Pening kepala dibuatnya bila anak berkejar-kejaran dalam rumah, lagi-lagi bila PKP. Jangan dirungutkan kerana inilah momen yang sememangnya cukup membahagiakan ibu dan ayah.
Mereka bermain dan lasak tidak lama, hanya ketika proses mereka membesar sahaja. Malah menurut bapa, Mohd Fhais, tempoh anak-anak berada dekat dengan kita tidak lama, hanya 12 tahun sahaja. Jadi bersabarlah. Biarkan anak belajar banyak perkara ketika mereka lasak dan bermain.
Memang penat bila anak tengah lasak. Dia bukan peduli pun kita penat ke tidak. Selagi mata dia tak lelap, jangan harap la kita boleh rehat.
Ada baiknya anak melasak ni sebenarnya.
Dia bukan sengaja nak lasak, tapi hati dia yang tengah membuak buak nak cepat besar.
– makin lasak makin banyak sel otak baru tumbuh
– makin lasak makin banyak sel otak berhubung
– makin lasak makin naik Growth Hormon dia
– makin lasak makin kuat tulang dan otot dia
– makin lasak makin cepat anak jadi besar
Waktu anak tengah melasak ni la momen yang paling kita akan ingati nanti. Sebab ia momen yang paling singkat tapi paling banyak emosi. Percayalah.
12 tahun je. Tak lama. Lepas dia dah membesar kita pulak yang akan rindu amat pada kelasakan anak anak kita.
Masuk je alam remaja mesti kita akan terngiang ngiang momen kelasakan anak ni.
Masa tu kita pula yang jadi kebudak budakan nanti nak ajak anak bermain. Sungguh dunia berputar macam roda!
Jadi sabar je la ya bila anak lasak, lasak itulah hiburan hati kita dan penguat motivasi kita untuk curah bakti pada anak anak. Nescaya anak anak akan ingat bakti kita ni sampai bila bila.
Artikel menarik: Asyik Buat Mak Ayah Hilang Sabar, Rupanya Itu Tanda Anak Nak Kita Pandang Dia
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)