Anak datang dekat minta layanan dari kita, apa yang kita buat? Adakah suruh anak main jauh-jauh atau kita layan je acuh tak acuh.

Mungkin ibu bapa tak nampak cara layanan ini buat anak terkesan tapi sebenarnya mereka pendam dalam hati.

Menerusi perkongsian Najmi Nawawi yang gemar berkongsi ilmu keibubapaan, apa salahnya jika ibu bapa sentiasa senyum jika berdepan dengan anak.

Bagi ibu atau bapa yang sedang membaca penulisan ini. Sepertimana kita boleh luangkan masa untuk bermain FB, sepatutnya kita juga boleh luangkan masa seadilnya untuk anak-anak kita.

Penat Sekalipun Berilah Senyuman Pada Anak. Ini Terapi Paling Berkesan Di Hati Mereka

Senyumlah.

IKLAN

Pada anak-anak saat mereka masih berada di depan kita. Murahkan senyuman untuk diberi kepada mereka. Cuba panggil nama anak dan apabila anak sudah pandang kita. Cepat-cepat kita beri senyuman. Tidak perlu kata apa-apa.

Senyumlah.

Gunakan senyuman untuk mengubah dunia. Jangan biarkan yang berlaku ialah sebaliknya. Iaitu dunia pula yang mengubah senyuman. Maka berikan dunia yang terbaik untuk anak-anak semudah dengan memberi senyuman.

IKLAN

Senyumlah.

Manifestasi kepada segala kebaikan ialah melalui senyuman. Universal language kepada kebahagiaan. Buka mulut untuk senyum, umpama membuka hati untuk mencurah rasa cinta dan sayang pada anak-anak.

Penat Sekalipun Berilah Senyuman Pada Anak. Ini Terapi Paling Berkesan Di Hati Mereka

IKLAN

Senyumlah.

Supaya dapat membuka pintu hati anak-anak. Kerana senyuman itu bagaikan kunci yang mampu membuka pintu kebahagiaan buat sesiapa sahaja. Apatah lagi anak-anak sendiri yang selayaknya menerima rasa bahagia dari ibu bapa.

p/s : Senyumlah, ia terapi yang percuma.

Sumber: Najmi Nawawi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI