Keadaan ekonomi masa kini yang menyaksikan kenaikan harga barang, sedikit sebanyak membebankan poket pengguna. Jadi, anda perlu pandai menguruskan kewangan. Jika kena caranya, tentu penjimatan dapat dilakukan.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil pasti terasa bebannya. Maklum sahajalah banyak barangan keperluan anak terkena tempias kenaikan harga. Salah satu barang keperluan anak bawah tiga tahun yang memang tidak boleh habis dan sentiasa kena ada ialah lampin pakai buang (diaper).
Walaupun anda membeli barangan pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran, jika kualitinya tetap sama, berbaloi bukan? Bagi mendapatkan diaper anak pada harga yang murah berbanding harga pasaran, anda boleh praktikkan tip-tip ini.
Beli di kedai sensei
Belilah diaper pada harga yang lebih murah di kedai ubat Cina yang memang sinonim dengan nama kedai sensei. Tidak dapat dikenalpasti, mengapa harga barangan yang dijual di sini kebanyakannya lebih murah berbanding harga pasaran luar.
Selain daripada diaper, harga susu pun murah. Kadang-kadang perbezaaan harganya jauh berbeza juga. Jadi, segera kenal pasti lokasi kedai sensei berhampiran rumah anda. Nanti, mudahlah anda hendak membeli barang keperluan si kecil
Beli di gedung membeli-belah secara online
Kadang kala, gedung membeli-belah seperti Lazada, Shopee, 11st dan lain-lainnya ada menawarkan promsi diskaun atau harga murah. Contohnya di Lazada. Anda boleh dapatkan lampin pakai buang yang murah terutamanya jenama Drypers. Lebih menyeronokkan bila membeli-belah di Lazada, kos penghantarannya adalah percuma. Terdapat banyak lagi jenama murah lain yang boleh didapati di gedung membeli-belah secara online.
Borong di ekspo bayi
Tentu anda biasa berkunjung ke ekspo yang menjual pelbagai barang keperluan bayi, bukan. Jika berkunjung ke sana, pada hari pertama ekspo berlangsung, anda dapat melihat ramai pengunjung menyerbu booth yang menjual lampin pakai buang.
Selain dijual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran, anda juga berpeluang untuk mendapat pelbagai jenis hadiah sampingan yang ditawarkan. Berbaloi bukan? Walaupun perlu beratur panjang, banyak benda boleh dapat dalam satu masa. Siapa tidak suka beli satu tetapi dapat dua barang atau lebih. Inilah namanya pembelian bijak.
Promosi di pasar raya
Pasar raya besar seperti Tesco, Giant, AEON Big dan lain-lain kerap kali mengadakan promosi barangan bayi pada waktu tertentu. Jadi, anda kena rajin menjenguk laman web atau singgah ke pasar raya tersebut pada hujung minggu. Jika langkah kanan, dapatlah anda memborong lampin pakai buang bayi itu pada harga yang lebih murah berbanding harga biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI