Pemergian empat beranak serentak yang menjadi mangsa dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm minggu lalu begitu menyentuh hati semua pihak. Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas itu telah mengorbankan sebanyak 30 individu setakat ini manakala 61 lagi terselamat.
Empat sekeluarga sehidup semati
Bagaimanapun, empat sekeluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh iaitu Lai Chee Sam dan isterinya, Lai See Tin bersama dua orang anak iaitu Giselle Lai Yu Xi,6 dan Jonas Lai Ze Kai, 2, yang dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat antara 18 hingga 20 Disember lalu telah ‘kembali’ pulang di Taman Machap Indah, Alor Gajah kelmarin.
Ruang keranda dipenuhi hiasan lukisan anak
Apa yang lebih menyayat hati, ruang keranda sekitar empat beranak itu dikelilingi dengan koleksi mainan dan lukisan dua beradik keluarga Lai itu bagi memperingati mereka.
Difahamkan juga, selain kehadiran Polis Daerah Alor Gajah, hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir ke acara pengebumian tersebut bagi memberi penghormatan yang terakhir.
Semoga waris keluarga terus diberi kekuatan
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan kejadian tragis yang menimpa keluarga tersebut dan turut berduka dengan pemergian mereka.
Malah, netizen turut menitipkan ucapan takziah buat waris keluarga atas kehilangan insan tersayang dan berharap terus diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.
Sumber: @China Press, TikTok @leeana_shop2 & OMM
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)