Istilah ‘seluk’ menjadi seakan trauma buat ibu yang bakal melahirkan anak namun ia perlu dilalukan untuk memeriksa laluan serviks.
Pemeriksaan faraj (vaginal examination) dilakukan apabila usia kandungan wanita hamil mencecah 9 bulan. Ia dilakukan untuk memeriksa keluasan serviks mengembang, berapa banyak ia menipis dan posisi bayi dalam pelvis ibu.
Pemeriksaan ini juga adalah untuk menentukan jika si ibu sudah bersedia untuk bersalin.
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim.
Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka.
Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka.
Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.
Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Jangan panik. Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang tiada pengalaman melahirkan.
Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.
Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. Di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Muhammad Izzat