“Ayden’s fav surah. Thank you daddy tidurkan Ayden malam ini sebab habis penggambaran awal,” kata Bella.
Sementara itu, di ruang komen video tersebut, rata-rata peminat pasangan ini dihujani dengan ucapan dan doa yang baik-baik serta memuji kemerduan suara Aliff.
Ads
“Subhanallah, baik pembentukan akhlak. Sentiasa melihat dan mendengar yang baik-baik. Semoga Ayden (anak pasangan) menjadi anak yang soleh dan membawa ibu bapa ke syurga. Amin,” komen Azilah.
Ads
“MashaAllah, saya doakan semoga Ayden menjadi penghafaz alQuran supaya dapat memimpin ibu bapa masuk ke syurga bersama, amin Ya Rabb,” tulis Nur Hanissah.
“Respek. Semoga ikatan kekeluargaan Aliff dan isteri, Bella serta anak dirahmati Allah swt,” tulis Izzu.
Ads
“Sedapnya suara dia mengaji. Sebagus suara dia menyanyi. Terbaik Aliff,” komen Norita.
Aliff Aziz dan Bella Astillah berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean.
Walaupun sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi bersama pelakon wanita, Aliff dah move on dan dia kini dilihat begitu bahagia bersama isteri dan anak.
Sumber: Sinar Harian & ig Bella Astillah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aduh! Ketika buat ujian UPT tadi, terang dua garis. Anak sulung masih kecil, mungkin tidak faham situasi yang dia akan menjadi anak sulung tidak lama lagi. Tiba-tiba saja ada tanggung jawab untuk menjadi abang atau kakak. Macam mana mahu beritahu kepada mereka tanpa ada rasa serba salah? Anda boleh cuba lima tip ini, mana tahu dapat membantu.
Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi. Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Buat Baju T Khas Untuk Anak Sulung
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!
Perut Yang Semakin Membesar
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin memebsar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin memebsar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerusi keselamatan kanak atau baby car seat telah direka khas untuk tujuan keselamatan bayi dan kanak-kanak. Ia direka melalui kajian untuk memenuhi ciri-ciri keselamatan bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada kemalangan dan dapat mengurangkan risiko kecederaan.
Kerusi keselamatan kanak-kanak juga direka mengikut tahap umur kanak-kanak, berat dan juga tinggi. Ini bagi memastikan kerusi keselamatan berfungsi sebagai pelindung yang baik jika berlaku kemalangan. Namun, ada ibu bapa yang menambah kain pelapik di bahagian bawah untuk keselesaan bayi mereka.
Menurut Pengurus Urusan Babymama Trading Sdn. Bhd, Encik Sheikh Ahmad Haiqal “Kerusi keselamatan kanak-kanak telah direka mengikut kajian yang terperinci untuk memenuhi keselesaan dan keselamatan kanak-kanak, jadi kita tidak menasihatkan ibu bapa untuk menambah atau meletakkan pelapik seperti kain atau bantal kerana ia boleh menggangu fungsi kerusi tersebut.”
Tambahnya lagi “Jika berlaku kemalangan, sepatutnya bayi berada dalam keadaan yang selamat tapi jika diletakkan pelapik dibahagian leher, apabila hentakkan kuat berlaku, leher bayi akan terhentak ke hadapan akibat ada pelapik di belakang dan akan memberikan kesan kepada tulang. Kita tidak melarang tetapi kita hanya menasihati ibu bapa supaya peka dengan sebarang kemungkinan.”
Beliau juga berkongsi beberapa perkara berkaitan kerusi keselamatan kanak-kanak yang mungkin ibu bapa belum tahu.
Lima perkara tentang kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu;
Kedudukan yang betul bagi kerusi keselamatan kanak-kanak
Jangan letakkan kerusi keselamatan di kerusi hadapan penumpang kerana sekiranya berlaku kemalangan, air bag yang keluar tersebut boleh mendatangkan kecederaan parah kepada kanak-kanak/bayi.
2. Kedudukan yang terbaik sama ada menghadap ke depan atau belakang?
Kedudukan yang terbaik adalah, kerusi tersebut menghadap kebelakang seberapa lama yang boleh. Buatlah sehingga 2 tahun hingga 3 tahun ataupun 4 tahun kerana jika berlaku kemalangan, struktur kerusi keselamatan itu sendiri akan melindungi kepala, leher dan tulang belakang si kecil anda.
3. Cara mengikat kerusi keselamatan kanak-kanak
Ramai yang beranggapan bahawa kerusi keselamatan ini hanya sekadar letak di atas kerusi penumpang belakang sahaja. Kerusi keselamatan ada cara ikatan yang berbeza-beza. Jadi pastikan semasa membeli kerusi keselamatan, disediakan bersama buku panduan manual. Jika ikatan tidak mengikut cara seperti di dalam buku manual tersebut, kerusi keselamatan tidak akan berfungsi untuk melindungi jika berlaku kemalangan.
4. Mitos tentang harga kerusi keselamatan
Ramai yang beranggapan kerusi keselamatan ini mahal ataupun diluar kemampuan. Sebenarnya kerusi keselamatan ini adalah peranti keselamatan untuk anak anda. Di Malaysia masih ada kerusi keselamatan yang harganya mampu untuk dimiliki.
5. Kerusi keselamatan kanak-kanak banyak kategori
Kerusi keselamatan kanak-kanak mempunyai banyak kategori. Untuk kanak-kanak ada 3 jenis kategori iaitu;
i. Jenis pandang belakang sahaja untuk bayi yang berumur 1 tahun kebawah
ii. Jenis pandang depan sahaja
iii. Booster seat untuk kanak-kanak 4 tahun keatas
Ramai ibu bapa yang kurang pasti kerusi keselamatan yang mana yang sesuai untuk anaknya. Jadi anda perlu kenalpasti dari segi berat badan, size anak dan sebagainya.
Pihak kementerian Pengangkutan Malaysia juga telah mengumukan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak wajib dipasang bagi setiap kenderaan bemula tahun 2020 ketika pelancaran Program Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh dan mendapat sokongan daripada Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) dan Majalah Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak melihat anak dibawah umur 2 tahun nampak macam pukul muka adik dia atau baby? Ingat ya, dia bukan pukul. Sebenarnya, dia sedang cuba hendak membelai, namun tanganya belum boleh dia kawal pergerakannya dengan baik.
Cuba 3 langkah berkesan ini, untuk atasi kejadian seumpama ini :
1. Ibu bapa perlu jaga state diri.
Ibu atau bapa perlu sabar dan ingat yang anak ini masih dalam PROSES belajar. Tahan diri dari memarahinya.
2. Pegang lembut dan kemas tangannya.
Ambil tangannya dengan kemas dan lembut. Jangan dengan cara yang kasar atau menyakitkannya.
3. Beri kata peneguhan dan tunjukkan cara.
Cakap kepada dia; ” Sayang nak usap adik ya…good boy sayang mama ni…kita usap macam ni ya…gently..gently… macam mama usap pipi sayang mama ni…good boy mama sayang adik ya… Mama Loves You so much!
Walaupun dia mungkin nak pukul, namun dengan melakukan cara ini, dia tahu perbuatan yang menjadikan mamanya lagi sayang dia.
Ingat anak itu sedang belajar bagaimana hendak melayan adik dia. Oleh itu tunjukkan cara yang betul.
Jangan asyik menyangka dia jealous dengan adik dia…itu namanya doa yang tidak diingini.
Mudah kan, bila dah faham ni. InsyaAllah, ramai dah boleh lakukannya. Ibu yakin, sayang juga boleh. Ibu doakan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.