Dalam usaha untuk memberi penghargaan kepada pembaca Pa&Ma dan Keluarga,  pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma dan Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga telah berjaya diadakan secara virtual.

Ini sejajar dengan norma baharu selepas negara dilanda dengan wabak Covid-19 hingga memberi sedikit kekangan untuk mengadakan program seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Pemenang Himpunan Cita-Cita bergambar bersama Editor Keluarga, Puan Marliana

Buat pengetahuan semua, pertandingan Bakat Cilik Tik Tok anjuran Pa&Ma ini telah berlangsung pada 1 hingga 30 November lalu manakala untuk Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga pula bermula 1 hingga 27 November.

Walaupun pertandingan secara virtual ini julung kali diadakan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan ibu bapa juga cukup bagus.

Bagi kedua-dua pertandingan ini, pemenang dipilih oleh juri jemputan yang menilai dari pelbagai aspek termasuklah kreativiti masing-masing, costume yang digaya, editing video dan sebagainya.

IKLAN
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok bergambar bersama Editor Pa&Ma, Puan Emy Haznida

Jadi pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik dan bertuah kerana berjaya menambat hati semua juri.

Bagi pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, sebanyak tiga hadiah utama diberikan iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga serta lima hadiah saguhati termasuk satu hadiah khas iaitu Peserta Favourite.

Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Juara Bakat Cilik Tik Tok, Lee Xue Ying
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Wakil Naib Juara Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, Muhammad Danish
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Pemenang tempat ketiga Bakat Cilik Tik Tok, Farish Nurhan

Bagi tempat pertama dimenangi oleh Lee Xue Ying, tempat kedua, Muhammad Danish dan tempat ketiga, Farish Nurhan.

IKLAN
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Peserta Favourite Bakat Cilik Tik Tok & Pemenang Saguhati Pertama, Lyn Qaisara

Manakala lima hadiah saguhati pula dimenangi oleh Lyn Qaisara, Wan Khayrah Farzana, Nur Qaseh Qhairiena, Wan Nur Hannah dan Hiteshrao Subramaniam. Bagi peserta favourite yang dipilih berdasarkan Like tertinggi pula dimenangi oleh Lyn Qaisara.

Sementara itu, untuk Himpunan Cita-Cita pula, hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom, tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar dan tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.

IKLAN
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Juara Himpunan Cita-Cita dan Like Teringgi, Nurlisha Humaira Bt Shahrom
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Naib Juara Himpunan Cita-Cita, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma & Himpunan Cita-Cita Keluarga Diraikan
Pemenang tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar

Untuk like tertinggi yang dipilih oleh followers Majalah Keluarga, Nurlisha Humaira Bt Shahrom menjadi pilihan ramai.

Dengan penganjuran pertandingan seperti ini, Pa&Ma dan Keluarga berharap akan terus dekat di hati rakyat Malaysia walaupun tidak dapat turun padang bermesra dengan pengikut setia buat masa sekarang.

Kemenangan ini juga dianggap platform untuk peserta menyerlahkan bakat masing-masing ke peringkat seterusnya dan berjaya mencapai impian.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI