Penangan Bantal Busuk, Sekali Tengok Takut! Anak Tak Bagi Basuh Guna Sabun

Share

Ada tak anak-anak anda yang obses dengan bantal busuk, kain atau apa-apa saja yang boleh buat dia rasa tenang? Mungkin sesetengah orang, rasa macam pelik tetapi ia sebenarnya tabiat biasa yang berlaku dalam masyarakat.

Namun yang jadi masalahnya, bila anak ada ‘alat penenang’ ini, kebanyakannya tidak suka untuk dibasuh dan lebih selesa dengan bau yang asli. Ini kerana bila dah dibasuh, baunya dah tak sama dan tidak seperti sebelumnya.

Tak boleh berenggang, wajib ada

Ada tu dari sebiji bantal yang elok, disebabkan sentiasa dibawa ke mana-mana, rupanya terus berubah dan tak jadi seperti yang asal. Begitu juga kisah anak kecil ini, Putera Arfan Bin Izzat Irfan, 4 tahun yang sangat ketagih dengan bantal busuk sehingga berubah rupa menjadi seperti patung yang agak menakutkan.

Menurut ibunya, Zyra Zakaria, perangai obses bantal busuk Arfan bermula pada usianya 6 bulan. Tak sangka sampai hari ini dia langsung tak boleh nak berenggang. Jika tiada, seolah resah dan gelisah sepanjang hari.

Memang sewaktu Arfan masih bayi, dia selalu gigit-gigit, main dan nak tidur mesti kena ada bantal tu. Sekarang dah 4 tahun pun kalau tak nampak kejap mulalah jadi gelisah.

Bila kami pergi ke luar negeri atau luar negara memang kena bawa. Kalau tak Arfan akan menangis tak boleh tidur. Selama 4 tahun ni, tidak pernah satu malam pun dia tidur tanpa bantal busuk itu.

Dari sebiji bantal sekarang macam patung 

Disebabkan selalu ada bersamanya sepanjang masa, sampai lah sekarang rupanya dah macam patung mainan sihir.

Bukan itu saja, walaupun dah terkoyak sana-sini, tetap tak mahu tukar pada yang baru. Rela minta untuk dijahit tempat yang terkoyak sehinggalah kain dah makin mereput.

Bila saya minta untuk beri yang baru padanya, Arfan tak mahu dan tetap setia pada bantal yang itu saja.

Pernah basuh tapi anak menangis

Ramai yang tanya adakah bantal busuk itu tak pernah dibasuh? Sebenarnya bukan tak dibasuh. Saya pernah basuh dan cuci dengan cecair Dettol sebelum ni. Mungkin bila basuh, ia mengubah bau bantal busuk. Apa lagi selepas Arfan tahu, terus menangis semahu-mahunya kerana dah hilang bau asli itu.

Selepas itu, bila Arfan tahu saya nak basuh, dia dah awal-awal tak bagi. Bagaimanapun, untuk pastikan kebersihan, saya tetap juga membasuh cuma tak menggunakan sabun. Dengan cara ini, dia kuranglah menangis walaupun tahu saya membasuh barang kesayangannya.

Tambah Zyra lagi, bila pergi ke mana-mana dan dia pegang bantal busuknya, pasti akan menjadi bahan usikan. Tapi dia tak kisah asalkan bantal itu jadi penemannya. Rutin nak tidurnya juga wajib ada untuk dia hidu aroma tersebut.

Kredit: Zyra Zakaria

ARTIKEL MENARIK [Jadi Sungguh Gelagat Opah Ye! Gelagat Comel Maira Bikin Semua Orang Geram]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Mudah Sangat Nak Anak Cepat Kenal ABC, Baca & Mengira. Guna Cara Cikgu Ini!]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy