Kalau kita bandingkan, memang ramai orang luar, terutamanya dari Eropah, nampak jauh lebih tinggi dari orang Asia.
Tak sangka, rupa-rupanya orang Eropah ni memang antara yang tertinggi di dunia! Malah, Belanda telah menduduki tangga pertama untuk ketinggian purata penduduk tertinggi dunia.
Menurut laporan yang disiarkan oleh Harian Metro, senarai negara dengan penduduk memiliki purata ketinggian tertinggi dan terpendek di dunia tahun 2024. Ia berdasarkan data dari laman sesawang, World Population Review.
Bagaimanapun, untuk memudahkan perbandingan, maklumat ini mengambil kira ketinggian purata untuk lelaki berusia lebih 19 tahun dan ukuran adalah dalam sentimeter (sm).
Model terkenal dari Belanda, Doutzen Kroes memiliki ketinggian 179 sm
Negara penduduknya memiliki purata ketinggian tertinggi
1. Belanda: 183.78 sm
2. Montenegro: 183.3 sm
3. Estonia: 182.79 sm
4. Bosnia dan Herzegovina: 182.47 sm
5. Iceland: 182.1 sm
6. Denmark: 181.89 sm
7. Republik Czech: 181.19 sm
8. Latvia: 181.17 sm
9. Slovakia: 181.02 sm
10. Ukraine: 180.98 sm
Negara penduduknya memiliki purata ketinggian terendah
Ads
1. Timor Leste: 160.13 sm
2. Laos: 162.78 sm
3. Kepulauan Solomon: 163.07 sm
4. Papua New Guinea: 163.1 sm
5. Mozambique: 164.3 sm
6. Nepal: 164.36 sm
7. Guatemala: 164.36 sm
8. Yaman: 164.42 sm
9. Bangladesh: 165.08 sm
10. Madagascar: 165.16 sm
Rahsia Penduduk Belanda Tertinggi Di Dunia
Tentu ramai yang tahu apakah rahsia menyebabkan negara Belanda menjadi penduduk tertinggi dunia!
Ads
Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Royal Society of London, catatan ketenteraan Belanda mendapati bahawa pada pertengahan tahun 1800-an, ketinggian purata tentera Belanda adalah sekitar 165 cm. Namun, dalam tempoh 160 tahun, ketinggian penduduk Belanda meningkat lebih 20 cm.
“Pertumbuhan ini terlalu pantas jika hanya disebabkan oleh faktor genetik,” kata Profesor Louise Barret dari Universiti Lethbridge, Kanada.
Kajian itu juga mendapati bahawa pasangan yang mempunyai ramai anak kebiasaannya terdiri daripada lelaki tinggi dengan wanita yang mempunyai ketinggian purata.
Oleh itu, ketinggian orang Belanda juga mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut Barret, sistem penjagaan kesihatan yang baik, tahap ketidaksamaan pendapatan yang rendah, dan sistem kebajikan sosial yang sangat mantap di Belanda adalah faktor yang menyumbang kepada ketinggian mereka.
Ads
“Di Belanda, semua faktor ini menyumbang kepada kelahiran bayi yang berkualiti tinggi dan seterusnya mengurangkan risiko faktor-faktor yang boleh menghalang pertumbuhan ketinggian,” kata beliau.
“Setiap kali badan terpaksa meningkatkan tindak balas imun, badan akan kehilangan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk pertumbuhan,” tambahnya lagi.
Berkaitan dengan pemakanan yang diambil oleh orang Belanda, perlu diingat bahawa negara ini terkenal sebagai pengeluar susu. Malah, orang Belanda juga sangat gemar dengan produk tenusu.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu memberi sumbangan besar kepada peningkatan ketinggian mereka.
“Kalsium membina tulang, dan pertumbuhan sangat bergantung kepada ketersediaan kalsium,” jelasnya.
Ada macam-macam cara untuk mencari rezeki. Asalkan ia tidak menyalahi undang-undang dan halal, tak kisahlah bagaimana janji boleh menjana pendapatan. Salah satu cara yang menjadi pilihan adalah dengan berbisnes.
Kecil atau besar perniagaan itu, asalkan dibuat dengan tekun dan sabar pasti dapat bertahan. Paling penting tak boleh ada rasa segan tak bertempat, barulah boleh bercakap dengan orang ramai.
Sesetengah ibu ayah mengajar anak-anak mereka untuk turut sama berniaga. Cara ini bukan saja dapat mendidik anak menjadi lebih yakin, tetapi sebenarnya bagus untuk membina jati diri mereka.
Selain itu, anak juga dapat belajar untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
Begitulah yang dikongsikan oleh akaun TikTok @norezzatiumaira ini, yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan seorang penjual buah di Sandakan, Sabah sedang menyanyi.
Penuh keyakinan dan berbakat besar tetapi yang menarik perhatian warganet adalah rupanya yang kacak biarpun masih kecil.
Nampak seperti malu-malu pada awalnya dan berkata hanya satu kali saja untuk menyanyi. Dia terus ambil mood dan terus memukau perakam video dengan suaranya yang merdu dan boleh ‘ditarik’ tinggi.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Baguslah dia, kecil-kecil dah berniaga. Semoga awak terus berjaya dan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan. Dengan suara yang merdu begini, tak mustahil bakatnya akan menarik perhatian komposer terkenal tapi paling penting biarlah seiring dengan pendidikan juga. Good luck dik!
Memilih pasangan bukanlah satu hal yang mudah. Selain gerak hati yang berikan Allah, kita juga perlu bijak menilai mana pasangan yang serasi dengan kita malah sanggup hidup susah senang sepanjang bersama. Bukan mudah. Bukan hanya sekadar suka dan terus berkahwin tetapi perlu melihat latar belakang keluarga jika mahu kehidupan aman bahagia.
Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagram miliknya. Benar, berkahwin bukan satu keputusan mudah. Malah nak pilih pasangan pun perlu melihat pelbagai krateria. Nak mudah ikut sahaja kriteria yang digariskan oleh agama kita sebagai panduan.
4 KRITERIA MEMILIH PASANGAN
Rasa-rasanya sejak sekolah lagi kot kita dah diajar mengenai perkara ni. So ia bukan rahsia la. Nak pilih pasangan kenalah betul-betul. Bukan pilih pasangan tu je semata-mata, tetapi pilih keluarga dia juga.
Ade 4 kriteria nak pilih pasangan ni.
1) AGAMA – Aspek terpenting untuk menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah pasangan yang mengamalkan ajaran agama Islam.
2) KECANTIKAN / KETAMPANAN – Beauty lies on the eyes of the beholder. Ukur kain di badan sendiri sama. Korang sendiri rasa ok, ons jelah. Takyah dok compare dengan orang-orang kat IG, tambah filter je muka diorang tu.
3) KETURUNAN – Keluarga berperanan besar untuk mempengaruhi ilmu, akhlak, dan keimanan seseorang. Kalau ada problem dengan wife nanti, mesti dia block no phone atau unfollow IG etc. So, si suami kenalah berhubung dengan keluarga mertua dia la kan. So, berbaiklah dengan keluarga mertua sama. Family mertua mesti akan support kita kalau kita betul-betul. Yela, kan kita pun akan menyambung nasab keturunan depa juga (melalui anak-anak kita).
4) HARTA – Pilihlah pasangan yang setara harta dan darjat/status sosial. Ini pun boleh jadi isu. Ada yang rasa superior atau ada yang rasa inferior kang. Banyak salah faham terjadi sebab isu ni.
Ni sebenarnya 4 kriteria yang Rasulallah SAW pesan kat kita. Just sebagai peringatan semua.
Elak kongsi cerita rumah tangga di media sosial
Berkongsi tip, melalui instagramnya Dr Izzar juga sempat berpesan kepada pasangan berkahwin agar berhati-hati setiap kali memuat naik status di media sosial.
Malah beliau juga sempat berpesan jangan membandingkan isteri atau suami kita dengan orang lain. Belajar menerima pasangan kita seadanya malah sebaiknya cubalah menggembirakan hati isteri, barulah aman bahagia kehidupan berumah tangga kita. Itu yang sebaiknya.
“Kalau gaduh tu janganla dok post-post kat IG ayat-ayat deep perli isteri/suami. Jangan compare pasangan dengan orang lain.
Isteri always right. Happy wife, happy life. Kalau suami nak keluar main basketball, kasi jela tanpa had. Tu jela kot,” katanya lagi.
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.
Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.
Tiga beradik itu ditemani bapa mereka, Tan Wee Lee dan ibu, Tan Bee Kam, mereka tidak kekok bersama-sama kanak-kanak Melayu lain mandi air semburan dari kenderaan bomba seawal jam 8 pagi.
Ketiga-tiga beradik itu juga begitu teruja untuk bersunat malah bangun seawal jam 5 pagi kerana tidak sabar untuk menjalani prosesnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dengan suka rela meminta untuk berkhatan tanpa paksaan kerana pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka beragama Islam.
“Ramai ahli keluarga kami yang berkhatan kerana bertujuan menjaga kesihatan dan kebersihan.
“Saya mendapat tahu daripada rakan sekampung yang memaklumkan mengenai program berkenaan dan terus mendaftarkan ketiga-tiga anak kami,” kata ibu, Tan Bee Kam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan HTM.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.