Keibubapaan

“Penat Ni Lah Saya Cari Selama Ni, Momen Yang Saya Idamkan Sejak Dulu, Achey Tak Kisah Korban Masa Demi Tiara!

Share

Sering memuat naik aktiviti dan momen indah bersama Tiara, Achey dan isterinya Nurul Hasanah Yahaya atau Anne nampak cukup gembira. Apa lagi bila melihat Tiara sudah semakin membesar. Dan inilah juga detik terindah yang sedang di lalui mereka.

Melihat Nur Tiara Zinnirah Nasir, 10 bulan membesar dengan sempurna ternyata cukup menggembirakan pasangan ini. Penantian selama sembilan tahun berbaloi bila Allah mengurniakan Tiara pada Ramadan tahun lalu.

Korban Masa Demi Tiara

Ketika ditanya pada Achey (semasa sesi penggambaran bersama Majalah Pa&Ma) adakah dia penat melalui proses menjaga dan membesarkan Tiara setiap hari, Achey cepat-cepat menepis kata-kata ini. Kata Achey, inilah yang dicarinya selama ini.

“ Penat inilah yang saya cari selama 9 tahun ini dan inilah momen yang saya idamkan sejak dulu lagi. Jadi mengapa saya nak fikirkan mengenai penat uruskan anak. Penat itu normal dan saya laluinya bersama Anne dengan gembira setiap hari.

Sebelum ini saya selalu fikir, saya nak rasa pengalaman mak dan bapa saya menjaga dan membesarkan kami 10 adik beradik dan saya nak rasa kepayahannya bila sudah ada anak. Alhamdulillah akhirnya bila ada Tiara saya dapat rasa peluang semacam ini.

Sebelum ini saya dan Anne pernah menjaga anak saudara kami daripada kecil hingga usianya tiga tahun tetapi sekejap sahaja dan pengalamannya berbeza bila ada Tiara.

Jujur saya akui banyak aktiviti yang terpaksa kami lupakan seperti menonton wayang, menunggang motor cross dan berkhemah seperti dulu tetapi digantikan dengan aktiviti baru kami menjaga Tiara.

Bagi saya bila kita inginkan sesuatu kita harus bersedia korbankan sesuatu dalam hidup ini. Dan inilah pengorbanan saya sejak ada Tiara dalam hidup kami berdua. Bagi saya berjaga malam hingga 2, 3 pagi bukanlah satu masalah.”

Banyak benarnya kata-kata Achey ni. Terpancar kegembiraan pada Achey dan Anne ketika sesi fotografi ini berlangsung. Gamat seketika melihat aksi-aksi mereka bertiga yang riang dan bersahaja.

Kredit: @acheykintangkintung

 

Published by
SRM