Kebanyakan bayi, bila nampak kelibat susu mereka akan nampak teruja. Maklumlah, sejak lahir terbiasa minum susu ibu, tahu bagaimana lazat rasanya, anak kepada pelakon Betty Rahmad ini juga teruja bila nampak susu ibu.
Anak sulung Betty, Ardy Wira yang kini berusia 8 bulan mempunyai sosok tubuh berisi. Comel dan selalu tampil dengan senyuman dan gelak tawa ceria, si kecil rupanya peminat susu ibu dan disusukan sepenuhnya oleh ibunya tanpa susu formula.
Artikel berkaitan:[ 14 Jam Kontraksi Tanpa Epidural, Hasrat Betty Nak Lahirkan Anak Secara Normal Tercapai. Ramai Yang Kagum]
Dalam kemaskini Instagram bayi ini, kelihatan video dia teruja melihat susu ibu yang terisi di dalam botol. Seronok dan excited sekali dia bila nampak susu mommy!
Jadi, tidak hairanlah Wira mencapai berat 10.3kg semasa berusia 6 bulan. Walau pun berat agak tinggi untuk bayi seusianya, kara doktor ia tidak membimbangkan kerana si kecil ini minum susu ibu.
Ardy Wira atau mesra dipanggil Wira dilahirkan pada 19 Januari 2019 ini mempunyai karakter yang ceria. Kerap kali gambar & video ceria bayi ini dimuatkan di dalam akaun media sosial si kecil ini.
MURAH SENYUMAN & SUKA KETAWA
MOMEN GOSOK GIGI, WIRA SERONOK!
SENYUM SENTIASA DI BIBIR & MOOD HAPPY
“BANGUN TIDUR TERUS SENYUM KAT MOMMY…”
Sumber: @ardywira_
Artikel berkaitan: Betty Rahmad Tahan Nafsu Nak Keluar Rumah Masa Pantang. Suami Pula Dah Ada Plan Anak Kedua