Bukan senang suami nak kena alahan kalau isteri mengandung. Tapi jika suami yang rasa, ada yang lagi teruk dari isteri.

Bagi Hairul Azreen dia mengakui terkena tempias alahan isterinya, Hanis Zalikha yang kini hamil empat bulan.

Penat, Loya Dan Suka Tonton Rancangan Memasak. Hairul Terkena Tempias Alahan Hanis ZalikhaKatanya, dia kerap rasa letih selain suka menonton rancangan memasak.

“Masa mula-mula Hanis hamil, lebih kurang dalam tempoh sebulan dua begitu saya juga terkena tempiasnya.

“Saya kerap rasa penat dan loya. Selain itu saya jadi suka menonton rancangan memasak dan paling kelakar bila saya sendiri beritahu Hanis saya mahu buat kek.

Ads

Penat, Loya Dan Suka Tonton Rancangan Memasak. Hairul Terkena Tempias Alahan Hanis Zalikha“Reaksi Hanis memang ‘priceless’ sehinggakan dia sendiri pelik dengan perubahan saya.

“Mungkin sebab dia hamil jadi kita pun terkena sekali. Sekarang ini alahan saya dah hilang dan kembali seperti biasa,” ujarnya pada Gempak.

Mengulas mengenai kandungan isterinya, Hairul memberitahu bayi berada dalam keadaan sihat.

Ads

Penat, Loya Dan Suka Tonton Rancangan Memasak. Hairul Terkena Tempias Alahan Hanis Zalikha

“Buat masa ini jantina masih belum tahu lagi.

Ads

“Alhamdulillah, ‘baby’ sihat cuma Hanis sajalah yang mengalami alahan teruk.

“Setakat ini Hanis tidak mengidam apa-apa yang pelik tapi selalunya benda yang dia mahukan itu senang nak dapat. Kalau susah, saya pun ‘nervous’ juga,” katanya.

Penat, Loya Dan Suka Tonton Rancangan Memasak. Hairul Terkena Tempias Alahan Hanis Zalikha

Kredit: Gempak / Ig @hairulazreen

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI