Betty buat kekeke challenge. Comel sangat, tapi para peminat bimbangkan kandungannya.
Betty baru mengumumkan kehamilannya kepada umum minggu yang lalu. Ia cukup istimewa dan Betty telah merakamkan reaksi suaminya, Ardy Damis tentang kehamilan pertama mereka itu dengan mendedahkan penguji kehamilan yang menjukkan keputusan positif.
Ramai juga artis membuat kekeke challenge dan Betty Rahmat pun tidak ketinggalan. Sedang hamil tiga bulan, Betty melakukan tarian itu di sebuah lapangan terbang. Nampak comel sangat aksi Betty, tetap lincah walau pun sedang berbadan dua.
Memasuki trimester kedua, selalunya alahan kehamilan akan beransur hilang. Namun ada sesetengah ibu masih mengalaminya.
Kandungan penyanyi Shila Amzah kini sudah pun menginjak ke trimester kedua. Shila dalam posting Instagram memaklumkan yang dia kini sudah pun memasuki trimester kedua namun ‘mabuk’ masih lagi terjadi.
Pelantun lagu Patah Seribu ini mengakui ‘melepek’ di sofa dan makan sedikit sahaja. Namun bagi memastikan pertumbuhan bayi tidak terganggu, Shila tetap memakan ubat-ubatan yang dibekalkan.
Shila turut berkongsi tip elak termuntah semasa memakan vitamin iaitu dengan memakannya dengan jus delima. Ia bertujuan memotong rasa nak muntah.
Dalam posting yang sama Shila juga turut bertanya tip tentang ibu hamil yang mempunyai masalah untuk mengambil ubat-ubatan seperti asid folik. Ia merupakan soalan yang diajukan oleh peminatnya. Ramai followers berkongsi tips dan pengalaman positif.
PIL ASID FOLIK PENTING UNTUK BAYI, JANGAN SKIP
MAKAN UBAT SEBELUM TIDUR
STANDBY AIR DALAM MULUT, MASUK UBAT TERUS TELAN
Shila juga turut mengakui suka memakan sajian jenis kering tidak berkuah. Sajian berkuah dielakkan kerana ia boleh menimbulkan rasa loya buat masa ini. Shila berkongsi foto hidangan sajian sambal ayam yang disediakannya.
Kacang merupakan makanan ringan yang elok dimakan oleh ibu hamil. Kacang antara makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk ibu hamil. Bukan sahaja baik untuk ibu hamil, kacang juga membekalkan nutrisi untuk bayi dalam kandungan.
Kacang mengandungi folat dan protein. Menurut beberapa kajian, folat dan asid folik diketahui dapat mencegah kecacatan kelahiran, terutama dalam otak dan tulang belakang (spina). Selain itu, protein memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi semasa trimester kedua dan ketiga.
Jadi, apakah jenis kacang yang baik untuk wanita hamil dan bayi dalam kandungan? Berikut adalah pelbagai jenis kekacang yang baik untuk dimakan semasa hamil antaranya:
1. Badam
Badam adalah sejenis kekacang yang mempunyai rasa yang enak, sehingga sering ditambah dalam pelbagai makanan terutama makanan manis. Selain lazat, badam memberi manfaat kesihatan kerana ia mengandungi banyak lemak sihat, serat, protein dan vitamin E.
Badam mengandungi mineral yang tinggi seperti tembaga, mangan dan fosforus, dan merupakan sumber vitamin E. Kandungan nutrisi ini dapat membantu mengawal gula darah dan tekanan darah.(yang penting untuk mengurangkan risiko preeklampsia pada wanita hamil), dan penghadaman.
2. Kacang Gajus
Makan kacang gajus semasa hamil memberi banyak manfaat sepert membekalkan vitamin penting dan nutrien lain yang diperlukan oleh bayi semasa fasa pertumbuhannya, mencegah kerosakan gusi dan gigi semasa hamil dan membantu mengekalkan tahap profil lipid. Sangat bagus untuk wanita hamil yang terdedah kepada diabetes semasa hamil.
Bentuk walnut menyerupai bentuk otak, yang sesuai kerana ia kaya dengan omega-3, nutrien yang membantu meningkatkan kesihatan otak. Walnut juga mengandungi banyak arginine, asid amino yang membantu melegakan saluran darah yang sempit dan merangsang aliran darah. Oleh itu, ia mengurangkan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi) dan juga menguruskan tahap kolesterol dalam badan. Ciri-ciri ini adalah sebab mengapa walnut adalah kacang yang baik untuk wanita hamil.
4. Kacang Macadamia
Kandungan protein yang tinggi dalam kacang macadamia mempunyai manfaat untuk ibu hamil. Salah satunya mampu meningkatkan pengeluaran darah yang diperlukan oleh ibu hamil sebanyak dua kali semasa hamil.
Susu macadamia juga tinggi serat, elemen penting yang diperlukan oleh wanita hamil. Serat dalam susu macadamia dapat mengelakkan sembelit yang biasa dialami oleh ibu hamil akibat masalah peralihan organ semasa hamil. Selain itu, kandungan serat dalam kacang macadamia juga dapat melindungi ibu hamil daripada masalah usus yang mungkin berlaku.
5. Pistachio
Kandungan nutrisi dalam pistachio sangat bermanfaat semasa hamil dan membantu perkembangan bayi yang sihat. Ini kerana kandungan protein adalah baik untuk perkembangan tisu dan otot janin, serta mengekalkan berat badan di bawah kawalan dengan mengawal paras gula dalam darah.
Pistachio juga mengimbangi tahap lipid. Ini kerana kepekatan tinggi asid lemak tak tepu dalam pistachio membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan tahap kolesterol baik, seterusnya mengimbangi lipid.
Pecan adalah sejenis kacang yang baik untuk ibu hamil. Ini kerana kacang ini mengandungi vitamin B, termasuk folat, yang membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran. Kandungan tembaga pecan juga menggalakkan perkembangan otak janin yang sihat, membantu metabolisme badan, dan mengurangkan keradangan.
7. Buah Berangan
Berangan atau chestnut, adalah kacang yang mengandungi khasiat penting untuk ibu hamil. Sebahagian daripadanya ialah protein, lemak, kalsium, zat besi, fosforus, zink dan vitamin yang membantu mengawal aliran darah dan membekalkan nutrisi kepada otot. Mengambil buah berangan semasa mengandung secara kerap juga boleh membantu anda mempunyai tulang yang lebih baik dan mengurangkan keletihan.
8. Kacang Pea (Pis)
Kacang yang diketahui sebagai sumber asid folik, sangat baik untuk sintesis DNA sel. Dengan cara itu, makan kacang semasa mengandung akan membantu mengelakkan kecacatan genetik dalam tiub saraf bayi. Kacang polong juga mengandungi serat, lykopena dan lutein yang berfungsi untuk fungsi jantung yang maksimum.
Lycopene adalah antioksidan yang boleh menghalang kerosakan sel. Bukan itu sahaja, kacang polong mengandungi khasiat yang membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan paras kolesterol HDL dalam badan. Ini boleh mengurangkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan betul. Jantung yang sihat sangat penting untuk ibu hamil.
Adakah terdapat jenis kacang yang tidak boleh dimakan semasa mengandung?
Walaupun tiada jenis kacang yang perlu dielakkan semasa kehamilan (melainkan anda mempunyai alahan), kacang adalah makanan yang pakar mengesyorkan pengambilan secara sederhana. Daripada mengelakkan kacang tertentu kerana ia tinggi lemak, lebih baik makan kacang secara sederhana.
Elakkan makan terlalu banyak kacang masin kerana ia boleh menyebabkan lebihan garam dalam badan. Lebih baik makan kacang asli tanpa garam. Kacang-kacang ini bukan sahaja sedap, malah sangat menyihatkan untuk ibu hamil dan juga janin dalam kandungan.
“Teringinnya nak makan durian?” Ayat-ayat sebegini selalu kita dengar dari ibu hamil. Soalnya bolehkah ibu hamil makan buah durian?
Walaupun tinggi dengan khasiat, terdapat banyak spekulasi berkenaan sama ada selamat ke untuk wanita hamil makan durian.
Sebenarnya, tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong dakwaan tersebut. Wanita yang sedang hamil boleh memakan durian memandangkan buah ini mempunyai kandungan vitamin, mineral selain ciri-ciri antioksida.
Satu cawan buah durian (243 gram) sama ada jenis segar atau sejuk beku, mengandungi sekitar 357 kalori. Ia turut mengandungi sebanyak 66 gram karbohidrat, 13 gram lemak dan 3.6 gram protein.
Malah, buah durian juga mempunyai sifat antibakteria, antikulat yang menjadikan ia selamat untuk dimakan walaupun anda sedang hamil.
Namun begitu, ia tidak boleh diambil sesuka hati tanpa kawalan. Pengambilan buah durian secara berlebihan juga boleh memberikan kesan negatif kepada ibu hamil.
Khasiat makan durian ketika hamil
Terdapat beberapa khasiat atau manfaat wanita hamil makan durian yang ramai tidak tahu. Antara khasiat tersebut ialah:
1. Melegakan anemia
Anemia merupakan sejenis keadaan penyakit yang mengurangkan kadar hemoglobin dalam darah. Apabila anemia berlaku, ia boleh menyebabkan keletihan, insomnia dan sakit kepala.
Dalam kalangan wanita yang sedang hamil, anemia berisiko menyebabkan kecacatan dan kematian kepada janin di dalam kandungan.
Buah durian memiliki kandungan asid folik yang sangat tinggi. Untuk makluman anda, asid folik diperlukan bagi menghasilkan hemoglobin dalam darah. Pengambilan buah durian sekali gus dapat mengelakkan anemia dalam kalangan ibu yang sedang hamil.
2. Memelihara otak dan tulang belakang bayi
Selain itu, durian juga tinggi dengan kandungan folat. Folat amat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia menggalakkan pertumbuhan tisu badan selain memelihara kesihatan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan.
3. Kaya dengan serat pemakanan
Ramai ibu hamil sering mengalami masalah sembelit akibat perubahan hormon dalam badan. Durian boleh bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu dalam penyingkiran bahan kimia berbahaya daripada usus.
Ia juga memastikan membran mukus dilindungi memandangkan kandungan serat boleh mengurangkan tempoh pendedahan kepada toksin.
4. Durian memiliki antioksida
Bukan hanya vitamin dan mineral, tetapi buah durian juga memiliki unsur zink, triptofan dan organo-sulfur yang mempunyai kesan antioksida.
Antioksida akan membantu melindungi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan daripada radikal berbahaya dan juga bahan-bahan pencemar.
5. Kaya dengan mineral
Tiada masalah jika wanita hamil makan durian kerana buah durian juga kaya dengan mineral penting. Antara mineral yang terdapat dalam buah durian ialah seperti zat besi, mangan, magnesium dan juga tembaga.
Mineral-mineral ini sangat bermanfaat kepada wanita hamil kerana ia boleh membantu meningkatkan aliran darah kepada janin.
Siapa yang perlu elak makan durian ketika hamil?
Terdapat beberapa golongan atau kelompok wanita yang perlu mengelakkan diri daripada makan durian ketika hamil. Antaranya ialah:
* Wanita hamil yang obes
* Wanita hamil yang mempunyai diabetes gestasi
* Wanita hamil yang mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes
* Wanita hamil yang berada dalam trimester ketiga
Secara amnya, wanita hamil dibolehkan dan selamat untuk makan durian jika mereka mahu. Namun, jumlahnya perlulah dikawal dan sebolehnya makanlah dengan jumlah yang sedikit.
Wow best giler!!! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.