Mungkin orang akan anggap mengidam atau alahan bagi ibu mengandung ni saja-saja. Tapi bagi yang mengalaminya saja akan faham bagaimana perasaan tu kan? Walaupun ada yang menyatakan janganlah terlalu layan sangat perasaan tu tapi hakikatnya ada sesetengah ibu memang tak boleh.
Situasi alahan ini juga turut berlaku pada Syatilla Melvin sehingga suaminya, Shaheizy Sam sanggup membawa satu keluarga berpindah sementara ke sebuah hotel gara-gara Syatilla mengalami alahan hamil dan berasa loya apabila melihat persekitaran dalam rumahnya sendiri.
Menerusi posting di Instagramnya, aktor berusia 39 tahun itu merakam aksi beberapa kakitangan hotel sedang mengangkut pelbagai barang yang dibawa dari rumah masuk ke dalam bilik hotel.
“Ni kira pindah terus ke? Nak melayan kerenah ibu mengandung punya pasal. Macam mana ni? Sampai bila agaknya,” kongsinya.
Selepas dah ‘check in’ hotel, Shaheizy atau dikenali Sam turut berkongsi gelagat Syatilla yang dilihat kembali ceria dan bersemangat setelah berada di hotel berbanding duduk di rumahnya sebelum ini.
Menurut Sam, isterinya yang kini hamil cahaya mata ketiga itu juga kelihatan gembira menikmati makanan berbanding duduk di rumah nak tengok dia senyum pun susah.
“Terus hidup weii..!! Masa kat rumah, nak tengok dia senyum pun susah, apatah lagi nak buka mulut,” katanya.
Perkongsian video berkenaan memaparkan Syatilla tersenyum manis sebelum menikmati sarapan pagi selain mengakui sudah lama tidak mengalami perasaan seperti itu.
“Awak buat saya gembira, sangat gembira. Dah lama saya tak rasa perasaan ni,” luah aktres berusia 30 tahun itu kepada suaminya.
Sementara itu, Syatilla turut berkongsi mengenai alahannya yang sangat pelik kali ini sehingga sukar untuk menjalani kehidupan seharian selain mengucapkan terima kasih kepada Sam kerana melayan kerenah ibu hamil.
“Sanggup bawak TV besar dari rumah supaya tak boring. Kalau dah bawak TV maksudnya bukan duduk sekejap eh.
Ads
“Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni. Tewas akhirnya…..
“Rasa hidup takdak kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan. Demi Allah ni pertama kali Tilla ada alahan macam ni, hamil sebelum ni langsung tak merasa siap boleh pergi shooting hari2 sampai perut besar!
“Kali ni sangat2 luar biasa, rasa serik pun ada. Insyaallah doakan baby nombor tiga ni sihat sempurna sifat. Itu paling penting..
Ads
“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana2, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut. Ni baru la namanya kerjasama selamanya! Sayang awak,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.
Kredit: IG Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gemar memasak membuatkan figura ini sentiasa belajar pelbagai resipi baru untuk menambat selera anak-anak.
Dr Ezani Monoto menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga kerana boleh menambah rasa kasih sayang serta membuatkan ibu lebih bersemangat untuk memasak. Berkongsi pengalaman menyediakan masakan pertama buat anak tercinta ketika usia 6 bulan pada 8 tahun yang lalu membuatkan anak-anaknya sukakan makanan segar.
“1st baby food saya buat, something yang exciting. Tapi bila baby food memang excited nak try macam-macam. Tapi kita cuba bagi baby food yang natural macam buah-buahan. Anak saya yang 1st pun suka buah-buah sampai besar. Baby food yang mencorakkan pemakanan mereka sampai besar”
Penerima Anugerah Pa&Ma Gala, Best Mama Millennial 2023 ini juga mengakui walaupun suka memasak manisan, namun dia juga sangat mementingkan kesihatan gigi kerana kerjayanya sebagai doktor gigi .
“Sebagai doktor gigi, kita boleh nampak apa yang menyebabkan gigi anak kita rosok. Walaupun dia gosok gigi hari-hari, tapi gosok tak bersih.”
“Habit dari kecil memang start je ada gigi memang terus gosok. Masa tak ada gigi pun kita kena selalu lap gusi dia. Macam anak-anak saya, bila berus gigi kalau nampak kuning-kuning saya tunjuk pada dia. Kiranya kalau tak gosok gigi bersih-bersih apa akan jadi”
“Kita start dari pergi beli berus gigi, libatkan mereka dan bagi peluang pilih sendiri. contoh ada rabbit ke. Bagi mereka minat.”
“Kalau anak 6 bulan saya akan berus dekat atas katil dan kepit tangan dia, sambil berus tu nyanyi atau borak dengan dia. Jadi dia akan ingat untuk berus gigi”
Saksikan perkongsian penuh Juara MasterChef 2012 ini di bawah
Pasangan selebriti paling popular Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin akhirnya kini bergelar ibu dan bapa selepas selamat menimang cahaya mata sulung semalam.
Pasangan yang cukup dikenali menerusi drama bersiri popular Crash Landing On You itu menerima kehadiran seorang bayi lelaki yang selama ini cukup dinantikan keduanya.
Perkongsian khabar gembira itu dimaklumkan menerusi sebuah kenyataan dari agensi Son Ye Jin sendiri iaitu MSteam Entertainment.
Son Ye Jin yang berusia 40 tahun itu kini dilaporkan dalam keadaan baik dan sihat bersama bayi lelakinya.
“Son Ye Jin selamat melahirkan bayi lelaki, hari ini. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam sihat,” ujar MSteam Entertainment dalam kenyataan.
Son Ye Jin dan Hyun Bin yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu mengumumkan kehadiran ahli keluarga baru itu selepas disahkan hamil pada Jun lalu.
Kongsi Son Ye Jin lagi, dia juga mengalami beberapa perubahan pada dirinya sebelum mendapat tahu bahawa dirinya hamil selepas bebapa bulan mendirikan rumah tangga bersama Hyun Bin.
Pasangan selebriti popular itu juga turut mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki yang sepatutnya dijangka bakal dilahirkan pada Disember depan.
Terdahulu, Son Ye Jin dan Hyun Bin mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu secara tertutup di Aston Sheraton House, Grand Walkerhill Hotel di Seoul, Korea Selatan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat selepas dua tahun menyulam cinta.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Kelahiran secara indius adalah salah satu jalan yang boleh diambil bagi mengatasi komplikasi yang berlaku. Ia selalunya digeruni para ibu. Banyaklah kisah yang akan dikongsikan oleh ibu yang dapat merasai pengalaman diindius semasa melahirkan. Selain kelahiran melalui pembedahan, indius juga antara perkara yang sebaiknya mahu dielakkan oleh kebanyakan wanita.
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan atau cara mekanikal.
Doktor anda akan menyarankan induksi jika didapati risiko menunggu proses kelahiran secara semulajadi melebihi risiko prosedur indius itu sendiri.
6 SEBAB PERLU INDIUS
Antara keadaan yang memerlukan indius ialah:
#1: Overdue
Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas.
Overdue boleh menyebabkan uri menjadi kurang berkesan atau kurang efektif dalam menyampaikan nutrisi kepada bayi dan dengan itu menambahkan risiko kepada bayi termasuk lemas dan kematian .
#2: Pecah air ketuban
Jika air ketuban anda pecah dan proses bersalin tidak bermula dengan sendiri anda mungkin perlu diinduis.
Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu.
Walaubagaimanapun jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius mungkin tidak akan dilakukan kecuali ada masaalah obstetrik lain (misalnya infeksi atau masalah bayi atau masalah ibu).
Dalam keadaan ini ibu akan diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan dan steroid untuk mematangkan paru-paru bayi.
#3: Ibu berpenyakit
Preeklampsia adalah keadaan serius yang boleh membahayakan ibu dan bayi. Ia memerlukan pesakit diindius awal bergantung pada tahap keseriusan.
Selain praeklampsia, penyakit kronik misalnya darah tinggi, diabetes dan penyakit buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.
#4: Masalah bayi
Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.
Walaubagaimanapun jika keadaan bayi terlalu terencat dan berkemungkinan lemas indius tidak disarankan. Sebaliknya pembedahan caesarean adalah cara paling selamat untuk bayi.
#5: Pendarahan
Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.
Indius kelahiran tidak sepatutnya digalakkan atas permintaan sosial. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu misalnya permintaan daripada pasangan disebabkan pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya induis mungkin boleh dipertimbangkan dengan syarat pasangan memahami risiko indius.
BERSALIN INDIUS LEBIH SAKIT
Anda perlu tahu kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara cepat dan tidak berperingkat. Kekerapan, ketegangan dan ritma kontraksi meningkat dengan pantas.
Ia berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.