“Penat Ada Anak Ni.” Mak Ayah Jangan Sesekali Sebut, Nanti Menyesal!

Share

“Emm…penatnya ada anak ni. Dahla anak-anak ramai. Rasa nak nangis pun ada.” Sedihnya bila terhilang sabar. Bukan sengaja nak sakitkan anak, tapi…rasa tak mampu nak tahan sabar tu.”

Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa. Ingat sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.

Kita perlu melihat dia SENTIASA dari mata penuh kasih sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyepahkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.

Jika anda menerima (embrace) sangkaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya…tarik nafas, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan itu.

Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih sayang tanpa syarat.

Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, ‘he drove you mad’, anda akan nampak betapa ‘angelic’ , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi. Pernah jadi macam ni?

Sumber: Ibu Rose

Published by
Wan Amalia Mohd Daud