Sebagai anak selebriti yang popular, Siti Aafiyah sering mendapat perhatian. Buah hati kesayangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah menawan hati peminat ibunya.
Menurut Rozi Abdul Razak, pengurus Dato’ Sri Siti Nurhaliza sambil berseloroh mengatakan populariti si kecil ini sudah melebihi ibunya.
Jelasnya, kini keadaan dah bertukar di mana orang akan bertanya banyak tentang Aafiyah pula. Ujar Rozi, penangan Aafiyah sudah ‘jatuhkan ranking’ ibu (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)!
rozisangdewi Aafiyah, dulu kalau orang yang kenal Mak Rozi, jumpa kat mana-mana, akan tanya, mana @ctdk (ibu Aafiyah) tapikan, sekarang ni, orang akan tanya, mana Aafiyah, Aafiyah sihat?.
.
Itu penangan Aafiyah dah jatuhkan ranking ibu Aafiyah tau..hahahaha.
.
Siapa pun kita, tak kisahkan Aafiyah, janji kita boleh jadi insan yang disenangi, dihormati kerana lisan yang baik, pekerti yang terpuji, menghormati, pandai menjaga diri serta membahagiakan ibubapa, juga menyumbangkan sesuatu yang baik kepada agama, bangsa dan negara. Pesanan khidmat masyarakat dari Mak Rozi yang sangat annoying ni. ???
Aafiyah yang dilahirkan setelah 11 tahun perkahwinan Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Dato’ Sri Khalid membuat para peminat teruja melihat dan mengambil tahu perkembangan si kecil ini.
Para netizen memberikan komen mengakui penangan si pipi merah, membuatkan mereka sentiasa menantikan update terbaru si kecil ini.
SELALU TERTUNGGU INSTASTORY TOKTI SEBAB NAK TENGOK AAFIYAH
MENUNGGU POSTING TENTANG AAFIYAH
Sumber: rozisangdewi & ctdk
Artikel berkaitan: [Aafiyah Dah Genap 8 Bulan! Kini Pandai Memanjat & Merangkak Laju, Tak Lama Lagi Berjalan]
[Aafiyah Dah Pandai Wefie, Comel Sangat Matchy-Matchy Dengan Ibu]
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI