Buat kesekian kalinya, Pa&Ma bersama Simpan SSPN telah berjaya menganjurkan E Workshop secara dalam talian dan kali ini E Workshop dengan topik Simpan Sampai Jadi Jutawan telah disertai oleh 100 peserta dari seluruh Malaysia.
Namun istimewanya E Workshop kali ini diadakan sempena dengan Istimewa 25 Tahun PTPTN Simpan Jadi Jutawan dan penglibatan peserta untuk E Workshop Simpan Jadi Jutawan dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Slido seperti E Workshop sebelum-sebelum ini.
E Workshop Simpan Sampai Jadi Jutawan menampilkan barisan panel yang hebat untuk berkongsi info manfaat antaranya Perunding Kewangan iaitu Encik Mohd Nor Firdaus, Usahawan dan Selebriti Ika Nabella serta Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jab. Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN.
Ads
Sepanjang program berlangsung, Encik Mohd Nor Firdaus berkongsi tentang topik Rahsia Buat Tabung, Simpan Konsisten. Sementara Ika Nabella berkongsi tentang cara dia melatih anaknya, Noah menyimpan duit dari kecil.
Ads
Sesi Putaran Roda Istimewa juga turut diadakan sebagai tanda menghargai komitmen peserta. Antara pemenang bertuah telah mendapat akaun Simpan SSPN bernilai RM250.00 dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Peserta yang mendaftar turut mendapat akaun Simpan SSPN. Simpan SSPN merupakan pelan simpanan yang terbaik diwujudkan oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak bermula seawal usia sehari. Jadilah ibu bapa penyayang dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Ads
Pelbagai keistimewaan dan manfaat yang dinikmati oleh pendeposit apabila menyimpan melalui Simpan SSPN seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, manfaat perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang kompetitif dan patuh syariah. Untuk maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my dan muat turun aplikasi myPTPTN.
Penyayi Syura Badron mengakui gementar menanti hari kelahiran anak keempatnya yang dijangka pada Mac tahun depan. Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, berkata dia bimbang memikirkan proses kelahiran kelak, lebih-lebih lagi faktor usia semakin meningkat.
“Kali ini saya mengandung kembali selepas 11 tahun dan kalau ikutkan nasihat doktor pun risau sebab jarak agak jauh ni, saya ada bertanya dengan kawan-kawan dan ramai yang kata ia macam waktu mula-mula hamil tu perasaannya.
“Saya ada sedikit perasaan gementar sebenarnya tapi alhamdulilah prosesnya sangat mudah dan tidak mengalami apa-apa alahan langsung cuma kerap sakit sebab imune dalam badan rendah bila mengandung ni kan.
“Mungkin untuk orang luar ala umur baru 36 kan, muda lagi tapi untuk saya sendiri untuk membawa anak pada usia sekarang ini bukannya mudah ya… benda tu sangat-sangat menakutkan untuk saya,” kata Syura.
Katanya, meskipun perkahwinan mereka merupakan yang pertama untuk suaminya, Muhd Farizat Ismail, namun tiada paksaan untuk segera mendapatkan cahaya mata.
“Tekanan tak ada. Mungkin diri sendiri, ada. Saya berkahwin dengan lelaki bujang. Impian semua isteri untuk beri zuriat kepada suami.
“Tapi saya bersyukur, suami tak pernah anggap zuriat sebagai perkara yang perlu dipercepat-cepatkan. Dia faham, kami pun dah bincang perkara ini sebelum berkahwin lagi.
“Kami berusaha dan mencuba. Saya pun bukan muda lagi. Elak mengandung dalam keadaan yang berisiko,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Syura juga berkata, sebagai seorang wanita dalam usia 30-an, dia maklum akan situasi di mana kadar keboleh hamilan menurun seiring pertambahan usia.
Namun, katanya itu bukan alasan untuk berputusa asa dan tidak berusaha.
“Pada usia sekarang, saya risau dengan keadaan badan.Jadi saya memang jaga. Ambil suplemen dan ikut saranan doktor,” ujarnya.
Syura yang juga bekas juara MasterChef Selebriti musim kedua selamat diijabkabulkan dengan tiga kali lafaz dalam majlis yang dihadiri 30 ahli keluarga kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.
Wang hantaran dipersembahkan dalam bentuk set barangan kemas yang tidak dinyatakan nilainya. Syura juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.
Terdahulu, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006 sebelum berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Kehilangan insan tersayang pasti memberi kesan kepada kehidupan kita. Apa lagi jika yang ‘pergi’ itu adalah pasangan kita. Biarpun bersedih, kita harus kuat untuk menjalani kehidupan ini terutamanya jika kita ada anak-anak.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini, apabila dia kehilangan suaminya secara mengejut akibat kemalangan jalan raya pada awal tahun ini.
Nama aku Ana. Aku ibu kepada lima orang anak. Aku mohon admin untuk siarkan kisah aku ni. Aku hanya orang biasa, tapi aku harapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada semua wanita yang senasib denganku.
Aku kini bergelar ibu tunggal. Anak yang lima orang semuanya masih kecil. Yang sulungnya berumur 12 tahun. Yang si bongsu tahun ni masuk dua tahun. Aku baharu sahaja kehilangan suami tercinta.
Katakanlah aku mampu memutar kembali masa, dah tentu aku mahu lebih banyakkan masa dengan keluarga atau lebih tepat dengan suamiku. Orangnya sangat baik dan bertimbang rasa. Langsung tak pernah naik suara pada aku.
Sebaik-baik manusia, aku boleh katakan dialah suamiku. Jenis tak berkira, tak suka cakap buruk fasal orang lain dan dia jenis buat hal sendiri. Sebagai seorang ayah dan suami, tip top! Tak mungkin aku akan jumpa lelaki lain sebaik dia.
Suami aku baru je meninggal dunia awal Februari yang lepas. Dia kemalangan. Otw nak ke tempat kerja, dia bergesel dengan lori. Terkejut dengan berita tu, bila aku dapat panggilan dari pihak polis aku di pejabat tengah meeting. Selepas hampir tiga jam dia kemalangan, barulah aku dihubungi.
Semasa aku ke hospital, aku menyimpan harapan agar suamiku masih hidup. Jujurnya, aku tak sanggup kehilangan dia. Maklumlah dengan anak-anak yang masih kecil, ramai pula tu. Memikirkan yang aku harus hidup tanpa dia, aku rasa tak mampu nak harungi semuanya sendiri. Ya Allah, betapa selama ini aku bergantung pada suamiku. Hampir semua soal anak-anak, dia yang uruskan. Sebab aku selalu busy.
Tapi harapan hanya tinggal harapan, rupanya ajal suamiku dah sampai. Ternyata Allah SWT lebih sayangkan dia. Aku reda. Tapi sepanjang tunggu segala proses tu, menangis tak berhenti jugalah. Mujur ada Ima, temankan aku sepanjang masa. Terima kasih sahabat, sudi pnjamkan bahu kau. Nak beritahu anak satu hal juga, aku di hospital lama. Jadi aku minta bantuan adik untuk jemput anak-anak. Mujur dia tinggal berhampiran kawasan rumah aku.
Dipendekkan cerita, dengan segala drama dan air mata anak-anak menangisi pemergian ayah mereka kini kami tinggal berenam. Kini waktu di pejabat aku manfaatkan sepenuhnya. Supaya tepat waktu pulang aku dapat jemput anak-anak dari sekolah. Aku tak mahu sambil lewa lagi seperti dulu.
Sebab masa arwah husband aku ada, aku kurang ambil tahu hal anak-anak. Sibuk bekerja, letih pula tu. Bila anak-anak siapkan kerja sekolah di waktu malam, arwah husband yang layankan. Dia yang banyak bantu anak-anak. Dorang pun lagi rapat dengan arwah Papa berbanding aku.
Dulu, balik rumah sampai lebih kurang pukul 8 malam. Sampai je, terus berkejar solat maghrib. Siap solat, anak-anak dah siap buat kerja sekolah. Tengah makan dengan arwah Papa. Aku bertanya khabar anak sedikit-sebanyak dan makan bersama. Suami juga yang masakkan.
“Terima kasih, Bie. Banyak awak bantu saya, awak suami yang sempurna untuk saya”.
Bila suami aku meninggal dunia, semua benda aku kena atur semula. Jadual kerja aku, waktu aku di rumah dengan anak-anak. Rupa-rupanya pemergian suamiku banyak mengajar aku untuk menjadi ibu yang lebih bertanggung jawab dan ambil peduli hal dorang. Biarpun aku jarang dengan dorang, kurang spend masa dengan dorang, terharu aku bila dorang tetap ingat birthday aku minggu lepas.
Biarpun dalam tempoh PKP dan ayah mereka pun dah tak ada, mereka tetap sambut birthday aku seadanya. Si sulung ajak adik-adik kemas rumah. Lepas tu bancuhkan air untuk aku. Masing-masing dapat wish birthday aku.
Bahagianya aku rasa. Mungkin didikan arwah suami aku yang membentuk peribadi anak-anak aku. Mudah dengar cakap, rajin dan bertolak ansur. Semua kualiti yang ada pada arwah Papa dorang, ada pada anak-anak aku. Sebenarnya aku rasa, kadang-kadang bila dah kehilangan barulah kita belajar untuk menghargai. Dahulu, kalau suami minta aku ambil cuti untuk luangkan masa bersama tanpa anak-anak, aku menolak. Kononnya banyak kerja.
Seandainya boleh aku kembalikan masa itu, dah tentu aku akan setuju dengan cadangannya itu. Banyak benda yang boleh kami buat bersama. Aku pun boleh belajar untuk mengenali anak-anak daripada arwah suami. Aku yakin, dengan ujian ini sebenarnya Allah SWT mahu mengajar aku menjadi ibu yang lebih baik dari dahulu.
Aku reda dan menerima ujian ini dengan hati yang terbuka. Semoga arwah suamiku ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Mohon kalian untuk doakan arwah suamiku. Terima kasih sudi baca luahan seorang isteri yang merindui suaminya..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demam panas berpanjangan dengan suhu yang tidak turun-turun rupanya petanda jangkitan penyakit Kawasaki yang dihidapi anak kedua pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Bahrin.
Menerusi Instagram, Amyra berkongsi kesedihan hatinya malah turut mendoakan anak keduanya, Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun cepat-cepat sembuh.
“A day before admitted, Aryssa okay sangat-sangat. Pergi haircut, main merry go round, balik rumah bergelak ketawa dengan abang. Esok bangan terus sakit?
“And sampai la hari ni temperature masih 40 dan badan penuh rashes.
“Tak pernah mommy tengok adik weak sampai tak boleh bercakap berhari-hari macam ni.
“Mommy takut, risau, penat, down, sedih, tapi untuk adik mommy kena kuat and adik my strong girl, u can fight this k,” tulis Amyra berkongsi.
Malah melewati Insta Story pelakon cantik manis ini juga, Amyra turut menjelaskan masalah yang dihidapi anaknya itu.
“Yes ini condition anak Myra sekarang. Kawasaki infection. The whole body dia kena attacked, kesian dia.
“Terima kasih yang mendoakan Aryssa. Love you all,” kongsinya lagi.
Bukan hanya Amyra, bahkan melalui Instagram, Amar Bahrin turut sama meminta kesembuhan malah diringankan bebanan yang dihidapi anaknya itu.
“Princess Daddy ni strong. Hari-hari Daddy and Mommy doa untuk Adik semoga Allah angkat sakit yang adik rasa sekarang.
“Allah sembuhkan segala penyakit dan Allah lindungi adik & abang,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengikut pasangan ini malah rakan-rakan selebriti turut sama mendoakan kesejahteraan Ayra.
Semoga Ayra cepat-cepat sembuh dan dapat kembali ceria bersama abangnya seperti selalu.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!