Ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal melangkah ke Tahun 1 pada tahun 2026 nanti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuka pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 bermula 1 Mac ini.
Bagi mengelakkan masalah keciciran pelajar, tarikh pendaftaran ini bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2025 ini.
Proses pendaftaran ini akan dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.
Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2026 / 2027
-Kanak-kanak warganegara Malaysia
-Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2019 – 1 Januari 2020
Dokumen diperlukan semasa buat permohonan adalah:
-Salinan kad pengenalan ibu bapa dan anak
-Surat beranak anak
-Bil utiliti atau dokumen pengesahan alamat tempat tinggal
2. Daftar Sebagai Pengguna Baru (Pengguna Pertama Kali): Klik pada “Daftar Baru”. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.
3. Log Masuk ke Sistem: Selepas pendaftaran berjaya, log masuk ke sistem menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.
4. Maklumat Peribadi: Klik pada tab ‘Aplikasi’ dan pilih ‘Modul Pengurusan Awam’. Isi semua maklumat peribadi, maklumat pasangan, dan maklumat anak jagaan.
5. Permohonan Kemasukan: Setelah semua maklumat diisi, pergi ke tab ‘Maklumat Anak Jagaan’ untuk mengisi maklumat setiap anak. Seterusnya, pilih ‘Permohonan Kemasukan’ dan ikuti arahan untuk memilih sekolah yang sesuai berdasarkan alamat yang didaftarkan.
6. Muat Naik Dokumen: Muat naik dokumen yang diperlukan mengikuti format dan saiz yang ditetapkan. Tandakan kotak ‘Saya mengaku..’ dan klik ‘Hantar’.
7. Cetak dan Hantar Borang: Setelah menghantar permohonan, cetak borang permohonan dan borang sokongan yang diperlukan. Hantar borang tersebut ke sekolah yang dipilih.
Ibu bapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) idMe serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen dalam tempoh pendaftaran dibuka
Sila bawa bersama dokumen berkaitan / dokumen yang mana berkenaan seperti berikut (dokumen yang diperlukan tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon) :
-Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan)-Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa)
-Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan)
-(Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak tuan / puan masuk tahun 1
-Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
Kita sebagai ibubapa semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, namun kita juga perlu tahu cara atau kaedah yang betul sekiranya ingin menegur anak yang melakukan kesilapan.
Melalui perkongsian Dr Ahmad Luqman, anak-anak yang selalu dimarahi, dimaki atau dikasari semasa kecil kebiasaannya akan membesar menjadi individu yang membenci dirinya sendiri.
Sumber: Dr Luqman
Ujarnya, anak yang berdepan dengan situasi dimarahi, dimaki dan dikasari akan menjadi kurang keyakinan diri dan sentiasa berfikiran negatif. Lebih teruk lagi, anak kecil itu juga akan membesar menjadi individu yang bengis dan panas baran, sama seperti ibu bapanya hasil daripada pengalaman semasa kecil.
Sebagai ganti kepada marah dan menegur, Dr Luqman menyarankan kaedah memberi ganjaran akan membuatkan anak-anak menjadi lebih mendengar kata.
Antara cara-cara lain selain daripada marah dan menegur adalah:
Mulakan dengan pertanyaan bukan penyataan. Anak-anak lebih mudah menerima teguran dengan menggunakan cara yang sopan, berbanding dengan cara mengarah-ngarah mereka.
Teguran diberikan secara rahsia. Sekiranya kita menegur anak-anak dikhalayak ramai semestinya anak akan berasa segan dan malu.
Tanya dan dengar dahulu. Kesilapan ibu bapa adalah bila prasangka terhadap anak tanpa ingin mendengarkan penjelasan dari anak.
Setiap usaha kita mendidik anak yang dimulakan dengan niat yang baik dan kerana Allah, akan dipandang oleh Allah. Semoga kita sentiasa bersabar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita.
Biasanya dalam perhubungan suami isteri, komunikasi yang baik dan bagi perhatian pada pasangan jadi asas utama dalam keharmonian rumah tangga. Jika berpegang pada wang ringgit sahaja ia tak ke mana jika pasangan rasa seperti tak dihargai.
Percayalah jika hubungan ini disulami dengan kejujuran, sikap tolak ansur dan gurau senda anak, rumah tangga anda akan terus bahagia walau dalam apa keadaan sekalipun. Tapi sebagai ketua keluarga, adakah anda perasan isteri akan rasa dihargai bila suami dapat bagi perhatian apa yang nak diluahkannya.
Berdasarkan perkongsian dari Najmi Nawawi, 15 minit pertama, masa wajib bagi perhatian pada isteri. Ini ialah cara untuk buat isteri rasa dihargai. Contohnya, baru ambil isteri dari tempat kerja, atau baru balik kerja, maka gunakan 15 minit pertama di awal pertemuan untuk fokus 100% pada isteri.
Dengar cerita dan tunjukkan minat kepada cerita yang disampaikan isteri. Walaupun kita sibuk dengan kerja, mahu buat panggilan, mahu fikir tentang kerja dan sebagainya. Tetapi hanya untuk 15 minit pertama ini, tolong lupakan semua itu sebentar.
Bagi 15 minit pertama ini untuk bagi perhatian dan senyuman. Sorok tepi muka stress dan penat itu untuk 15 minit yang istimewa ini. Cipta ruang penghargaan bagi membuatkan pasangan rasa dilindungi dan dicintai.
p/s : 15 minit pertama ialah minimum, kalau boleh bagi lagi lama, lagi bagus. Barulah isteri itu rasa puas dan dihargai. Nanti kau pula yang akan dihargai kembali.
Janganlah baru jumpa isteri, tetapi buat tidak peduli dan buat macam isteri itu tidak wujud. Tangki emosi dan buku cerita dia tengah penuh tu, lebih baik beri dia peluang curah dan bacakan pada kau dulu.
Lama tak dengar khabar buah hati rakyat Malaysia ni kan? Walaupun kisah awalnya dah lebih setahun dikongsikan sebelum menjalani rawatan, nampaknya orang ramai masih ingat si comel Ainul Mardhiah.
Setiap apa yang dikongsikan oleh kedua ibu bapa Ainul Mardhiah akan jadi perhatian. Lagi-lagi bila nampak perubahan yang positif dari semasa ke semasa selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya sekitar Jun tahun lalu.
Sekarang boleh borak dengan Ainul. ‘Respond’ dia tu geram je!
Kini perkembangan terbaru Ainul nampaknya semakin ceria, pandai bergurau dan dah faham apa orang cakap dengannya.
Menurut walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul dah pun mencapai berat 7 kilogram, semakin sihat dan pandai. Nampak dia begitu ceria sekali dan mula nak belajar sesuatu yang baru.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Ainul pun dah panjang akal sekarang. Macam-macam dia nak belajar dan buat.
“Tengok perkembangannya tak sangka Allah bagi peluang kedua untuk kami bersama-sama membesarkannya dan memberi kasih sayang,” kongsinya.
Terbaru dalam perkongsian video di instagram mama Ainul, Nurul Erwani, Ainul dah pandai berinteraksi dengan walidnya dan faham apa orang cakap. Keletah Ainul cukup buat sesiapa yang tengok rasa gembira.
Asyik kena sakat dengan mama
Selain itu, mama Ainul juga berkongsi video Ainul dah pandai gelak manja apabila digeletek. Seronok lihat senyuman manis Ainul walaupun masih ada lagi temujanji dengan doktor untuk pastikan Ainul sihat sepenuhnya.
Kita yang tak kenal pun pasti ternanti-nanti perkembangannya dari semasa ke semasa. Lihat senyuman dia pun dah rasa lega.
Tambah walid Ainul semasa di temuramah oleh wakil Pa&Ma sebelum ini, Ainul sihat semuanya dengan izin Allah. Malah doa dari orang ramai semasa di awal kisahnya dikongsikan benar-benar memberi impak yang besar dalam diri Ainul.
“Tiada apa yang kami boleh ucapkan selain sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat ini. Rezeki Ainul ni sentiasa dipermudahkan walaupun sebelum itu kami tak kuat nak melaluinya seperti sekarang.
“Betullah orang kata setiap anak tak kira apa sekalipun keadaannya sentiasa akan beri rezeki yang kita tak jangka,” katanya.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.