Berkat sabar dan menanti selama 7 tahun, akhirnya kehadiran Danny Junior memberi kegembiraan buat Danny X-Factor dan isterinya. Semalam (28 Februari) Danny berkongsi perasaan terujanya buat pertama kali bergelar bapa.
Menerusi Instagram Danny, dia menzahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayi lelaki yang diberikan Allah. Dalam masa yang sama rasa gembira bertukar status sebagai seorang ayah.
Apa yang membuatkan ramai peminatnya terharu, Danny cukup berterima kasih pada isterinya yang sanggup berkorban dan bersuasah payah selama 38 minggu 2 hari untuk memberikan hadiah paling bernilai buatnya.
Baru faham pengorbanan besar isteri untuk memberikan zuriat pada suami. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan bayi serta ibunya pun sihat.
Selama tujuh tahun menanti, Danny tidak mengambil masa lama untuk berkongsi kegembiraan dengan semua yang mendoakan kebahagiaan dan keselamatan bayi dalam kandungan isterinya sebelum ini.
Sejurus lahir, Danny dah memuat naik beberapa keping foto anaknya buat tatapan orang ramai.
Diharapkan selepas ini kehidupan Danny dan isteri bertambah bahagia dengan kehadiran bayi lelaki comel dalam keluarga mereka.
Sumber: ig Danny X-Factor