Pelakon Fiza Halim akui bersyukur dan puas kerana kini dapat menjaga sendiri anaknya, Aleena berusia 10 bulan di rumah.
Malah bekas ahli kumpulan Elite ini berkata, dia lebih puas apabila kini dia dapat menguruskan hal rumahtangga sendiri tanpa bantuan pembantu rumah selepas berkahwin dengan juruterbang, Aizat Al Jefri dua tahun lalu.
“Tanpa bantuan maid… Semua mommy buat sendiri.. Dulu dalam pantang of course daddy, cousin, adik, adik ipar, mama dan kakak ada tolong… tapi lepas tu semua on my own…
“Syukur Alhamdulillah Ya Rabb atas tenaga yang kau berikan untuk aku terus menjadi kuat, untuk membesarkan pemberian Mu ini Ya Rabb...
“Biar penat sekarang, sebab kita takkan menyesal nanti… Carilah duit setinggi gunung pun, tapi moment sebegini takkan dapat dibeli.. Aku bertuah dan bersyukur atas segala nikmat ini Ya Rabb,” tulisnya.
Fiza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik foto bayinya yang sedang tidur.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian peminat dan pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pekongsian dan pengalaman Fiza itu.
Malah tak kurang juga yang memuji kecomelan anak ketiganya itu.
Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 36, mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin namun berpisah pada 2010.
Hasil perkongsian hidup itu, dia memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra.
Sumber: Ig Fiza Halim & Gempak