Lain anak lain penangannya ketika hamil dan melahirkan. Bagi pengacara, Jihan Muse, kehamilan kali kedua ini begitu berbeza malah dia kini menjadi cepat penat berbanding dengan anak sulungnya.
Menurut kata Jihan, dek kerana faktor usianya yang semakin bertambah, dia mengakui lebih senang lelah ketika melakukan pelbagai aktitivi.
“Kali ini berbeza sebab faktor usia jadi penat dia lain macam. Itu pun antara sebab saya tak bekerja sebelum ini.
“Selain itu saya juga kena jaga anak. Semuanya saya buat sendiri sebab saya tak ada pembantu rumah.
“Lepas tu umur kita juga sudah meningkat, penat memang penat tetapi semangat tu buat kita rasa gembira.
“Saya dan suami yang buat semuanya. kalau nak cakap mengenai teruja nak sambut kelahiran, ya memang teruja sebab kami berdua memang menunggu,” kongsinya.
Ibu kepada Ungku Arsalan Haq ini juga dijangka bakal menyambut kelahiran anak keduanya ini sekitar bulan September nanti.
Malah kata Jihan lagi, dek kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan, dia lebih gemar mengambil tawaran kerja yang ringan-ringan sahaja.
“Kalau ikutkan tarikh jangkaan bersalin saya adalah pada bulan September. jadi kalau bekerja pun mungkin dalam sebulan lagi mungkin bolehlah kot.
“Saya masih ambil tawaran bekerja tapi yang ringan-ringan sahaja, ” kongsinya lagi.
Terdahulu, Jihan mengumumkan kehamilan keduanya selepas muncul di kaca televisyen ketika mengacarakan Anugerah Meletop yang lalu.
Jihan dan suaminya, Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun.
Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mengenangkan Apa Papa Rasa Kalau Ada Depan Faz, Anak Perempuan Tunggalnya Bakal Melahirkan Anak Pertama.” Fazura Sayu Teringat Arwah Ayah!
Tiga hari yang lalu merupakan hari lahir buat arwah bapa kepada pelakon jelita, Nur Fazura. Mengenangkan arwah bapanya yang telah tiada, pelakon Gol & Gincu ini yang sedang hamil enam bulan memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.
Artikel berkaitan: Usia Kandungan Fazura Masuk 5 Bulan, Fattah Amin Beraya Denga Keluarga Terdekat Sahaja Demi Kesihatan & Keselamatan Isteri Tercinta
Dalam perkongsian tersebut, Fazura terkenangkan pemergian arwah bapanya Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham bapanya iaitu pada 3 hari yang lalu.
Menerusi entri tersebut juga, Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya masih ada dan sempat melihat dirinya yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today.
“Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.
“Rindu tak terkata. Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, suri hati kepada Fattah Amin ini turut memohon orang ramai untuk mengirimkan doa kepada arwah ayahnya yang telah tiada.
“Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa.. Sharifuddin bin Adnan. Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT.”
Dalam posting tersebut juga, Fazura turut memaklumkan tentang pemergiaan teman baik arwah papanya yang sudah dianggap seperti bapa saudara sendiri. Dia juga turut meminta agar sama-sama mendoakan roh arwah dicucuri rahmat.
“Faz turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah Papa yang sudah dianggap seperti bapa saudara Faz. Beliau telah berhijrah ke alam abadi lewat subuh semalam, sehari sebelum hari lahir Papa.
“Mari kita sama-sama mendoakan agar roh Mohamed Amin Bin Hussin dicucuri rahmat. Semoga isteri dan anak-anak yang dikasihi dikurniakan kekuatan dan ketenangan untuk melalui hari-hari yang akan datang,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Dalam satu perkongsian yang lain, Fazura juga sempat mengucapkan selamat hari bapa kepada suami tercinta Fattah Amin.
“To my hubsbaby and soon-to-be-daddy of our child, Happy Father’s Day!
“You are going to be such an amazing father and we are so blessed for you. Hope you love this little gift I bought via Coach On Delivery to surprise you!
“So happy that I was able to just shop from home and have it delivered to our doorstep. Even got a bag for myself too! Love!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Sumber: Instagram Nur Fazura
Artikel Berkaitan: Tahniah Fazura! Kongsi Berita Kehamilan Di Instagram. Usia Kandungan Sudah Masuk Empat Bulan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Tahu Pun Hamil” Tiba-Tiba Pengsan & Alami Pendarahan, Diana Rafar Keguguran!
“Sejujurnya saya tak tahu pun hamil”. Begitu kongsi Diana Rafar yang mengalami keguguran pada usia kandungannya baru dua bulan.
Malah isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, 50, ini juga mengakui dia reda dengan perkara itu selain menganggap tidak ada rezeki baginya dan suami untuk menimang cahaya mata keempat mereka.
Kata Diana lagi, dia sendiri baharu mengetahui dirinya sedang hamil apabila mengalami pendarahan.
“Sejujurnya saya tak tahu pun hamil. Apabila tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, buat pemeriksaan baru tahu saya mengandung lagi.
“Ketika itu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Dalam masa sama saya sudah mengalami pendarahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.
“Kalau ikutkan anak ketiga belum lagi berusia setahun. Tapi, apabila diberitahu hamil dua bulan dan keguguran pula, saya anggap ia bukan rezeki kami,” kongsi Diana.
“Prosedur masuk bilik pembedahan sangat menakutkan”
Kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi, ini adalah pengalaman pertamanya mengalami keguguran. Malah pengalaman melalui prosedur di bilik pembedahan amat menakutkan selain masih trauma dengan pembedahan anak ketiganya dahulu.
“Prosedur masuk bilik pembedahan sangat menakutkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman. Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video.
“Saya masih lagi dirawat di hospital. Ini pun saya masih lemah dan semangat tak kuat. Fobia menjalani pembedehan semasa melahirkan anak ketiga tempoh hari pun belum hilang lagi.
“Terima kasih pada semua yang tidak henti menghantar mesej (DM) di IG dan bertanya mengenai keadaan saya. Doakan semoga saya cepat sembuh,” katanya.
Terdahulu, Diana dan Zamarul sebelum ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4 dan Kayden Haiqal yang dilahirkan pada September tahun lalu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Kencing Kotor Semasa Mengandung, Jika Tak Dirawat Boleh Menyebabkan Kematian Pada Ibu
Mungkin ramai bakal ibu yang merungut tatkala doktor meminta mereka memberikan sampel air kencing semasa temu janji rutin. Mana tidaknya, ramai ibu mengandung yang lain beratur untuk memberikan sampel air kencing dan anda sangat yakin bahawa anda tidak ada masalah kencing kotor.
Perkataan “menyusahkan” sememangnya lazim digunakan bagi mendefinisikan keadaan tersebut. Namun, adakah ujian air kencing tersebut dianggap tidak perlu kepada ibu yang tidak mengalami sebarang simptom kencing kotor?
Kencing kotor lazim dialami wanita
Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.
Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).
Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.
Terdapat beberapa sebab mengapa kencing kotor lazim berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki:
- Salur urethra wanita lebih pendek berbanding dengan lelaki
- Kedudukan salur urethra wanita yang berdekatan dengan vagina dan anu, memudahkan kuman merebak
- Penggunaan pelbagai jenis produk kontraseptif seperti spermisida (pembunuh sperma) menyebabkan populasi bakteria baik pada faraj berubah
- Wanita menopaus mengalami perubahan hormon
Kenapa wanita mengandung berisiko mendapat masalah kencing kotor?
Kencing kotor semasa mengandung memang boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. Namun, pernah tak anda terfikir, kenapa wanita hamil lebih berisiko?
Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang.
Perkara ini boleh menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan. Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.
Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.
Jika tidak dirawat dengan serta merta, ibu yang mengalami kencing kotor semasa mengandung boleh mati. Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?
Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah UTI kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:
- Rasa terbakar sewaktu kencing
- Darah di dalam air kencing
- Air kencing keruh
- Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar
- Tidak dapat menahan kencing
Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:
- Demam
- Loya
- Muntah
- Sejuk menggigil
- Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk
Ambil langkah berjaga-jaga
Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.
Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:
- Minum air mengikut kadar saranan harian (6-8 gelas) atau seperti yang dipreskripsikan oleh doktor anda.
- Jangan bertangguh untuk membuang air kecil. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan lebih banyak bakteria membiak di dalam pundi kencing.
- Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan dari depan ke belakang. Tindakan ini boleh meminimumkan risiko bakteria untuk merebak dari kawasan punggung ke faraj.
- Pakai pakaian dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas.
Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap. - Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau berkafein.
Kencing kotor semasa mengandung lazim dialami oleh wanita hamil. Pemeriksaan awal oleh doktor penting bagi memastikan komplikasi kencing kotor dapat dielakkan.
Jika anda mengalami gejala seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan daripada doktor.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI