“Emm…penatnya ada anak ni. Dahla anak-anak ramai. Rasa nak nangis pun ada.” Sedihnya bila terhilang sabar. Bukan sengaja nak sakitkan anak, tapi…rasa tak mampu nak tahan sabar tu.”
Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa. Ingat sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.
Ads
Kita perlu melihat dia SENTIASA dari mata penuh kasih sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyepahkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.
Ads
Jika anda menerima (embrace) sangkaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya…tarik nafas, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan itu.
Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih sayang tanpa syarat.
Ads
Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, ‘he drove you mad’, anda akan nampak betapa ‘angelic’ , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi. Pernah jadi macam ni?
Semua orang sayang anak. Tiada orang yang tidak sayang anak. Ada anak yang patuh, ada anak yang agak degil. Namun itu tidak mengurangkan rasa sayang kita pada anak.
Bukan sekali melihat seorang kanak-kanak yang datang secara emergency ke klinik untuk mendapat rawatan nebulizer akibat serangan asthma. Bila ditanya, “anak saya mandi dalam kolam renang lebih 3 jam”.
Bila ayah kanak-kanak yang hadir sama bertanya, “Dah tahu anak ada asthma, kenapa biarkan berendam lama sangat?” Ayatnya lebih kurang macam itu.
“Budak tu dah nak sangat mandi. Saya biarkan jerlah”
Saya hanya mendengar saja. Biarlah suami isteri berbincang dan bergaduh. Kita orang luar ‘buat tak tahu saja’. Kita pun bukan berada di tempat kejadian untuk menentukan siapa benar dan siapa salah. Kita pun tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran ibu kanak-kanak itu pada ketika itu.
Tapi apa yang hendak saya beritahu lebih dari itu. Kita kasihkan dan sayang pada anak. Tapi perbuatan kita tidak menggambarkannya.
Saya kesian melihat kanak-kanak yang kekurangan berat badan. Bila ditanya, ibu menjawab “Anak saya tiada selera makan”
Saya ingin bertanya begini. Masakan puan tak sedap ke? Tapi tak sampai hati. Takut terlalu tajam. Nanti ada yang terluka. Tapi niat saya mahu tahu mengapa kanak-kanak ini tidak mahu makan masakan ibunya sehingga berat badannya tidak mencapai berat yang sepatutnya.
Umur sudah menjejah 14 bulan, tapi berat badan masih 8kg. Banyak jurang yang perlu diperhatikan dan diisikan.
“Anak saya suka makan jajan, aiskrim. Tak mahu makan nasi” Akhirnya si ibu memberitahu.
Makanan yang tidak berkhasiat memang membunuh selera anak. Apatah lagi jika diberikan pada waktu menghampiri waktu makan. Mereka rasa kenyang dan puas akibat rasa manis dan MSG pada makanan yang baru mereka makan.Jadi apabila si ibu menghulurkan nasi dan lauk, memang anak tak berselera.
Nanti selepas 3-4 jam, anak lapar semula. Pada masa itu, bukan masa makan. Si ibu mungkin menghulurkan pula biskut dan roti. Bila tiba masa makan, anak-anak itu masih kenyang. Tak mahu makan nasi dan lauk yang dihidangkan.
Begitulah kitaran yang berlaku.
Agaknya apa yang berlaku, jika kita biarkan? Seperti mana anak yang dibiarkan berenang dalam kolam renang melebihi 3 jam tadi, mendapat serangan asthma, anak yang dibiarkan mengambil jajan menggantikan makanan yang sebenar (real food) akan mengalami masalah kekurangan nutrisi. Mudah sakit. Perkembangan otak terjejas.
Jika kita sayangkan anak, jangan biarkan. Bertegas sikit. Kalau dia lapar, jangan segera hulurkan roti, biskiu, aiskrim dan jajan. Teruskan berikan nasi dan lauk yang bersesuaian.
Jangan biasakan anak dengan perasa MSG dan manis. Insya Allah anak kita tidak ketagihan jajan, dan makanan ringan.
Saya juga mencadangkan anak-anak ini diberikan minyak sihat terutamanya minyak zaitun. Bergantung pada usia, berikan pada kadar yang bersesuaian. Minyak dan lemak adalah sebahagian dari makronutrien yang diperlukan oleh tubuh. Cari minyak sihat (healthy fat and oil).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat dapur berkerat yang tidak sempat dibersihkan buat rasa tidak semangat untuk memasak di dapur. Sebenarnya hendak menghilangkan kotaran dan kerak-kerak lama dapur tidaklah sesukar mana.
Tip mudah yang dikongsikan pengguna Tik Tok, qiqi72 ini cukup mudah. Tak perlu sental lebih, dapur licin dan bersih dengan dua bahan ni saja. Wajib cuba!
Bahan-bahan:
Cuka
Soda bikarbonat
Dua bahan ni kena ada.
Taburkan soda bikarbonat di keliling dapur.
Tuangkan pula cuka dan biarkan sekejap.
Cuci dengan kain dan lihat hasilnya.
Mudah kan?
Jom bersihkan dapur memasak anda sebelum berpuasa ini. Lagi semangat nak masak.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerja tetap kerja, tapi anak nombor satu. Itu prinsip Alif Satar apabila ditanya tentang kehidupannya yang mempunyai dua anak perempuan.
“Jika ada orang cakap tak ada masa dengan anak, memang saya rasa sedih sangat. Adakah kita nak salahkan masa atau diri sendiri? Tapi bagi saya, bila bergelar ibu bapa ni, kita yang kena tentukan setiap waktu kita dengan keluarga, kerjaya dan hubungan dengan ahli keluarga dan rakan.
“Macam saya, walau sesibuk mana pun, masa dengan anak tetap ada. Saya akui saya seorang family man. Sebolehnya saya tak mahu anak-anak dan isteri rasa terabai kerana tuntutan tugas yang perlu dilakukan.
“Biarlah orang kata isteri boleh jaga anak, tapi tak kan lah 100 peratus saya nak dia buat semua. Isteri pun kadang kala perlukan masa bersendirian dan rehat yang cukup.
“Sebab tu apabila saya ada di rumah, saya yang akan ambil alih jaga anak buat sementara waktu. Mungkin tak perfect macam isteri buat tapi sekurang-kurangnya saya faham bagaimana isteri melayan karenah anak-anak dari pagi sampailah mereka tidur,” katanya.
Jadi Best Friend Daddy
Ditanya mengenai cara Alif mendidik dua anak perempuannya, dia mengakui sangat memanjakan mereka.
“Alisha dan Ariana ibarat best friend saya walaupun saya jarang ada masa dengannya waktu siang. Tapi sebelum keluar bekerja, saya akan mandikan anak-anak atau sarapan dengan mereka.
“Kalau perlu keluar bekerja awal pun, saya akan kejutkan mereka awal pagi untuk bermain dan bergurau dengan mereka dulu. Ini cara saya bonding dengan mereka dan mahu pastikan anak-anak tak rasa jiwanya kosong bila daddy bekerja.
“Cuma kalau terpaksa out station, telefon akan jadi penghubung. Dengar suara dan tengok muka pun dah cukup buat anak rasa happy,” jelasnya.
Alif juga mengakui dia tak boleh nak jadi garang dengan anak. Tengok muka anak-anak, automatik jadi lembut dengan mereka.
“Dalam hal ini, saya akan jadi penyejuk buat anak-anak bila isteri bertegas. Sekurang-kurangnya bila ada salah seorang yang garang dan lembut, barulah lengkap rumah tangga.
“Mungkin lain orang lain caranya, tapi saya yakin didikan dengan penuh kasih sayang akan menjadikan anak-anak membesar dengan sempurna,” akhirinya.
Gambar: Ig Alif Satar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Dalam sesebuah keluarga yang bahagia, perasaan cinta dan hormat-menghormati antara satu sama lain mesti dipupuk sejak kecil.