Pengalaman Lahirkan Anak Pramatang Bawah Seberat 600g & 800g, Ibu Ini Tubuh Grup Sokongan

Share

Pengalaman ibu ini melahirkan dua bayi pramatang seberat 600gram & 800gram tentu bukan mudah. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui dan kesukaran mendapatkan sokongan, grup sokongan diwujudkan bagi memberikan manfaat kepada ibu bapa yang lain.

Puan Norazleena Yaha sebenarnya melalui 5 kehamilan yang berisiko pramatang. Anaknya Adreena Scha dilahirkan pada minggu ke-31 dengan berat 800gram dan didiagnos dengan cerebral palsy.

Manakala yang cahaya mata kedua pula lahir pada minggu ke-28 kehamilan dengan berat 600g dinamakan Adelleeya Scha. Terkini, Norazleena sedang hamil dan bersukur bayi sudah pun melepasi berat micro preemie iaitu melebihi 1kg dan lahir melebihi usia pramatang.

GRUP SOKONGAN

Mengetahui betapa perlunya sokongan buat ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang, Norazleena membuat keputusan untuk menubuhkan kumpulan sokongan berbentuk private group di Facebook pada tahun 2014.

“Grup sokongan ini mempunyai keahlian seramai 23 ribu ibu bapa bayi pramatang di seluruh Malaysia tidak termasuk di Instagram dan Facebook page. Saya sebagai pengasas Bayi Pramatang Malaysia  mempunyai 6 admin untuk mengelola. Admin grup ini terdiri daripada ibu-ibu yang mempunyai pengalaman anak pramatang.”

 

SOKONGAN MORAL

Grup sokongan ini memberi sokongan moral (mental dan emosi)  membantu ibu baoa bayi pramatang terutamanya ibu bapa yang melahirkan anak micro preemie iaitu yang mempunyai berat semasa lahir di bawah 1kg dimana mereka akan ditahan di wad Neonatal Intensive Care Unit (NICU) berbulan-bulan lamanya.

Emosi ibu yang tidak stabil yg masih dalam pantang. Kami cuba berikan semangat untuk mereka terus kuat ketika bayi mereka sedang berjuang untuk survive. Doktor atau pakar sendiri tidak dapat membantu kecuali ibu bapa lain yang pernah melaluinya sahaja yang akan memahami situasi ni.

TEMPAT MELUAHKAN & MEBANTU MEMPERBETULKAN 

Ada pngalaman di mana ibu yang hilang kewarasan, tekanan, masalah kekeluargaan akan berlaku, masalah kewangan dan sebagainya. Ada yang melibatkan penceraian antara ibu bapa. Ibu yang cabut wayar  pada anak di NICU untuk dibawa pulang. Jadi kami di grup sokongan menjadi tempat mereka meluahkan, membantu memperbetulkan dan menenangkan keadaan ibu.

Bagi mengetahui lanjut mengenai bayi pramatang dan risiko yang dihadapi serta aktiviti yang diadakan oleh grup sokongan yang diasaskan oleh Puan Norazleena Yaha ikuti rancangan Pa&Ma 9 malam ini di Astro Prima & Astro Maya HD.

Published by
Azma ML