Biarpun letih dan stres, seorang isteri tidak memerlukan perkara lain melainkan perhatian suami yang dikasihinya. Apabila suami memahami dan menjadi pendengar kepada luahan hatinya, isteri sudah cukup bahagia (walaupun bila dikerling di sebelah, masih menggunung kain baju tidak dilipat!).

Kalau penat boleh berehat, mengantuk boleh tidur. Namun stres yang dihadapi seorang isteri dan ibu kadang-kadang malangkaui had yang mana mereka juga tidak sedar. tahu-tahu tekanan itu ‘menekan’ mereka sehingga perwatakan yang lembut menjadi kasar, yang penyayang pun jadi suka marah-marah.

Artikel Menarik: [Pengikat Sayang Suami Isteri Amalkan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Ya Latif & Selawat]

Perkongsian daripada lelaki ini yang merupakan seorang suami, ada benarnya. Melalui laman Facebook, Muhammad Hassan berkata, mengambil hati isteri saat kekalutan dan kepenatan melanda boleh memberikan impak kepada pertambahan hormon oxytocin yang membuatkan si isteri ceria semula.

Tips mengurat hati isteri.
Fahami kehendak fisiologi isteri atau bahasa mudah kita sangat faham yang isteri juga perlukan tubuh badan yang sihat. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24 jam.

 

Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2, 3 kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak,boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali?

Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata…

 

Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan, perhatian, belaian dari suami.

Artikel Menarik: [Sebelum Tidur, Suami Isteri Kena 0-0 Dulu. Baru Terang ‘Nur’ Dalam Rumah Tangga]

Hormon cortisol meningkat,mereka akan nampak lesu,kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.

 

Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat,tetapi perlukan belaian,pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan,tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.

Sambil peluk dia,bisik ditelinga “Sayang…. bonus abang dah masuk….cakaplah apa sayang nak……”

 

Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia, ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.

Artikel Menarik: [Suami Yang Sayang Isteri, Berikan Semua Hartanya Pada Isteri. Termasuk Hati!]

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para suami untuk mengambil hati isteri saat mereka memerlukan perhatian anda. Seorang isteri masih ada lembut dan penyayangnya, cuma mungkin tenggelam dek kesibukan menguruskan keluarga dan kerja hariannya.