Penerusan Penyusuan Susu Ibu, Dapat Jimatkan Kos! Beri Lebih Banyak Manfaat Kepada Ibu Dan Anak.

Share

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.

Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/mother-holds-newborn-boy-her-arms-while-she-feeds-him_2913984.htm#query=anak%20menyusu&position=14&from_view=search&track=ais

Menurut Dr Saf, Kaunselor Laktasi, terdapat beberapa kepentingan yang boleh diperolehi jika para ibu meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia dua tahun.

Antara kepentingan tersebut ialah:

1. Selepas enam bulan, bayi perlu menerima makanan pelengkap sebagai makanan tambahan kepada susu ibu.

2. Penerusan penyusuan susu ibu yang kerap masih penting kerana boleh membekalkan kepada ½ daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan dan perlu diteruskan sehingga berumur dua tahun atau lebih.

3. Susu ibu amat sesuai untuk bayi dan sentiasa berubah dari hari ke hari, bulan ke bulan mengikut perkembangan dan keperluan bayi.

4. Bayi dapat mempelajari rasa makanan keluarga melalui suus ibunya.

5. Susu ibu adalah unik dan amat istimewa, mengandungi cecair yang hidup secara aktif dalam melindungi bayi dari jangkitan. Susu formula tidak dapat melindungi bayi dari jangkitan.

Susu ibu juga dapat menjimatkan kos kerana tiada ataupun kurang penggunaan susu formula. Jadi, amat bagus jika para ibu dapat meneruskan penyusuan badan kepada bayi sehingga bayi berusia dua tahun.

Published by
Zetty Mazlan