Pemandu van sekolah langgar kanak-kanak perempuan 5 tahun, ibu mangsa harap CCTV dapat bantu siasatan kematian Nurhafizah. Apabila berlakunya tragedi murid dilanggar van atau bas sekolah selalunya pemandu memberi alasan tidak menyedari murid sudah melintas jalan.
Pemandu Van Sekolah Langgar Kanak-kanak Perempuan 5 Tahun
Karmin Kahil, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut dirempuh van sekolah Rabu lalu, mendakwa pemandu kenderaan itu memberi kenyataan tidak betul mengenai kejadian yang menimpa anak bongsunya itu.
Karmin, 39, mendakwa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran, anak lelakinya, Muhammad Afieq Miqhael Nuljin, 6, didapati berjalan di hadapan van menuju ke kediaman bukan seperti dakwaan pemandu van.
Ibu Mangsa Harap CCTV Dapat Bantu Siasatan
“Pemandu mendakwa Nurhafizah mengekori abangnya dan mereka berjalan di belakang van tapi rakaman CCTV menunjukkan pergerakan Muhammad Afieq Miqhael di hadapan kenderaan itu dan diikuti arwah,” katanya.
Karmin berkata, dia berharap rakaman itu membantu siasatan polis serta memperjelas beberapa kekeliruan dalam kejadian menimpa Nurhafizah, 5.
“Kami sekeluarga bersyukur kerana sekurang-kurangnya jiran berkongsi rakaman CCTV bagi merungkai kejadian menimpa Nurhafizah,” katanya.
Dia berkata, kebiasaannya waktu kepulangan kedua-dua anaknya ke rumah berbeza menyebabkan dia tidak menunggu mereka di hadapan pagar.
“Apa pun alasan yang diberikan pemandu itu, ia tetap berpunca daripada kecuaiannya,” katanya. Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa maut dirempuh van sekolah di hadapan kediamannya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam di sini.
Kejadian berlaku jam 11.35 pagi ketika pemandu van menurunkan mangsa dan abangnya yang juga murid prasekolah di hadapan rumah.
Akibat kejadian, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Pemandu Van Sekolah Tak Perasan Langgar Budak Perempuan 5 Tahun, Berulang Kali Minta Maaf
Ada Patah Tangan Cedera Van Sekolah Bawa 16 Murid Terbabas Terbalik
Isteri Kita Sangat Hebat, Boleh Jadi Macam-Macam. Jadi Mak Cik Van Sekolah Anak Pun Boleh
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI