Siapa sangka penantian 21 tahun pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata dimakbulkan apabila lahirnya seorang bayi perempuan yang sihat pada 1 Disember lalu.
Kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Aisyah menjadi bukti cinta ibu bapanya iaitu Somidi , 51, dan ibunya Su’udiyah, 44. Percayalah Allah Maha Mendengar untuk hamba-Nya. Asalkan jangan putus asa berusaha.
Penantian berakhir kegembiraan
Menerusi perkongsian di instagram drbennyarifin, sebagai seorang pakar dalam bidang O&G, inilah momen yang benar-benar bermakna dan buatnya rasa terharu melihat hebatnya kekuasaan Allah.
View this post on Instagram
Baginya perjuangan ibu bapa Aisyah dengan pelbagai cara sebelum ini akhirnya berhasil dengan rawatan bayi tabung uji dan ini adalah kehamilannya yang pertama.
Mereka menunggu selama 21 tahun. Bayangkan 21 tahun! Tuhan akhirnya menjawab segala doa dan usahanya selama ini. Tidak ramai pasangan yang boleh menunggu dalam tempoh lebih 20 tahun. Namun pasangan ini saling memberi semangat satu sama lain dan percaya suatu hari nanti mereka tetap mempunyai anak.
Sanggup menaiki bas seawal jam 2 pagi untuk lakukan rawatan
Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang begitu bersungguh-sungguh. Mereka tinggal 15 kilometer di luar kota Sumenep, Dusun Pakondang Daya, Madura. Enam jam perjalanan dari Surabaya.
Semata-mata untuk berjumpa saya membuat rawatan, mereka sanggup bertolak menaiki bas seawal jam 2 pagi. Bayangkan kesungguhan mereka. Ini semua untuk pastikan waktu suntikan dan rawatan lain dapat dijalankan dengan baik.
Tambah beliau lagi, kes suami isteri ini dirujuk oleh rakan sebelum membuat janji temu seterusnya. Proses rawatan ini sama dengan pesakit lain.
Setelah mendapat embrio, pasangan ini juga perlu menunggu hampir setahun sebelum berjaya dipindahkan ke rahim ibu. Dalam tempoh setahun itu, mereka dengan sabar berulang alik menaiki kenderaan awam dari kampungnya untuk dapat rawatan.
Dalam setiap pertemuan, mereka mengikuti setiap peringkat rawatan dengan baik sekali dan apabila hasil rawatan ini berjaya saya masih ingat momen ini. Apabila diberitahu ka berjaya, rawatan berjaya, tiada kata-kata dapat diluahkan oleh pasangan ini, sebaliknya titisan air mata kesyukuran.
Saya percaya pertemuan dengan pasangan ini bukanlah satu kebetulan, melainkan semuanya dah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa untuk berkongsi kegembiraan bersama.
Thank you Morula team Dr.Amang, Dr.Ali, Embryologist, Nurse, @lemiel_id dan semua.
SELAMAT DATANG KE DUNIA BABY AISYAH 01.12.2020
Kredit: IG drbennyarifin
** Mahu dapatkan keperluan bayi pada harga istimewa klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI