Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 mengikut zon di seluruh Semenanjung Malaysia sudah berakhir! Baru-baru ini, telah diadakan Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 bagi zon tengah yang berlangsung di Little One, Baby & Mum, Kiddy Expo yang bertempat di Viva Expo Hall, Cheras, Kuala Lumpur.
Pencarian yang diadakan selama dua hari ini merupakan zon terakhir iaitu zon keempat termasuk tiga zon lain yang melibatkan zon selatan, utara dan timur. Sebagaimana pencarian sebelum ini, syarat-syaratnya tetap serupa iaitu memberi peluang kepada bayi-bayi yang berumur di bawah dua tahun untuk sama-sama menyertai pencarian ini.
Ads
Apa yang menarik, walaupun pencarian ini diadakan di waktu Ramadan, ia tetap mendapat sambutan hebat daripada pembaca setia majalah ini. Kesungguhan ibu bapa jelas terpancar apabila ada yang membawa persalinan pakaian dan aksesori hiasan bagi memastikan anak masing-masing tampil menarik semasa sesi penggambaran. Malah gelagat ibu bapa mengagah anak, memang mencuit hati.
Ads
Hampir 120 orang peserta telah menyertai sesi test shot ini yang melibatkan dua photo booth dengan para peserta diberi nombor mengikut giliran masing-masing.
Bagaimanapun hanya tiga orang daripada 15 peserta bagi setiap kategori iaitu kategori A (bawah satu tahun) dan kategori B ( bawah dua tahun) dari zon tengah ini akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Ads
Sokongan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat dihargai oleh Pa&Ma. Tidak dilupakan, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lanceford Exhibitions (M) Sdn Bhd kerana menaja lokasi Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 (Zon Tengah) di Viva Expo Hall, Cheras, Kuala Lumpur. Juga kepada semua pihak yang terlibat yang sentiasa menyokong Pa&Ma bagi merealisasikan pencarian ini sejak dari awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa ‘hantu’ durian? Jika anak-anak juga‘hantu’ durian, anda dan keluarga wajib pergi ke Kampung Gajah, Perak. Jika merancang hendak pergi bercuti di Negeri Perak, apa kata singgah ke kampung ini. Sekarang ini sedang viral durian di kampung ini melimpah-ruah pada harga yang murah!
Mengikut sejarah, Kampung Gajah sememangnya sinonim dengan buah durian kerana banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Menurut sumber berita salah sebuah akhbar popular penghujung oktober, sebelum ini kampung ini tidak mengeluarkan hasil selepas berlaku bencana banjir pada penghujung tahun 2014. Setelah tiga tahu menunggu, akhirnya durian kampung ini tidak lagi ‘merajuk’ sebaliknya mengeluarkan hasil yang banyak. Lebih menggembirakan bagi pemilik-pemilik dusun, kebayakan pokok yang ditanam mereka menghasilkan antara 500 sehingga 600 buah durian.
Patutlah, banyak durian dijual pada harga yang murah disepanjang jalan kampung ini. Selain Kampung Gajah, kawasan pengeluaran buah durian tertinggi di sekitar Pasir Salak adalah Kampung Bawah Bungor, Kampung Teluk Sareh Kampung Jawa dan Kampung Pulau Tiga.
PETUA ELAK BADAN PANAS DAN SENDAWA BAU DURIAN
Oleh kerana rasanya sungguh sedap sehingga ada yang makan terlalu banyak termasuk anak-anak.Bagi ibu hamil yang mengidam, tidak salah jika teringin setakat ingin rasa dua atau tiga ulas. Yang bahayanya jika makan hingga dua atau tiga biji! Oleh kerana dikatakan makan durian boleh menyebabkan badan menjadi panas.
Boleh cuba 3 petua mudah ini untuk menghilangkan panas badan dan sendawa bau bila makan durian.
2. Bagi mengelak panas badan pula, isi air dalam pangsa durian dan minum air untuk sejukkan badan.
Terima kasih kepada perkongsian Nurulizati Roslan memaparkan kemeriahan raja buah ini yang banyak dijual disepanjang jalan di Kampung Gajah, Perak pada harga RM6.00 hingga RM10.00 sekilo! Kepada penggemar tegar durian, hujung minggu ini sila ke sana. Nanti jangan lupa share gambar ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik buat parents to be dan ibu ayah yang mahu mendapatkan barangan keperluan bayi. Pada 2-4 Ogos 2019, akan berlangsungnya Pa&Ma Baby Fiesta bertempat di SACC Convenction Centre. Terdapat lebih daripada 100 vendor dari jenama diyakini yang akan membuat jualan dengan tawaran harga istimewa. Diskaun kaw-kaw!
Fiesta bayi ini buat julung kali dianjurkan oleh NU Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama majalah Pa&Ma bagi menghargai sokongan pembaca dan pihak -pihak yang pernah bekerjasama dengan majalah ini. AXA AFFIN, Boost App dan Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital merupakan penaja bersama untuk fiesta ini dan menawarkan pelbagai pakej serta aktiviti menarik ketika berlangsungnya acara ini.
Tahukah anda, AXA AFFIN merupakan syarikat insurans hayat pertama yang menawarkan pelan kad perubatan online? Anda boleh mendapatkan pelan perubatan serendah RM37 sebulan. Menarik kan! Terdapat juga permainan dan hadiah menarik menanti anda. Jadi jangan lupa untuk kunjungi booth AXA AFFIN.
Siapa yang tidak tahu akan Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital? Sebuah hospital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan untuk wanita dan kanak-kanak yang diyakini. Pada 2 Ogos 2019 nanti, bertempat di pentas utama, Avisena Specialist Hospital akan membuat demonstrasi penyediaan makanan dan snek sihat untuk anak.
Demonstrasi ini akan dikelolakan oleh Pakar Pemakanan hospital itu, Cik Siti Nurhayati. Pada 4 Ogos 2019 pula, bakal ibu boleh datang untuk mempelajari tentang teknik pernafasan ketika bersalin. Taklimat ini akan disampaikan oleh Ahli Fisioterapi hospital ini, Pn. Kaiyisah.
Jadikan fiesta ini lebih meriah dan penuh ganjaran dengan membeli-belah tanpa tunai bersama Boost App! Boost merupakan aplikasi e-Dompet Malaysia yang mudah, selamat dan pantas. Nikmati fiesta Pa&Ma sepenuhnya tanpa perlu risau jika anda tidak membawa wang tunai yang mencukupi atau perlu mencari mesin ATM. Hanya imbas dan bayar melalui telefon pintar anda dan nikmati pulangan tunai melalui Shake Rewards.
Di samping itu, anda dapat menikmati pulangan tunai sehingga RM10 bagi perbelanjaan terkumpul RM150 pada hari yang sama. Anda hanya perlu mengunjungi booth Boost (booth 084) dan cuba nasib anda dalam permainan ring toss atau putar roda untuk meraih ganjaran sebanyak RM5, RM8 atau RM10 bagi perbelanjaan anda! Penebusan adalah terhad kepada satu kali bagi setiap pengguna.
Dengan lebih daripada 90,000 titik jualan peniaga, menggunakan Boost adalah mudah dimana-mana sahaja. Anda juga dapat menggunakan aplikasi Boost untuk pembayaran bil, tambah nilai pra bayar, menderma kepada institusi keagamaan dan rumah amal berdaftar, bayar parkir dan pelbagai lagi. Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Boost melalui App Store atau Google Play sekarang!
Selain membeli-belah dan merebut peluang untuk mendapatkan diskaun terhebat, anda juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain sesi meet and greet dengan selebriti terkenal seperti Datin Fouziah Ghous, Mawar dan Raf, Dazrin serta banyak lagi, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma.
Pada 2 Ogos 2019, akan dianjurkan sebuah seminar penyusuan dengan para panel seperti Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan & Sakit Puan serta dua lagi pakar bertauliah. Seminar pada hari tersebut bakal mengupas topik keberkesanan penyusuan ibu dalam membentuk anak-anak berjaya.
Beralih pula kepada 3 Ogos 2019, Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race bagi bayi dalam lingkungan lapan ke 12 bulan. Seramai 50 peserta akan menyertai pertandingan ini. Menariknya, hadiah untuk Merangkak Race adalah wang tunai! Pada hari ini juga akan berlangsung majlis pelancaran komuniti Moms To Be Pa&Ma.
Komuniti ini mensasarkan golongan ibu mengandung terutamanya yang hamil buat kali pertama. Selain itu, banyak aktiviti lain yang boleh anda sertai di booth Pa&Ma. Salah satu daripadanya adalah permainan Roda Impian yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan untuk dimenangi.
Pada 4 Ogos pula, Superhero Junior Gader akan diadakan. Seramai lebih kurang 100 orang kanak-kanak berusia daripada lapan ke 12 tahun akan menyertai aktiviti ini. Pasti meriah kerana dewan akan dipenuhi anak-anak berpakaian seperti adiwira.
Juga ada permainan Roda Impian pada hari Ahad tetapi hanya untuk pemenang Grand Finale. Terdapat 10 hadiah istimewa untuk dimenangi. Antaranya adalah basikal, stroller, car seat, tiket percutian dan banyak lagi. Nak tahu apa hadiahnya , anda kena datang dan putar sendiri okay?
Pa&Ma mengharapkan kedatangan anda semua bagi memeriahkan acara kami yang bakal berlangsung sepanjang tiga hari ini. Bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam, banyak tawaran menarik yang disediakan para peniaga. Bahkan kami di team Pa&Ma juga akan setia menanti anda di booth kami. Banyak hadiah yang mahu kami kongsikan dengan anda, jadi jangan fikir-fikir dah. Tetapkan tiga tarikh ini dalam planner anda untuk berjumpa kami di Pa&Ma Baby Fiesta ini. Jumpa anda di sana!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 12 Februari 2021 ini, PTPTN menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021 dengan bertemakan ‘Gong Xi Save & Safe’. Tema ini dipilih sebagai simbol keprihatinan PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19. Kempen ini telah dilancarkan pada hari ini secara live di Facebook PTPTNOfficial.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah Ang Pow yang sangat lumayan iaitu wang tunai berjumlah lebih RM88,888 untuk 88 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Hadiah utama yang ditawarkan ialah wang tunai berjumlah RM8,888. Tempoh promosi kempen ini bermula 8 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, iaitu selama sebulan. Cara menyertai kempen ini sangat mudah. Dengan simpanan bersih serendah RM100.00 dalam tempoh kempen, pendeposit akan layak mendapat satu cabutan.
Pendeposit SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, “Walaupun penularan COVID-19 telah memberi impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia dan tempatan, namun kepercayaan dan sokongan pendeposit kekal utuh untuk terus menyimpan dalam SSPN. Kempen ini merupakan tanda penghargaan PTPTN kepada anda yang terus menyokong SSPN. Jangan lepaskan peluang! Mungkin anda pemenang yang kami cari. Lagi banyak simpanan anda, lagi banyak peluang untuk menang.”
“Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, saya mewakili PTPTN mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya yakin dan percaya dengan semangat perpaduan, kemeriahan perayaan ini turut dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” tambah Datuk Wan Saiful lagi.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid berkata, “Bagi ibu bapa yang masih belum membuka akaun, rebutlah peluang keemasan ini. SSPN boleh dibuka untuk anak-anak seawal usia sehari. Bagi yang telah menyimpan, teruskan menyimpan. Anda adalah Super Hero kepada anak-anak. Sedikit pelaburan anda, tapi sangat besar maknanya pada mereka. Buka akaun atau tambah deposit dalam tempoh promosi dan anda secara automatik layak menyertai cabutan ini.”
PTPTN berharap kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina dalam suasana perpaduan dan masyarakat majmuk di negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021, layari portal www.lovesspn.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!