Isteri, suri penyeri di rumah kita. Dia lah penceria dan rasa bahagia kalau di rumah. Jadi biarkanlah suri hati kita belajar menceriakan dirinya ketika penat melampau menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Malah menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, para isteri harus belajar untuk mencari kegembiraan dengan melakukan hobi sendiri.
Semua ini menjadikan tangki emosi isteri kita lebih bahagia dan ceria. Jadi biarkan sekali sekali isteri dengan hobinya.
“Tak rasa loser ke jaga anak supaya bini boleh tunaikan hobi?”
“Saya sebenarnya perhati je kebanyakan mak mak ni bila dia buat kerja yang sama je setiap hari dia mai datang rasa tepu.
Ads
Sebenarnya rasa tepu tu permulaan burnout lah tu cuma tak ramai mak mak ni dia sedar benda ni.
“Tiap hari lipat kain, siapkan sarapan, cuci pinggan, tidurkan anak, mop lantai, jaga anak, jaga suami dan benda yang sama je berulang ulang daripada awal kahwin sampai lah ke penghujung usia. Tak kata salah pun.
Ads
Cuma bila tak ada unsur ‘playful’ dalam hidup dia akhirnya dia akan terbentuk satu beban dalam diri dia. Mula mula kecil, makin hari makin besar. Makin hari makin berat.
Sebab tu saya selalu cakap pada mak mak ni “find your own hobby, find your own passion”
It’s okay to be a mother. Tapi awak kena tahu awak dulunya adalah kanak kanak riang yang penuh kebahagiaan. Melompat ke sana ke sini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di mana ‘si anak’ tu sekarang? Di mana?
Ads
Sekali lagi saya ulang “it’s okay to be a mother. Tapi jangan sampai awak hilang diri awak sendiri. Deal? “
Buat seorang isteri, asalkan suaminya bertanggungjawab dan sentiasa mencuba untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga, itu sudah menjadi satu anugerah buat dirinya. Tanpa harta yang banyak pun sebenarnya seorang isteri boleh bahagia, janji ada suami yang menyayangi dan memahami.
Bila suami yang baik dah sediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian, sudah cukup untuk membuatkan seorang isteri tersenyum.
Namun, rezeki setiap orang berbeza. Ada yang mewah, ada yang sederhana dan ada juga yang serba kekurangan. Namun itu bukanlah tiket untuk kita menghina atau memandang rendah pada orang lain terutamanya jika kita mungkin diberikan rezeki yang melebihi orang lain.
Seorang suri rumah yang juga merupakan content creator di TikTok iaitu AkakTakPandaiSenyum baru-baru ini memuatnaik sebuah video dirinya sedang menangis kerana rumahnya dikecam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, biarlah orang mahu memarahi dirinya tapi jangan sesekali mengata tempat tinggal yang telah suaminya sediakan buat mereka sekeluarga.
“Nak marah saya silakan tapi tolong jangan hina rumah saya. Ini tempat yang suami saya sediakan untuk saya tidur dan jaga anak saya.”
Kemudian, wanita cekal ini atau namanya Nuha telah memuatnaik sebuah lagi video yang memberitahu kerana ‘tajamnya’ komen tersebut yang mengutuk rumah mereka, suaminya berjanji akan mencantikkan tempat tinggal mereka.
Perkongsian Nuha telah mendapat perhatian ramai dan dia telah dihubungi oleh pihak radio Era untuk bertanyakan tentang hal tersebut. Menurut Nuha, dia faham setiap orang mempunyai standard masing-masing dan bukan semuanya kita dapat ikut apa yang orang lain mahukan.
Apabila ditanyakan oleh para para penyampai radio Era tentang cat rumah, Nuha memberitahu yang rumahnya masih belum dicat lagi kerana suami masih mencari orang yang pakar untuk mencantikan semula kawasan yang berlumut pada dinding.
“Kita bila dah masuk ke dunia media sosial ni, kita akan dapat banyak pendapat. Jadi saya dah faham keadaan tu cuma sekarang ni yang saya tak boleh terima bila dia menghina tempat tinggal saya anak-beranak.
Kalau saya boleh pindah ke tempat yang lebih selesa, dah lama saya pindah.”
Nuha juga menerima cara hidup mereka sekeluarga dan sangat bersyukur kerana suaminya telah menjalankan tanggung jawab dengan sangat baik.
Kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu bukanlah terletak pada rupa dan harta semata-mata. Ia memerlukan komitmen serta kepercayaan yang sangat tinggi antara pasangan. Paling penting, saling menyayangi dan kesetiaan sepanjang mengharungi bahtera perkahwinan.
Diuji dengan perselisihan faham adalah perkara normal dalam perkahwinan. Tanpa disedari perkara beginilah yang membuatkan kasih sayang semakin utuh dan kita kenal pasangan dengan lebih dalam lagi.
Sudah menjadi tabiat si isteri untuk selalu bertanya pada suami sama ada dirinya masih disayangi atau tidak. Jika suami jawab sayang, ditanya pula seberapa banyak. Sudah dijawab, isteri tanya pula kenapa sayang sedangkan dirinya sudah tak sama seperti dahulu.
Begitulah yang dikongsi oleh Datin Almy Nadia baru-baru ini. Melalui perkongsian di laman Instagramnya, dapat dilihat Datuk Fizz Fairuz sedang duduk-duduk apabila Almy bertanya soalan cepumas itu.
“Baby, I nak tanya you something. You sayang I tak?.”
Nampak seperti Fizz malu-malu untuk menjawab soalan itu tetapi apabila ditanyakan seberapa banyak dia sayangkan Almy, terus didepangkan tangannya. Banyak komen positif yang mengatakan mereka terhibur dengan video yang dikongsikan. Selain itu, mereka juga mendoakan kebahagiaan buat Datuk Fizz dan Datin Almy;
Biarpun perbualan ini nampak seperti gurauan dan bersahaja, tetapi sebenarnya sudah jelas menunjukkan kebahagiaan pasangan ini. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan kekal bahagia selama-lamanya.
Nak bahagia mudah sahaja, kita perlu saling menghargai dan menjaga hati. Seperti mana isteri menginginkan layanan yang baik dari suami, begitulah juga yang perlu kita buat untuknya. Sama-sama berbuat baik, jadi pasangan pun terasa dihargai. Maka, rumah tangga menjadi harmoni dan sentiasa tenang.
Untuk menambat hati suami, ada beberapa amalan yang boleh dibuat oleh isteri. Biarpun mudah, tetapi jika dilakukan sangat memberi impak kepada emosi suami.
Melalui artikel di portal akuislam, katanya untuk menambat hati suami bolehlah si isteri cuba praktikkan beberapa perkara ini:
1. AMBIL BERAT PENAMPILAN SUAMI
Sesetengah suami suka jika isteri berikan perhatian kepada hal-hal remeh berkaitan dirinya. Sebagai contoh, isteri cadangkan baju apa untuk dipakai atau bantu untuk butangkan bajunya. Kadang-kadang, apabila isteri tolong potongkan kuku suami atau cukurkan misai dan janggutnya juga, boleh buat suami jatuh hati pada isteri.
Mungkin sesetengah isteri tidak suka buat begitu kerana merasakan seperti dia perlu menjadi seperti hamba pula untuk sediakan semuanya. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda melakukannya hal ini untuk suami.
Ada disebut dalam hadis:
“YA FATIMAH, BARANGSIAPA WANITA MEMINYAKKAN RAMBUT DAN JANGGUT SUAMINYA SERTA MEMOTONG KUMISNYA DAN MENGERAT KUKUNYA, ALLAH AKAN MEMBERINYA MINUM AIR DARI SUNGAI-SUNGAI DI SYURGA, DIRINGANKAN BAGINYA SAKARATUL MAUT, AKAN DIDAPATI KUBURNYA MENJADI SEBUAH TAMAN SYURGA, ALLAH MENCATATKAN BAGINYA BEBAS DARI API NERAKA, DAN SELAMAT DARI TITIAN SIRAT.”
2. CEPAT DATANG BILA SUAMI PANGGIL
Mungkin kedengaran remeh, tapi sebenarnya bila suami memanggil isterinya kenalah bersegara kepadanya. Sebaik dipanggil, sekurang-kurangnya menyahut dan katakan yang anda sedang datang. Atau jika anda tidak boleh meninggalkan pekerjaan yang dibuat ketika itu seperti memasak, bolehlah beritahu kepadanya.
3. CANTIK UNTUK SUAMI
Ketika menyambut suami pulang dari pejabat, senyumlah padanya. Ada sesetenagh masa, mungkin dia pulang dalam keadaan masam mencuka. Tidak mengapa, jangan marah padanya.
Tetapi hadiahkan senyuman, sekurang-kurangnya pahala untuk anda buat begitu sudah ada. Tidak perlulah berhias seperti malam anugerah, cuma pastikan anda berada dalam keadaan kemas dan berbau harum. Anak-anak juga perlulah dalam keadaan kemas dan ceria.
Bukan bermakna anda harus jadi seperti hamba. Cara untuk melayan suami seperti raja tidaklah susah. Kadang-kadang, soalan ringkas seperti “Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, saya siapkan.” Tahukah anda, soalan begini sudah cukup untuk buat seorang suami merasakan si isteri mengambil berat soalnya. secara tidak langsung, rasa letihnya semakin berkurangan tapi cintanya pada anda semakin mekar mewangi!
5. UCAP TERIMA KASIH
Hargailah setiap pemberiannya. Jangan diperlekehkan walaupun anda tidak suka. Terima dengan hati terbuka. Jika mungkin anda kurang suka dengan apa yang diberikan, ucapkan terima kasih kemudian beritahu padanya. Tidak perlu condemn terus usahanya itu.
6. JANGAN BERLETER
Suami akan merasa kurang selesa jika selalu sangat dileteri si isteri.
7. TEMANKAN SUAMI MAKAN
Kadang-kadang ketika sedang menemankan suami makan inilah anda boleh bersembang dan berbincang dengannya. Kalau tak mahu makan pun tidak mengapa, cukup sekadar berada di sampingnya.
8. ISTERI YANG BIJAK
Suami suka jika isterinya seorang yang bijak. Sesetengah suami suka bersembang pelbagai topik dengan isteri, jadi sekurang-kurangnya anda ambil tahu hal semasa, bolehlah dibuat topik berbual.
9. JANGAN KUAT MEMBANGKANG
Tidak salah untuk meluahkan pendapat anda. Pendekatan perlu betul, jangan terus bangkang apa kata suami anda. Secara lembut, tegurlah yang mana perlu.
Isteri suka jika isterinya menjadi penenang ketika dia berada dalam keadaan gundah.
11.TEMPAT TIDUR EKSLUSIF
Tempat tidur adalah ruang peribadi untuk pasangan suami isteri. Di situlah tempat paling sesuai untuk bercerita hal serius dan sebagainya. Cantikkan ruang di dalam bilik supaya menenagkan hati suami.
12. ISTERI YANG MANJA & TAK KUAT MERAJUK
Sekali dua, suami tak kisah untuk memujuk. TEtapi bila sudah dipujuk tetap mengada-ngada suami akan bosan dan membiarkan sahaja. Suami sukakan isteri yang manja, tetapi bukanlah sehingga tidak mampu berdikari.
13. JANGAN PANDANG RENDAH
Suami suka jika isteri menjadi penyokong terkuatnya. Sebaik-baiknya, janganlah isteri memperlekehkan kemampuan serta kredibilitinya. Tunjukkan rasa hormat dan anda kagum padanya.