Bukan mudah jadi ibu bila terpaksa bangun awal pagi, anak menangis, rumah bersepah, kerja tak habis-habis tapi dalam penat tu, ibu tetap layak bahagia.
Nak tahu apa perkara paling simple tapi besar nilainya untuk buat ibu rasa cukup dan tenang? Penulis Keibubapaan, Dr Taufiq Razif senaraikan beberapa perkara asas yang seorang ibu perlu ada untuk rasa lebih tenang, jauh daripada rasa penat dan burnout dan selebihnya menikmati hidup bahagia Bersama suami dan anak-anak.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Semua yang bergelar ibu sangat perlukan 5 perkara ini lebih-lebih lagi surirumah.
1. Basic needs
Keperluan asas seperti:
– tidur yang cukup
– makan yang seimbang
– air yang cukup
– hubungan suami isteri yang mesra
– pakaian yang selesa
– tempat tinggal yang baik
2. Release
– tempat untuk berehat
– pasangan untuk meluah
– bahu untuk menangis
– masa untuk menyendiri
Ads
3. Distraction
– peluang untuk ada hobi sendiri
– peluang untuk Me Time sendiri
– masa untuk membaca
– masa untuk bersembang dengan kawan
4. Spirituality
– kesempatan untuk mengaji
– waktu bersunyi sunyian dengan Tuhan
– peluang menghadiri kelas dan ceramah
– nasihat agama daripada pasangan
5. Support
– didengari untuk difahami
– berada disisi untuk melayani
– dibantu pasangan untuk menjaga anak anak
– sentiasa ada di sisi dalam suka dan duka
– ditenangkan pasangan ketika ribut emosi melanda
Ads
“Kadang-kadang menangis tidak mengapa. Menangis bukan tanda lemah. Ia adalah tanda sudah terlalu lama berusaha untuk menjadi kuat”
Apa ibu nak buat?
Ibu kena cari kekuatan diri sendiri dan paling penting untuk terapi bagi merehatkan diri. Barulah bahagia jiwa dan raga.
Ads
1. Masa untuk diri sendiri
Walaupun cuma 10 minit, duduk diam tanpa gangguan, tarik nafas dan senyum. Ibu pun manusia, bukan mesin 24 jam.
2. Penghargaan “terima kasih”
Satu ayat ringkas dari anak atau suami pun boleh buat hati ibu cair dan semangat balik.
3. Tidur cukup
Tidur bukan untuk manja, tapi keperluan asas. Kalau tak cukup rehat, emosi pun tunggang-terbalik. Cuba rehat bila boleh, bukan bila sempat je.
4. Rasa didengar & difahami
Kadang ibu bukan nak penyelesaian pun. Cukup ada orang dengar tanpa menghakimi. Ibu juga perlukan pelukan dan kata-kata yang tenang.
5. Self-Love
Jangan seksa diri nak jadi ibu ‘perfect’. Anak tak perlukan ibu yang sempurna, dia perlukan ibu yang hadir, yang sayang, yang jujur.
Jadi ibu-ibujangan rasa bersalah nak bahagiakan diri. Bila hati ibu cukup, anak-anak pun akan rasa tenang dan gembira.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Elisya Sandha yang kini sedang hamil enam bulan berkongsi keadaan dirinya yang mengalami alahan teruk bagi kehamilan keduanya ini.
Tambah Elisya lagi, alahan yang dialaminya turut menjejaskan ibadah puasanya pada Ramadan kali ini.
Berbeza kandungan pertamanya, kata Elisya dia bersyukur kerana dapat berpuasa penuh.
“Sebenarnya ketika saya mengandungkan Bunga sebelum ini, saya dapat berpuasa penuh. Tak tinggal satu hari pun. Saya sangat gembira kerana itu memang sasaran saya pada waktu itu.
“Tapi pada kehamilan kali ini, jika lihat pada gaya, saya rasa tak mampu nak berpuasa penuh tapi saya akan tetap cuba.
“Kali ini, saya cepat penat dan ada alahan yang agak teruk,” katanya berkongsi cerita.
Tambah ibu kepada si comel, Bunga Elhaq ini lagi, proses kehamilan keduanya ini agak mencabar berbanding kehamilan pertamanya pada tahun 2022.
“Cuma kali ini alahan teruk juga. Perut saya agak kecil walaupun dah enam bulan tapi digantikan dengan alahan, bengkak kaki dan mudah penat.
“Kalau berjalan pun saya akan mudah penat,” ujarnya lagi.
Elisya berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media LXM Resources, yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi kisah jantina anak kedua, kata Elisya dia dan suami sepakat merahsiakan jantina anaknya itu dari pengetahuan keluarga.
“Jantina anak kita belum maklumkan lagi. Kita akan adakan majlis gender reveal selepas Hari Raya. Mak mentua saya pun belum tahu lagi. Cuma saya dan suami sahaja yang tahu.
“Buat masa ini, kami memang nak merahsiakan walaupun ibu mentua saya cuba korek,” tambahnya.
Terdahulu, Elisya dan suaminya mengumumkan bakal menimang anak kedua mereka pada penghujung tahun lalu. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.
Bila makan macam-macam, perut pun mulalah meragam. Perut rasa tidak selesa dan sebu, rasa macam nak muntah. Rasa ada ‘angin’ dalam badan. Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk menghilangkan angin dalam badan.
Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan lawas dengan baik.
Petua Atasi Perut Meragam
Menurut beliau lagi, syarat utama petua minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
SUSU BUANG ANGIN
Bahan-Bahannya:
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar madu
1/2 inci halia tua
1 cawan air panas
Minum ‘Susu Buang Angin’ Ini Memang Mujarab
Cara membuat:
Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.
2. Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.
3. Masukkan pula madu.
4. Setelah itu masukkan pula susu tepung.
5. Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Biasanya ramai ibu-ibu bila dah ada anak, bab kesihatan tak berapa dititikberatkan. Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur, kerja rumah tak pernah habis. Tambah pula nak bagi perhatian pada anak-anak kecil lagi. Itu belum dikira ibu bekerja yang keluar rumah pagi-pagi, sampai rumah dah lewat petang.
Sebab itu orang kata pengorbanan ibu tak boleh digantikan dengan hadiah. Ibu sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia sayang mendapat perhatian. Sehingga bab kesihatan diri, ibu buat acuh tak acuh.
Seperti kisah seorang ibu Ina Usor, di Group Kami Suri Rumah, beliau berkongsi pengalamannya yang bagaikan mati hidup semula selepas koma akibat mengalami sakit kepala teruk.
Sakit kepala teruk, pengsan dan muntah
Menurut Puan Ina, ibu kepada tujuh cahaya mata, sebelum ini hanya ingatkan sakit kepala biasa sahaja namun tak sangka ia hampir meragut nyawa dan anak-anak mungkin kehilangan seorang ibu.
Kejadian sebelum bulan Ramadan. Subhanallah bagai mati hidup semula. Allah bagi peluang kehidupan kedua. Koma seminggu, duduk dalam ICU 3 minggu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jangan main-main kalau anda mengalami sakit kepala yang teruk. Sebenarnya saya pun tak tahu ada penyakit brain aneurysm. Itu pun bila sakit kepala yang teruk, tiba-tiba pengsan dan muntah.
Maknanya pembuluh darah dalam kepala dah pecah. Alhamdullilah, pada Ramadan ke-2 dah dapat kembali bersama keluarga. Masa di ICU, selalu mohon agar dapat bersama anak-anak dan suami di bulan Ramadan. Akhirnya Allah makbulkan juga.
Bayi 7 bulan tak kenal wajah ibu
Cuma yang sedihnya apabila keluar dari hospital anak yang berusia 7 bulan tak kenal wajah saya. Menangis dia tengok saya. Mungkin kerana dengan rambut botak, mata sebelah kanan masih bengkak.
Syukur alhamudlillah, sekarang bila dah mula pulih, si kecil dah mau ikut saya. Doakan semoga saya sembuh seperti sediakala ya semua. Bila anak-anak selalu cakap nak ibu cantik dan boleh berjalan macam dulu-dulu, hati rasa sayu sangat.
Moga Allah terus beri keajaiban dan mengurniakan kesihatan berpanjangan untuk melihat anak membesar di depan mata. InsyaAllah!
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.