Bagi pasangan yang berkahwin pastinya kehadiran anak dianggap pelengkap dalam rumah tangga. Bukan saja memeriahkan rumah tetapi dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini yang cukup teruja dan bersyukur apabila penantian selama ini berakhir dengan berita gembira akhirnya mendapat zuriat sendiri.
Menerusi perkongsian di Facebook, Nik Mohamad Khairi yang memberitahu pasangan ini telah berkahwin selama 18 tahun dan baru sahaja menimang anak sulung.
“Dengan mak, mak mentua dan seluruh ahli keluarga meraikan dengan penuh kegembiraan, kita tengok pun sedih sama,” tulis Nik dalam hantarannya.
Dalam video ini menunjukkan seorang lelaki yang mungkin ayah kepada anak kecil ini menangis kegembiraan selepas memegang bayi yang diberikan oleh salah orang pegawai perubatan di hospital tersebut.
Video yang berdurasi lebih 1 minit itu menunjukkan dari jauh keluarganya datang dalam keadaan teruja menyambut kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka ini dengan melemparkan gula-gula ke arah lelaki berkenaan dipercayai sebagai tanda kesyukuran dan kemanisan.
Lebih teruja lagi, mulut mereka tidak berhenti melafazkan rasa syukur kepada Allah dan tidak lepas dengan berselawat ke atas Nabi.
Tidak dinafikan, siapa sahaja yang tidak gembira dengan hadirnya cahaya mata dalam keluarga mereka.
Kisah pasangan ini mendapat perhatian orang ramai seluruh dunia selepas videonya tular.
Sumber: Nik Mohamad Khairi
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)