Siapa yang tak kenal dengan Bell Ngasri. Nama yang sinonim dengan watak-watak lucu dan mencuit hati dalam pelbagai drama dan filem tempatan. Kalau sebut je nama Bell, pasti ramai yang teringat lawak bersahaja dia yang sentiasa buat kita tergelak sampai lupa masalah seharian. Tapi kali ni, Bell tampil dengan sisi berbeza yang buat ramai penonton teruja.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram pakmatwesterncafe, Bell tampil dengan membawak perwatakan seorang lelaki serius, pemarah dan sedih. Tiada watak lucu yang sinonim dengan dirinya.
BELL BUAT RAMAI SEDIH & ‘GERAM’
Dalam sebuah babak penuh emosi, Bell melontarkan dialog, “Kenapa Tuhan buat aku begini?” dengan air mata bergenang dan raut wajah penuh kesedihan. Babak tu meruntun hati ramai yang menonton. Pertama kali kita lihat Bell membawakan watak berat sebegini, dan ternyata lakonannya cukup berkesan. Tak sangka, pelawak yang biasa kita lihat dengan gelak tawa mampu membawa watak sebegini!
Meninjau di ruang komen, ramai yang memberi pujian terhadap lakonan Bell dalam watak serius ini. Kata mereka, Bell berjaya membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelawak, tapi seorang pelakon versatil yang mampu membawa pelbagai jenis watak. Ada yang kata, “Tak pernah sangka Bell boleh buat aku menangis. Babak tu betul-betul sampai ke hati.”
Ads
Namun begitu, ada juga segelintir penonton yang mengakui bahawa walaupun Bell membawa watak berat, mereka tetap rasa nak gelak.
Ini yang membuatkana ada yang ‘geram’ mungkin sebab kita semua dah terbiasa dengan imej Bell yang kelakar. Nak tak nak, aura komedinya tetap melekat dalam minda penonton.
Ads
Walaupun ada yang berpendapat begitu, tak dapat dinafikan lakonan serius Bell kali ini membuktikan bahawa dia seorang pelakon yang berbakat besar. Mungkin selama ini, sisi serius Bell jarang diketengahkan. Tetapi dengan watak ini, Bell berjaya memecah stereotaip dan membuka mata ramai tentang kemampuannya.
Apapun, Bell Ngasri kini bukan lagi sekadar ikon lawak. Dia seorang pelakon serba boleh yang telah mencuri hati penonton dengan bakat dan keikhlasannya dalam setiap lakonan yang dibawakan. Teruskan memberi sokongan kepada pelakon berbakat ini, dan nantikan lebih banyak kejutan dari Bell di masa hadapan.
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru mendidik anak-anak di sekolah, hadiah kecil buat cikgu turut disediakan bagi meraikan hari istimewa itu.
Pun begitu jika ibu bapa lain memilih untuk diberikan hadiah seperti alat tulis kepada guru, lain pula kisahnya dengan ibu ini, Pn Emy Khairi yang menghadiahkan set barang kelengkapan masakan tomyam kepada setiap guru yang mengajar anaknya di Tahun Satu.
Satu idea menarik malah bertambah berkat. Paling menarik, kesemua bahan masakan itu turut diletakkan di dalam kotak berhias cantik serta disekalikan dengan reben di atasnya untuk dihadiahkan kepada guru-guru. Memang ‘rare’.
Tahun ni anak sulung baru masuk tahun 1 sekolah kebangsaan & sekolah agama.
Jadi akak buatkan hadiah istimewa, set tomyam buat cikgu, ustazah, ustaz yang sabar mendidik dan mengajar anak akak dengan kasih sayang.
Terima kasih cikgu, ustazah dan ustaz.
Hanya Allah SWT saja yang mampu membalas segala kebaikan kalian ❤.
Perkongsian itu tentu sahaja dipuji malah wargamaya memuji cukup kreatif serta memberi idea kepada ibu-ibu lain untuk persediaan hadiah tahun hadapan. Memang terbaik!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah kehilangan itu sememangnya sesuatu yang menyakitkan, tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Ajal maut semuanya di tangan tuhan, kita yang sihat juga belum tentu Panjang umur hingga ke hari tua.
Julai yang lalu Ashiqin Abd Rahman dan pasangan Ahmad Farhan Nor Azmi dikejutkan dengan berita bahawa anak sulung mereka Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan yang berusia 3 tahun 5 bulan dengan penyakit kanser otak tahap 4.
Sudah tertulis di Luh Mahfuz hayat si kecil Huzaifah tidak Panjang, meskipun sudah menjalani rawatan yang disarankan. Berita kematiannya di kongsi oleh Ashiqin menerusi akaun Facebooknya. Allahyarham Huzaifah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.14 pagi semalam.
BEREHATLAH WILDAN SYURGA
18/4/16-3/11/19
hari ini ibu belajar erti kehilangan sesuatu yang paling berharga,,ibu pulangkan abg kepada pencipta,,
sayang,ibu dah mula rindu abg,, kat mana ibu pandang ibu nampak abg,, nampak semua kenangan kita syg,,ibu tak kuat ibu menangis dalam diam,, ibu taknak orang tengok ibu nangis,,
ABG ANAK YANG BAIK
selama abg sakit abg tak pernah susahkan ibu,,tak pernah merengek2,,tak pernah mengadu sakit,, sampai ibu tak tahu abg sakit ke tak,, abg makan ubat ,,dgr cakap doctor,,semua doc puji abg tak menangis,,tak merengek2 abg redha je apa doc buat kat abg,,
BILA ABG DAH MEROSOT
abg dah start cakap sakit kt otak abg yang bengkak,,doc ckp tu progress kanser tu,, lepas tu abg dah tak sedar,,abg hanya tidur,,
SEHARI SEBELUM ABG PERGI 2/11/19 10pm
abg dah nampak lain,, ibu sedut isi perut dah keluar darah , oxigen abg x stabil,,ibu tak sedap hati,,ibu tahu masa yang ada tak byk dgn abg,,doc dah suruh semua bersedia, doc cakap abg boleh tahan sampai pagi esok
AKHIRNYA ABG PERGI 3/11/19 10.14am
abg tinggalkan semua,,semua tak perasan yang abg dah pergi,, mudah sangat perjalanan abg,,semua ingat abg tidur,,rupanya abg dah pergi,, ibu cuba kuat,,ibu taknak abg menanggung kesakitan,, abg rehat lah syg
ANAK SYURGA IBU
dulu ibu abi selalu cakap yang bila abg dah besar nak hantar sekolah tahfiz,,boleh tarik ibu dengan abi ke syurga,, rupanya percaturan Allah lagi hebat,,abg terus ke taman syurga di asuh NABI IBRAHIM A.S,, bertuah anak ibu,,abg doakan ibu abi dan semua ke syurga macam abg ya,,
Pada September yang lalu, keluarga ini sempat mengabadikan gambar keluarga bahagia mereka dalam satu sesi fotografi yang dirakam oleh Lurima Lensa. cukup indah dengan senyum tawa Huzaifah dalam gambar-gambar yang dirakam. Semoga kedua orang tuanya tabah dan kuat menerima ujian ini dan semoga syurga buat Huzaifah. Takziah diucapkan!
Baru sebentar tadi Perdana Menteri Kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dari 15 April sehingga 28 April.
Dalam kenyataan itu juga beliau ada menyebut bahawa masyarakat di Malaysia amnya mungkin tidak dapat menjalani kehidupan seperti dahulu lagi. Tempoh PKP ini juga mungin akan berlanjutan selama beberapa bulan untuk pastikan penularan wabak ini dapat diatasi seratus peratus.
“Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ianya mungkin 4 berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.
“Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala. Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak.
Tidak Dapat Jalani Ibadah Puasa Seperti Kebiasaan
“Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.
“Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” ujar beliau.
Sekolah Tidak Akan Dibuka Lebih Awal
Dalam pada itu Perdana Menteri turut menyatakan bahawa sekolah juga tidak akan dibuka lebih awal sehingga keadaan benar-benar pulih. Pihak Kementerian diminta untuk melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.
“Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di facebook. Ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara-saudari saya pun bimbang juga. Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya.
“Ringkasnya, kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal” atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi.
“Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolah sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.
“Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.
“Walaupun keadaan di negara kita insyaAllah akan kembali pulih dengan langkahlangkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran.”
Praktik “The New Normal” dalam kehidupan lepas PKP
Dalam teks ucapan tersebut juga, Perdana Menteri turut memberikan contoh mudah kehidupan luar kebiasaan yang boleh dipraktikkan oleh semua orang setelah tamatnya tempoh PKP.
“Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah “the new normal”, atau kebiasaan baharu.
“Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask.
“Banyak lagi contoh-contoh lain yang tak perlu saya sebut kerana saya fikir saudara-saudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang.”
The Fight Is Still On
Sebelum menamatkan sidang akhbar tersebut, Perdana Menteri turut menyatakan bahawa menjaga keselamatan nyawa rakyat adalah tanggungjawab beliau. Setiap nyawa adalah berharga tidak kira tahap usia.
Beliau juga menyeru untuk sama-sama menjaga kesihatan diri, keluarga dan orang-orang sekeliling dengan mematuhi PKP.
“Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari. Setiap nyawa adalah berharga. Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai. Kehilangan satu nyawa kerana virus ini bukan bererti kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak atau keluarga terdekat sahaja, tetapi juga satu kehilangan besar buat negara.
“Kerana itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang-orang di sekeliling kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan.
“Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirit and continue to fight. If we persevere, insyaAllah we will win.
“Saya bertuah kerana anda semua adalah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. Tahap pematuhan PKP di negara kita adalah tinggi dan ini 7 menunjukkan saudara-saudari semua faham akan kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
“Teruskanlah sikap yang terpuji ini. Teruslah berusaha, berdoa dan bertawakkal. InsyaAllah kita akan berjaya mengharungi ujian ini bersama-sama. Kepada Allah jualah kita berserah,” ujar beliau sebelum menamatkan perutusan khas sebentar tadi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa guna kaedah 'Sleep Training' bayi empat bulan beninggal dunia. Sleep training adalah proses mengajar bayi untuk tidur dengan sendiri tanpa perlu didodoi, digendong, atau diberi susu setiap kali mereka terjaga di tengah malam. Latihan ini juga melibatkan pembentukan rutin tidur yang konsisten dan persekitaran tidur yang kondusif.