Bab nak mengutip barang-barang kecil di rumah biasanya ibu akan ambil peranan. Bukan apa, risau jika ada anak kecil, silap haribulan anak akan masuk dalam mulut dan mungkin boleh jadi perkara luar jangkaan pula.
Lagi satu, bila diberitahu pada suami atau anak-anak simpan di tempat tinggi dan selamat, kadang tetap juga tercicir di merata tempat. Jadi nak mengelakkan ibu asyik membebel benda yang sama dan secara tak langsung boleh disiplinkan ahli keluarga, idea dikongsikan oleh Puan Khulailah Musa ini bagus.
Menurutnya, cara penyimpanan ni, sangat membantu menyelamatkan dari asyik membebel. Bila dah praktik macam ni, hati pun rasa tenang.
Antara kelebihannya:
#senang nak cari
#tak berhabuk
# jika terjumpa dalam bilik anak / ruang tamu, kutip semua masuk bekas transit, dan throw balik dalam drawer masing. setiap benda ada rumah
#senang nak check stok apa yang tak ada, seperti gam, ubat gigi, bateri
#mengurangkan pertanyaan ayahnya dan anak-anak kat mana barang..Benda-benda kecil ni penat nak menjawab kat mana letaknya..
# latih suami dan anak-anak ambil sendiri dan letak balik selepas guna.
#tahu apa yang hilang/ atau bila ada orang guna..Seperti sepit kuku, gunting
Senarai barang setakat ni:-
1. Kad waranti
2. Rekod perubatan
3. Bateri
4. Jam tangan
5. Stok alat tulis [pen, pensil, klip, pembaris, pemadam, sharpener]
-dulu letak dalam bilik study anak-anak tapi selalu anak-anak ambil guna ikut suka.
6. Gam/gunting, nota pelekat
7. Selotape pelbagai jenis
8. Cermin mata
9. Stok ubat minum
10. Stok ubat luaran
11.Resit harian [bila tukar handbag, campak je dalam ni, nanti hujung bulan baru masuk rekod]
12. Barang Suami [transit barang-barang suami yang dijumpai, nanti dia tahu nak ambil mana seperti, resit company, kunci pejabat & lain-lain]
13. Stok toiletries – sabun buku, ubat gigi, berus gigi,
14. Pin tudung
15. Elektronik – wayar charger, earphone, telefon, mouse.
16. SPECIAL – ubat ezcema anak
KENAPA SAYA banyak guna stackable drawers:
1. Boleh pindahkan ikut ruang yang kita ada dan boleh ubah kedudukan drawer.
Boleh pindahkan masuk bilik anak, atau letak kat ruang laundry. Saya juga guna stackable drawer dalam kabinet baju untuk simpan INNER SKAF, underware, stokin tangan, stokin, bra.
2. Bila nak pindah rumah, boleh angkat macam tu sahaja. Tak perlu kalut cari barang. Hanya perlu selotape drawer supaya tak terkeluar.
Owh, harga dia mungkin mahal sikit tapi berbaloi. (Boleh beli di shopee . Search “stackable drawers”)
Kredit: Khulailah Musa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)