Lepas seminggu Nora Danish melahirkan anak, ada peminat seakan-akan tak berpuas hati apabila melihat gambarnya keluar bersama Nedim dan anak, Mohamed Neqyal atau Ney Ney.

Peminat Bertekak Sesama Sendiri Bila Nora Danish Keluar Rumah Selepas Seminggu Lahirkan Ney Ney

Ada yang berpendapat Nora Danish tidak mengambil berat bab penjagaan dalam pantang dan boleh mengundang bahaya pada dirinya kerana Nora Danish bersalin secara pembedahan. Sepatutnya dia perlu rehat yang cukup dan tak boleh ambil mudah.

IKLAN

Bagaimanapun, dalam entri instagramnya sebelum itu, Nora Danish ada memuat naik status yang dia sebenarnya keluar melakukan pemeriksaan kesihatan Ney Ney di hospital.

Peminat Bertekak Sesama Sendiri Bila Nora Danish Keluar Rumah Selepas Seminggu Lahirkan Ney NeyMungkin ramai peminat salah sangka sebab penampilannya yang seolah-olah seperti keluar berjalan-jalan sehingga mengundang ketidakpuasan hati netizen.

IKLAN

Apa-apa pun jangan cepat membuat andaian jika kita tak tahu apa disebaliknya yang berlaku.

Peminat Bertekak Sesama Sendiri Bila Nora Danish Keluar Rumah Selepas Seminggu Lahirkan Ney Ney

IKLAN

Malah nasihat yang diberikan oleh pengikut Nora Danish di Instagram mengenai bab penjagaan dalam pantang ada betulnya. Diharapkan Nora Danish cepat sihat bersama Ney Ney.

Sumber: Instagram Nora Danish

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI