Penangan Susu Ibu, Pergi Mana-Mana Semua Orang Geram Nak Cubit Pipi Siti Aishah!

Share

Betullah orang kata susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Malah khasiatnya tak boleh ditandingi lagi. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, mereka akan nampak kebaikan ini dan pastinya akan sangat menghargai setiap titisan susu yang keluar itu.

Sebab itu, ada ibu-ibu yang sanggup berkorban siang dan malam untuk menyusukan anak, pam mengikut waktunya bagi memastikan pengeluaran susu lancar serta boleh menangis jika stok susu yang di simpan rosak atau tertumpah.

Ketika lahir seberat 2.6 kilogram

Hanya minum susu ibu

Seperti perkongsian ibu ini, Najwa Izni, kelahiran anak sulung, Siti Aishah Nafisah, 8 bulan banyak mengajar dirinya menghargai kehebatan susu ibu. Siapa sangka, bayi yang dilahirkan seberat 2.6 kilogram kini menjadi perhatian ramai kerana badannya yang bersemangat dan pipinya yang tembam.

Selepas 2 minggu lahir

Menurut Najwa, kelahiran Siti Aishah sangat dinanti-nantikan olehnya dan suami. Memandangkan 5 tahun menunggu akhirnya bila dapat tahu mengandung, memang sangat teruja.

Bermula dari itu, saya mula belajar ilmu keibubapaan dan bertekad akan menyusukan bayi bagi memberi yang terbaik untuk anak yang akan dilahirkan nanti. Tak sangka ketika dari hari pertama bayi lahir, susu terus keluar dan alhamdulillah rezeki anak tak putus sehingga ke hari ini.

Walaupun orang tengok mamanya kurus je, tapi rezeki susu sangat meriah. Memang 100 peratus Siti Aishah menyusu badan. Tak pernah sekalipun diberikan susu formula walaupun masa dia mengalami jaundis selama 2 minggu ada yang mengesyorkan supaya bagi susu formula, tapi saya tak ikut nasihat itu.

Usia 2 bulan

Apa yang saya buat hanya bagi susu ibu sekerap mungkin dan sampai sekarang pun selepas 1 jam atau dua jam menyusu, Siti Aishah akan merengek nak menyusu.

Tak pernah demam atau sakit sejak lahir 

Kongsi Najwa lagi, sejak lahir sehingga sekarang, syukur alhamdulillah Siti Aishah tak pernah lagi demam atau sakit walaupun selepas mendapat suntikan. Mungkin juga sebab susu ibu yang menguatkan antibodinya.

Usia 3 bulan

Bila orang tanya saya apa rahsia susu ibu meriah sangat, tiada apa-apa rahsia pun. Cuma yang saya amalkan adalah makan sup lobak putih dan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat seperti banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.

Lagi satu yang saya perasan, susu sentiasa banyak sebab saya jaga jadual menyusu. Memandangkan saya berniaga secara online di rumah jadi banyak masa dengan anak. Memang tak ada stok susu pun yang disimpan kerana akan bagi terus setiap kali anak nak menyusu.

Suka brokoli dan ubi kentang cheese

Walaupun Siti Aishah dah makan, waktu menyusunya sama juga. Tapi saya tetap akan pastikan dia makan makanan yang lengkap dengan nutrisi bagi tumbesarannya sihat. Sekarang dia dah dibiasakan makan bubur ayam, bubur ikan, puri buah-buahan dan sayur. Paling menjadi kegemarannya adalah brokoli dan lobak merah.

Usia 5 bulan

Bagi snack time pula, saya akan berikan ubi kentang yang dikukus kemudian dilenyek sebelum diletakkan sedikit cheese. Ini antara menu kegemaran Siti Aishah sekarang dan seminggu dalam 3 atau 4 kali dia makan.

Bagi yang tertanya-tanya berapa berat Siti Aishah, sewaktu timbang 7 bulan beratnya 8 kilogram. Yang terkini masih belum tahu lagi. Bagaimanapun, doktor dan jururawat jelaskan perkembangan Siti Aishah ok dan setakat ini BMI normal dengan ketinggiannya.

Cuma di bahagian pipi, lengan, paha sentiasa buatkan semua orang geram dengannya. Kadang saya sebagai mamanya pun tiap kali tengok dia tidur mengiring, tak nampak mulut dan hidung kerana terlindung dengan pipi yang tembam.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy