Mesti sedap kalau dapat makan pencuci mulut kan? Maklumlah, cuaca di Malaysia sekarang tak menentu. Cuaca panas kerap pulatu. Kalau dapat makan apa-apa yang sejuk mesti rasa nikmat. Macam puding jagung ni. Nampak menyelerakan!
Puding jagung ni sedap dimakan sejuk- sejuk tau. Keluar sahaja peti ais terus hidangkan. Hidang pada waktu minum petang, makan dengan seisi keluarga. Pasti semua suka. Makan pula dengan teh atau kopi panas. Mesti layan punya!
Jom lihat resepi puding jagung mudah yag dikongsikan. resepi ini dikongsikan oleh MrRoti di Kumpulan Facebook Aneka Resepi Makanan.
RESEPI PUDING JAGUNG
Dah bosan makan kuih raya, rendang semua? Jom try resepi simple di bawah.
PUDING JAGUNG
Bahan- bahan:
– 1 paket serbuk agar- agar (10gm)
– 4 cawan air
– 1 cawan gula
– 1 tin susu cair
– 1 tin jagung krimer
– 1- 2 sudu besar perasa jagung.
Cara- cara:
1. Satukan serbuk agak- agar, gula dan air.
2. Masak sehingga larut.
3. Kisar jagung bersama cucu cair.
4. Tuang ke dalam periuk agar- agar dan kacau sebati.
5. Didihkan dengan api perlahan.
6. Tutup api kemudian tapis.
7. Biarkan wap panasnya hilang
8. Tuang ke dalam acuan/ Loyang.
9. Sejukkan.
Baca Juga:
Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Ikan Haruan Tumbuk, Baik Untuk Ibu Berpantang. Membantu Menyembuhkan Luka!
Sangat mudah resepi yang dikongsikan. Bertih jagung boleh dikisar halus atau dikisar kasar. Ikut kesukaan masing- masing. Boleh kurangkan manis jika nak diberikan kepada bayi berusia 8 bulan ke atas. Resipi ini juga boleh digunakan untuk buat puding lain seperti puding manga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI