Pemandu bas sekolah muatnaik video murid sekolah rendah direman 5 hari. Di zaman digital ini, maklumat peribadi mudah tersebar dengan pantas di pelbagai platform. Salah satu aspek yang semakin mendapat perhatian ialah privasi kanak-kanak, terutamanya apabila melibatkan rakaman gambar oleh orang luar.
Pemandu Bas Sekolah Muatnaik Video Murid Sekolah Rendah Direman 5 Hari
Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam melindungi privasi anak-anak.
Memetik Harian Metro, seorang pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video murid sekolah rendah yang juga penumpangnya dan merujuknya sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’ direman lima hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.
Sehubungan itu, pemandu bas berusia 24 tahun itu akan direman sehingga 10 September depan bagi siasatan mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.
Terdahulu media melaporkan suspek berkenaan ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dilaporkan berkata penahanan pemandu bas itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 2.57 pagi tadi.
Gambar sekadar hiasan.
Polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya
Ads
Sebelum ini tular di TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Gambar sekadar hiasan.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.
Bila ada anak yang suka makan ni, memang seronok sangat. Sebagai ibu, kita akan berusaha untuk sediakan makanan yang sedap-sedap untuk mereka. Puas hati bila tengok anak makan kan? Seperti orang dewasa, anak-anak pun ada makanan yang menjadi kegemaran mereka.
Biasanya anak suka makanan manis atau junk food. Kalau dapat memang tak ingat dunia, seronok betul makan. Walaupun begitu, sebagai ibu ayah kita perlulah mengawal pengambilan makanan begini kerana ia tidak begitu elok untuk anak.
Tidak dinafikan ada juga anak yang sukakan sayur atau buah bahkan itulah yang menjadi snek mereka! Seperti yang dikongsikan oleh ellyana23 di akaun TikTok, yang menunjukkan seorang kanak-kanak menangis ketika dihulurkan gula-gula kepadanya.
“Habis sayur mama kt peti sejuk..nk msk pn kadang kena sembunyikan sbb anak dua2 suka makan sayur..nant xblh nk masak buat lauk 😆😅”.
Ramai yang memuji adik ini kerana suka makan sayur. Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan;
Jika difikirkan, biasanya kanak-kanak tidak akan menolak tetapi lain kesnya dengan adik ini. Sehingga dihulurkan sayur salad padanya barulah dia berhenti menangis. Dapat sayur, terus senyap.
Bagusnya! Mesti dah diajar untuk makan sayur sejak kecil sebab itulah dah jadi favourite mereka dua beradik.
“10 tahun menanti… jangan risau bang, anak abang akan selamat.” Itulah antara kata-kata penuh sebak seorang lelaki yang menjadi saksi dan pembantu dalam tragedi kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang yang mengorbankan seorang bayi lelaki berusia setahun baru-baru ini.
Kisah menyayat hati ini bukan sahaja mengejutkan ramai, malah mengundang air mata netizen apabila mengetahui bayi berkenaan adalah cahaya mata pertama yang ditunggu-tunggu pasangan itu hampir sedekad.
Momen Sebak Di Lokasi Kejadian
Seorang individu dikenali sebagai Ridhwan Mohamad berkongsi pengalamannya di TikTok. Dia berada di lokasi kejadian dan sempat membantu si ibu serta keluarga mangsa dalam detik penuh kecemasan itu.
“Aku tolong akak itu untuk bercakap dengan suami dia yang berkali-kali bertanyakan keadaan anak. Sampailah akhirnya aku maklumkan juga yang anak mereka dah tak ada. Bila aku bagitahu ja, mereka meraung weh,” luahnya penuh sebak.
Malah, ketika ambulans tiba, si ibu berkali-kali merayu ingin melihat anaknya. Nenek bayi itu turut memberitahu bahawa mereka sudah menunggu hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama ini.
Bagi pasangan yang menanti zuriat bertahun-tahun, setiap detik bersama anak adalah doa yang termakbul. Kehilangan anak yang ditunggu hampir satu dekad pastinya meninggalkan luka yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Peristiwa tragis ini menjadi ujian amat berat untuk mereka sekeluarga. Namun di sebalik tangisan dan kesedihan, ramai warganet menitipkan doa agar bayi kecil itu ditempatkan bersama anak-anak syurga dan keluarga ini diberi ketabahan luar biasa.
Anak Adalah Pinjaman Terindah
Buat kita semua, kisah ini menjadi peringatan besar bahawa anak adalah pinjaman paling berharga daripada Allah. Kehadiran mereka adalah doa yang dikabulkan, dan kehilangan mereka pula adalah ujian yang menuntut kesabaran serta reda.
Sebagai ibu bapa, hargailah setiap momen bersama anak-anak – dari tangisan kecil, senyuman manis hingga telatah yang menguji kesabaran. Kita tidak pernah tahu berapa lama Allah meminjamkan mereka untuk kita.
Semoga keluarga mangsa terus kuat menghadapi ujian besar ini. Dalam masa sama, semoga kisah ini membuka mata kita semua untuk lebih menghargai kehidupan, menjaga keselamatan di jalan raya, dan tidak lupa mendoakan kesejahteraan anak-anak syurga yang pergi terlebih dahulu.
Banjir gelombang kedua sudah bermula, ramai pelajar terkandas ke sekolah. Banjir gelombang kedua sudah pun bermula pagi tadi. Situasi itu telah menyebabkan penduduk di beberapa perkampungan di daerah Gua Musang terputus hubungan.
Banjir Gelombang Kedua Sudah Bermula, Ramai Pelajar Terkandas Ke Sekolah
Antara kawasan yang terbabit adalah Felda Chiku 7, Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Kampung Pulai, RKT Paloh 3, serta laluan masuk ke Felda Aring.
Kebanyakan jalan utama menghubungkan perkampungan itu ditenggelami banjir sehingga menyukarkan penduduk keluar atau menghantar anak ke sekolah pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Hasan Saleh, 54, berkata, lebih 1,000 penduduk di kawasan itu kini terputus hubungan apabila air melimpahi jambatan.
Katanya limpahan Sungai Chalil setinggi kira-kira satu meter turut menenggelamkan jalan sepanjang kira-kira 200 meter iaitu laluan utama mereka untuk keluar masuk ke tanah rancangan berkenaan.
“Sehingga kini laluan masih digenangi air dan menyebabkan penduduk tidak dapat keluar daripada penempatan dan menghantar anak ke sekolah.
“Keadaan masih hujan. Kami juga bimbang paras air sungai akan terus meningkat jika hujan tidak berhenti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Penghulu Kampung Pasir Linggi, Harun Ismail berkata, air Sungai Linggi sudah melimpahi jalan susulan hujan berterusan sejak jam 4 petang semalam.
Katanya lebih 400 penduduk Orang Asli kaum Mandriq dan Bateq kini terputus hubungan dan tidak dapat keluar daripada penempatan mereka.
Yana Samsudin membuktikan semangat luar biasa seorang ibu apabila hadir ke konvokesyen UMPSA dalam pantang 30 hari selepas bersalin caesarean. Kejayaannya menamatkan pengajian sarjana menjadi inspirasi buat semua wanita.