Meskipun tahun ini beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu semua tidak menghalang para selebriti menyambutnya dengan penuh meriah dalam cara mereka sendiri.
Pelakon Elfira Loy misalnya yang berkongsi beberapa keping foto gambar menyambut Syawal di Instagram miliknya.
Apa yang lebih istimewa, tahun ini merupakan pengalaman pertama bintang berusia 26 tahun itu menyambut Syawal sebagai seorang ibu.
Dalam masa yang sama, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy turut meluahkan rasa rindu akan sambutan hari raya Aidilfitri terdahulu yang mana disambut dengan meriah dengan kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakan.
“Raya Day 3 , masih bersiap in Baju raya .
“To be honest i love raya so so much . Selalunya during raya kita akan imbas kembali kenangan bersama dengan family , bergelak ketawa dengan kawan , masak untuk tetamu yang nak datang. It makes me happy . Hehe #Coveid #Rayadudukrumah,” tulisnya di Instagram
Sebelum itu, Elfira turut berkongsi gambar hari raya pertama keluarga kecilnya dengan persalinan sedondon.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar Pada 1 Januari 2019. Pasangan ini selamat bergelar ibu dan ayah selepas Elfira melahirkan zuriat pertama mereka yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober tahun lalu.
Tak dinafikan sambutan kali ini memang berlainan dari kebiasaan. Rindu akan kemeriahan tahun terdahulu bila dapat pulang ke kampung halaman dan berkumpul dengan sanak saudara jauh dan dekat selain sahabat-sahabat.
Semoga semua ini berakhir tidak lama lagi dan kita semua dapat kembali menjalani hidup seperti dahulu dengan norma baharu seperti yang disarankan. Oleh itu jangan lupa sentiasa amalkan langkah pencegahan seperti kerap membasuh tangan, memakai mask jika tidak sihat dan tidak keluar rumah jika tidak perlu. Sama-sama kita membendung penularan wabak Covid-19 ini!
Sumber: Media Hiburan & Instagram Elfira Loy