Meriah dan penuh gaya! Begitulah gambaran yang dipaparkan melalui  pencarian comel bergaya yang telah berlangsung di Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018), Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC pada 5 Ogos 2018  yang lalu.

Objektif utama pencarian ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mengisi pelbagai ruangan di dalam majalah seperti segmen fesyen dan lain-lain termasuklah Penghias Kulit.

Bagi peserta prasekolah sudah tentu tampil bergaya dengan pelbagai fesyen tersendiri. Langkah penuh gaya dengan memberikan senyuman manis bak super mode.

IKLAN

Namun bagi peserta yang masih kecil sudah tentu ada  karenah diluar dugaan seperti menangis, tidak mahu duduk dan ada yang berlari ke sana sini. Kedengaran ibu-ibu memujuk anak supaya meneruskan sesi bergambar.  Begitulah suasana di studio mini gamat dengan pelbagai telatah si manja di hadapan lensa kamera.

Apa yang pasti, ibu bapa peserta tetap memberikan sokongan dan galakan seperti menyediakan pakaian yang menarik, menunjuk ajar pose yang bersesuaian di samping membantu juru foto mendapatkan perhatian si manja kepada kamera semasa aksi dirakamkan.

IKLAN

Penyertaan pencarian ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pencarian ini terbuka kepada si manja yang berusia 0 hingga 6 tahun. Kelihatan ibu bapa begitu teruja membawa anak-anak untuk pencarian.

Semoga pencarian ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menonjolkan potensi diri,  yakin dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

IKLAN

Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat SambutanPencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan Pencarian Bakat Baru Pa&Ma Dapat Sambutan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI