Seolah berjanji sehidup semati, suami isteri pergi buat selama-lamanya bersama-sama. Lebih menyayatkan hati, si kecil buah cinta mereka turut sama terkorban.
Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Alah Batu, Selangor, Slim River mengorbankan tiga sekeluarga iaitu Allahyarham Siti Rafini dan suaminya, Allahyarham Mohd. Sharidan Abdul Aziz, 29, dan bayi lelaki mereka, Allahyarham Rafiq berusia setahun dua bulan.
“YANG, API…..API, BANGUN. TOLONG…..,”
“Yang, api…..api, bangun. Tolong…..,” itu jeritan terakhir Allahyarham Siti Rafini yang didengari jirannya sebelum suara teriakan itu tenggelam dalam kebakaran itu. Menurut saksi yang juga jiran, Rabaiah Yunus, 58, jeritan Siti Rafini itu didengarinya ketika dia bangun untuk menyediakan bekalan makanan untuk anak perempuannya sekitar pukul 3 pagi.
RUPANYA API SEDANG MARAK MEMBAKAR
Rabaiah yang pada mulanya tidak menjangka kejadian tersebut dan memina menantunya melihat apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya rumah yang didiami tiga beranak itu sedang dijilat api.
“Pada mulanya kami terdengar bunyi bising di sebelah rumah dan ingatkan ada pencuri, tetapi terkejut apabila menantu (lelaki) yang keluar untuk memeriksa melihat api sedang marak membakar rumah tiga sekeluarga itu.
DENGAR SENDIRI JERITAN ALLAHYARHAM RAFINI
“Saya sendiri sempat dengar jeritan Siti Rafini yang memanggil suaminya dan meminta tolong namun suara jeritan itu terus senyap tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurut Rabaiah, tiga beranak itu mula mendiami rumah berkenan sejak awal tahun lalu dan merupakan pasangan suami isteri yang mesra dan ramah dengan jiran sekitar.
“Sebagai jiran dan orang terdekat, saya sedih sebab tidak mampu menolong mereka. Api marak terlalu cepat dan kami tidak berdaya membantu, hanya mampu menjerit meminta bantuan jiran lain,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Siti Rafini dan suaminya, Mohd. Sharidan Abdul Aziz, 29, dan bayi lelaki mereka, Rafiq berusia setahun dua bulan ditemukan dalam keadaan rentung apabila rumah yang didiami mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam di sini.Ketiga-tiga jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Slim di sini.
Sumber: utusan.com.my & bharian.com.my