Berita

Pemandu Bas Sekolah Muatnaik Video Murid Sekolah Rendah Direman 5 Hari

Share

Pemandu bas sekolah muatnaik video murid sekolah rendah direman 5 hari. Di zaman digital ini, maklumat peribadi mudah tersebar dengan pantas di pelbagai platform. Salah satu aspek yang semakin mendapat perhatian ialah privasi kanak-kanak, terutamanya apabila melibatkan rakaman gambar oleh orang luar.

Pemandu Bas Sekolah Muatnaik Video Murid Sekolah Rendah Direman 5 Hari

Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam melindungi privasi anak-anak.

Memetik Harian Metro, seorang pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video murid sekolah rendah yang juga penumpangnya dan merujuknya sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’ direman lima hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

Kredit foto: Sinar Harian

Sehubungan itu, pemandu bas berusia 24 tahun itu akan direman sehingga 10 September depan bagi siasatan mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.

Terdahulu media melaporkan suspek berkenaan ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dilaporkan berkata penahanan pemandu bas itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 2.57 pagi tadi.

Gambar sekadar hiasan.

Polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya

Sebelum ini tular di TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Gambar sekadar hiasan.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Murid Perempuan Ponteng Sekolah, Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu, Menyorok Di Masjid

Kasihan Murid Terpaksa Bangun Awal, Cadang Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi, Ramai Tak Setuju!

Murid Buat Salah Apa Pun, Jangan Denda Duduk, Berdiri Luar Kelas, Langsung Tak Dapat Belajar

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

Published by
Has