, Tiara seolah-olah faham apa yang berlaku.
Lagi bertambah sebak, melihat Anne yang memujuk Tiara sambil mengalir air mata dan meminta anaknya mendoakan agar Allah berikan rezeki baby lagi pada masa akan datang.
“Kakak nak kawan baby..sambil memeluk mamanya.”
Allah dah aturkan yang terbaik
Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Achey Bocey & Anne Achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.