Ikan memang sumber protein terbaik tapi bagi penderita penyakit ekzema, ibu berpantang lepas bersalin dan penghidap GERD ada beberapa jenis ikan yang perlu mereka elakkan jika tak mahu keadaan menjadi lebih teruk.
Perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman ini penting untuk dijadikan panduan berguna.
PERHATIAN : TOP 5 IKAN PALING GATAL. PALING “ANGIN”.
Gatal ekzema tak henti?
“Angin” dan mental akibat refluks dan kembung?
Sakit kepala migrain tak kurang-kurang?
Loya dan nak muntah, perut tak selesa?
Bengkak sana-sini…
Anda tengah berpantang lepas bersalin?
Info ini SANGAT PENTING.
Berpantang ni bukan perkara sia-sia macam sesetengah orang fikirkan. Memang lah lain individu lain reaksi..tetapi bagi mereka yang alah, berpantang mungkin menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga.
Contohnya lepas bersalin. Orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin. Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.
Saya ambil contoh :
Ads
Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif. Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.
Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:
– Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.
– Histamin berlebihan juga menyebabkan pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
– Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak.
– Badan jadi gatal dan ruam timbul.
– Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. Loya dan cirit birit.
Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma,
Pantang dahulu makanan histamin buat sementara.
Pantang 5 Jenis ikan penyebab kegatalan dan angin ini!
1. Ikan Kembung
Ads
2. Ikan Tongkol
3. Ikan Cencaru
4. Ikan Bawal (Hitam/Emas)
Ads
5. Ikan Pari
Ikan-ikan ini mungkin menyebabkan simptom penyakit-penyakit di bawah ni menjadi lebih teruk mengikut pemerhatian dan pengalaman saya
1. Ekzema: Ruam dan kegatalan menjadi lebih teruk.
2. Alahan atopi seperti asma dan resdung.
3. Mingrain atau sakit kepala: Sakit kepala mungkin tercetus.
4. Sakit seperti senggugut jadi lebih teruk.
5. GERD: Jika ada radang gastrik, ia boleh jadi lebih teruk. Simptom yang biasa berlaku selepas makan ikan ini ialah sakit perut, kembung, berdebar dan sesak nafas. Emosi dan mental juga boleh jadi terganggu menyebabkan
stress, meroyan, fikir bukan-bukan, risau dan pelupa.
Bagaimana simptom boleh jadi lebih teruk? Ikan ini mengandungi kandungan amino asid histidin yang berpotensi ditukarkan kepada bahan kimia saraf iaitu histamin oleh kuman yang hinggap di makanan ini. Maka makanan yang tinggi histamin ini berpotensi menyebabkan sensitif dan keradangan bagi yang alah.
SHARE pada saudara dan kenalan yang menderita ekzema atau GERD…atau sedang pantang bersalin. Semoga bermanfaat.
Semestinya ibu-ibu mahu segera sihat selepas bersalin. 6 perkara yang diketengahkan ini boleh dilakukan semasa dalam pantang.
Ibu-ibu yang lepas bersalin adalah digalakkan untuk melakukan senaman post natal untuk memperbaiki perjalanan darah dan pernafasan.
Di samping itu juga, senaman-senaman ini juga boleh mengembalikan keanjalan otot-otot di sekeliling salur peranakan.
Senaman ini boleh dimulakan ketika ibu-ibu masih dalam pantang, bergantung kepada keadaan fizikal atau setelah mendapat nasihat doktor.
SENAMAN PERNAFASAN
Senaman pernafasan adalah yang paling mudah dilakukan. Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan.
Pastikan bahu dan kepala disokong oleh bantal.
Pada kedudukan baring terlentang, bengkokkan lutut dan tangan diletakkan di atas perut.
Tarik nafas panjang menerusi hidung dan hembus nafas perlahan-lahan menerusi mulut.
Pastikan leher dan bahu tidak bergerak. Ulangi sebanyak 3 kali.
Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan.
SENAMAN KAKI
Senaman ini boleh melancarkan perjalanan darah dan serta menguatkan kembali otot-otot pada bahagian kaki. Berikut ialah langkah-langkahnya;
Senaman untuk kaki boleh dilakukan dengan berbaring terlentang sambil kedua-dua kaki diluruskan.
Gerakkan pergelangan kaki anda ke atas dan ke bawah. Ulangi sebanyak 10 kali.
Menggerakkan kaki membentuk dengan bulatan dengan kedua-dua pergelangan kaki. Ulang pergerakan ini sebanyak 10 kali.
SENAMAN ANGGOTA ATAS
Untuk senaman ini, langkah-langkah ini perlu dilakukan. Ia membantu menggalakkan perjalanan darah terutama sekali bagi mama yang banyak berbaring selepas bersalin.
Ibu perlu baring terlentang dengan kedua-dua belah tangan dirapatkan ke badan.
Angkat kedua-dua belah tangan ke atas (melepasi bahu) sehingga kedua-duanya bersentuhan.
Kemudian jatuhkan semula dan rapatkan ke sisi badan. Ulangi sebanyak 20 kali.
SENAMAN ABDOMEN
Senaman pertama
Baring terlentang sambil membengkokkan lutut. Rapatkan tangan di sisi badan.
Kempiskan perut anda dan tahan selama 5 saat sebelum kembali ke posisi asal.
Lakukan sebanyak 10 kali.
Senaman kedua
Baring terlentang dengan kedua-dua belah tangan ke perut. Lutut dibengkokkan.
Angkat kepala dan bahu anda dan pandang ke arah lutut.
Lakukan sebanyak 10 kali.
SENAMAN ANGKAT PUNGGUNG
Baring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.
Jarakkan sedikit antara kedua-dua belah kaki.
Angkat bahagian punggung anda dan tahan selama 5 saat.
Kembalikan punggung ke keadaan asal. Lakukan ini sebanyak 10 kali.
SENAMAN KEGEL
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membuat senaman kegel. Ia boleh dilakukan dalam posisi berdiri, duduk atau berbaring. Posisi baring ialah pilihan terbaik untuk mereka yang baru memulakannya.
Apa yang penting, anda tidak menahan nafas semasa melakukan kemutan. Bernafaslah seperti biasa. Caranya ialah dengan;
Mengemutkan otot pelvis seperti menahan kencing. Tahan kemutan selama 10 saat.
Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan.
Ulangi langkah senaman ini sebanyak mungkin.
POSTUR BADAN
Postur badan semasa mendukung bayi
Apa yang mama perlu lakukan ialah fikirkan keselesaan anak bila mendukungnya. Menggunakan alat penggendong dua bahu (carrier) boleh mengelakkan ibu daripada sakit belakang. Ini juga membantu membolehkan mama mendukung dalam tempoh yang lama.
4 TIPS POSTUR BADAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI
Kaedah menyusukan yang betul membuatkan anda dan bayi anda lebih selesa. Kepala bayi berehat dalam dakapan anda.
Sokong belakang badan dan punggung bayi. Lengan bayi perlu berada pada bahagian sisinya. Mama jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
Anda juga boleh duduk menyandar pada kerusi ketika menyusu. Sokong kepala bayi dengan lengan dan muka bayi menghadap payudara.
Gunakan bantal atau kusyen untuk memastikan selesa ketika bersandar. Jika anda berasa letih, anda boleh menyusu sambil berbaring.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada dikalangan anak-anak kita yang tidak suka mengambil sarapan pagi. Mengajar anak untuk mengambil sarapan setiap pagi sebenarnya bermula daripada mama dan papa sendiri. Pastikan anak-anak wajib diberikan sarapan, namun jangan pula diberikan daripada jenis yang mengandungi tinggi gula!
Ada sebabnya mengapa jenis pemakanan bergula dilarang untuk diambil oleh anak-anak kecil kita yang sedang membesar.
Menurut Puan Ruqayyah Muhammad, Pegawai Diatetik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), sarapan amatlah penting buat anak-anak yang sedang membesar. Namun elakkan sama sekali pengambilan gula dipagi hari. Mengapa?
Bangunkan anak lebih awal untuk bersarapan pagi. Jadikan sarapan pagi sebagai rutin harian agar apabila anak memasuki alam sekolah rendah, ia telah menjadi kebiasaan untuk anak.
Memberikan sarapan pagi itu penting, tetapi jenis hidangan yang diberi juga akan memberi kesan kembali pada anak.
Sarapan pagi yang tinggi dengan gula seperti bijirin sarapan segera atau biskut manis boleh menyebabkan anak hiperaktif di dalam kelas disebabkan paras gula darah yang tinggi sekaligus menyebabkan tumpuan untuknya belajar semakin berkurangan.
Anak akan menjadi letih selepas itu kerana telah banyak menggunakan tenaga sebelumnya. Gula yang berlebihan di dalam diet harian juga dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan karies gigi.
Memberikan makanan yang terlampau tinggi lemak dan minyak pula boleh menyebabkan anak mengantuk dan lambat menyelesaikan tugasan di sekolah. Makanan berlemak lebih lambat dihadam dan memerlukan proses yang lebih panjang berbanding makanan rendah lemak.
Maka, memilih makanan yang kaya dengan bijirin, serat dan protein tetapi rendah lemak dan gula akan memastikan paras gula darah yang lebih stabil pada anak-anak, selain melambatkan pengosongan perut. Ia membantu anak fokus dengan lebih baik pada waktu pagi.
Pilih Menu Terbaik
Mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia, anak berusia 4 hingga 6 tahun memerlukan 1300kcal setiap hari yang merangkumi pelbagai jenis makanan seperti bijirin, protein daripada ikan, ayam dan legum, susu, buah dan sayur-sayuran .
2. Rancang menu untuk seminggu setiap hari agar mudah untuk dilaksanakan di pagi hari. Sediakan pilihan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan di pagi hari.
3. Pastikan pemilihan makanan memenuhi konsep Pinggan Sihat Malaysia. Ada karbohidrat yang berfungsi untuk memberikan tenaga, protein seperti ayam dan telur untuk pertambahan otot dan sel tubuh, serat untuk melawaskan penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama pada anak.
4. Semangkuk bubur nasi bersama sayuran dan isi ayam juga cukup untuk mengenyangkan anak sehingga waktu rehat nantinya.
5. Sekeping sandwic bersama telur rebus dan keju, bersama sayuran yang dipotong kiub atau sandwic roti pita boleh juga dijadikan hidangan ‘on the go’ di dalam kereta jika tidak punya masa yang lama untuk makan.
6. Jika tidak sempat memasak di pagi hari, semangkuk bubur oats yang bersama buah kering seperti kismis dan kurma, dan campuran susu boleh dijadikan hidangan sarapan yang baik. Lengkap tetapi ringkas.
7. Lempeng yang diadun bersama susu dan telur, berserta parutan lobak merah atau buah kering juga tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
8. Sediakan pek ‘on the go’ yang boleh diambil di atas kereta atau van sekolah sekiranya anak tidak mahu bersarapan. Bijirin sarapan yang rendah kandungan gula, sandwic atau kuih muih seperti pau berinti daging atau ayam boleh dijadikan pek makanan di waktu pagi. Snek seperti potongan buah, kacang seperti badam yang kaya dengan protein dan lemak politaktepu boleh dibekalkan untuk anak ambil di atas kereta atau di tadika sekiranya lapar.
9. Pastikan anak tidak lupa mengambil segelas susu untuk membantu tumbesaran tulangnya setiap pagi dan malam. Hidangan ringkas tetapi padat dengan nutrisi pada waktu pagi akan membantu anak lebih selesa dan sihat sepanjang hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diibaratkan hadiah yang penuh bermakna instafamous, Dr Say Shazril akhirnya menyambut kelahiran bayi lelaki pada 5 Mei 2019.
Sebelum ini Dr Say pernah berkongsi mengenai masalah kesuburan & usahanya untuk mendapatkan zuriat dengan mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, mengamalkan pemakanan lebih sihat, mengurangkan pemakaian pakaian dalam di rumah dan mengambil suplemen kesuburan isterinya membuahkan hasil apabila isterinya, Dr Azura Abas akhirnya hamil.
Perkongsian yang menjadi tular itu memberikan semangat kepada pasangan yang berusaha hamil untuk terus meningkatkan tahap kesihatan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
SEBELUM INI ALAMI PENDARAHAN, URI LEKANG & PANGKAL RAHIM MEMENDEK
Sebelum ini, Dr Say juga turut berkongsi yang isterinya mengalami komplikasi pendarahan. Pendarahan yang berlaku sejak dari kandungan 27 minggu mujurlah ditangani dari awal. Ia adalah berpunca daripada masalah uri lekang yang ringan (mild abruptio placentae) dan pangkal rahim memendek bawah 2.5cm yang boleh mendedahkan 20% kelahiran pramatang.
Berita gembira kelahiran bayinya pada usia ini dikongsikan Dr Say menerusi Instagram.
“Alhamdulillah, I Am Now A Father
‘POP’, AIR KETUBAN PECAH
“Mase gi ANC semalam, pakar sakit puan sy btau baby akan keluar Kamis atau Jumaat ni. Sy pun ok lah, maka sy gi shooting iklan arini thinking everything is gonna be fine. Sejam lepas sy sampai location shooting, bini call ckp “ubby td i buang air pastu i dgr bunyi “Pop” pastu kaki i basah”.
DR SAY BERADA DI LOKASI PENGGAMBARAN
Air ketuban bini pecah, shooting about to start, sy watak utama maka xleh nk ciao. Sy tenangkan diri sb berdasarkan pengalaman kedoktoran, salu 1st baby akan keluar lmbt. Tp hati masih resah & nasib baik bini ade kt umah mak die, maka mak mertua & adik bradik ipar saya bawak bini ke hospital.
DENYUTAN JANTUNG BAYI LEMAH, KENA CAESAR
“Tiba2 bini call balik, kali ni die cakap “ubby CTG baby ade deceleration deep gile (denyutan jantung baby lemah) & mcm nk kne push tuk cesar” terduduk sy dibuatnye bang. Kali ni mmg sy xsimpan, sy btau director yg “i gotta go”. Memandangkan part sy nk habis, kami proceed lelaju & trus sy pecut ke hospital.
JANTUNG LEMAH (FETAL DISTRESS), TALI PUSAT KETAT DI SEKELILING LEHER
“Sesampainya di hospital, bini masih dlm operation theater maka sy masuk je ke OT ingin bertanye status bini. Muncul pakar sakit puan sy menerangkan sgale ape yg berlaku. Rupe2ny denyutan jantung baby jd lemah disebabkan tali pusat teramat ketat di sekeliling lehernya. Nasib baik bini akur tuk cesar secepat mungkin cz jika dibiarkan, xtau ape yg akan terjadi kpd baby kami.
SYUKUR AKHIRNYA BERGELAR DADDY
“Alhamdulillah 1.19pm 5.5.19 bini sy selamat melahirkan our 1st baby boy seberat 3.3kg. No words can describe how im feeling right now peeps. We are so blessed & so lucky with this miraculous gift from Ilahi. Thank u sooo much for all of ur warm wishes & du’a peeps. I am now a DADDY!
Dr Say turut berkongsi mengenai kelahiran bayinya ini melalui Instastory. Beberapa kemaskini Instastorry sempat dirakamkan Pa&Ma.
“I wanna be there when the baby comes out tapi shooting is about to start…”
“Bayi berjaya dikeluarkan, misi ulang kali sebut ‘nice nose‘. Ikut daddy lah kut”
Ibu bapanya menjadi pelawat pertama.
FOLLOWER TERUJA UCAP TAHNIAH
Para follower memberikan ucapan tahniah kepada doktor selebriti ini dan mendoakan agar ibu dan anak sihat.
@sitirohayamohsin Tahniah Dr. Same case macam kes anak sulung saya..berat baby pun lebih kurang sama ?
@ronellaeo_selangor Congratulations doc and wife. Selamat berpantang untuk wife dan welcome to parenthood journey
@nisabatrisya27 Alhamdulilah, tahniah doc n wife. Welcome baby boy ? @say_shazril
@rroslita Congratulations dear. I know how you feel. I have 5 babies and I love every single experience of becoming a mom over again. Salam to your wife. Ramadhan Kareem
@wawadanishh Alhamdulillah congrates for both of u.. Im happy for u…Bby ramadhan membawa keberkatan…
@hiszul_hisyam Alhamdulillah doc @say_shazril tahniah moga sgalanya dipermudahkan..amiin…slm ramadhan jugak?..baby nk puasa jugak tuuu tu sebab nk keluar awal..kihkihkih
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.