Tentu ramai yang mengikuti perkembangan kes pengasuh Allahyarham Adam Rayqal, lima bulan yang ditemui tidak bernyawa dalam peti sejuk pada 3 Julai lepas.
Hari ini pengasuh tersebut, Noor Aqilah Abd.Rahman di bawa ke Mahkamah Sesyen Selayang untuk didakwa atas tuduhan menganiaya dan melupuskan mayat bayi malang tersebut.
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Mengikut pertuduhan pertama, Noor Aqilah, 33, didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas Adam Raykal Mohd Sufi Naeif didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala di sebuah rumah di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves antara jam 6.20 petang dan 6.50 petang 3 Julai 2018.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ads
Sementara itu bagi pertuduhan kedua pula, wanita itu didakwa melupuskan mayat mangsa dengan niat untuk menyembunyikan kematiannya bagi menyebabkan dia terlepas hukuman di lokasi dan masa yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang memakai t-shirt warna ungu dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung.
Ads
Ibu tertuduh turut hadir bersama keluarganya mengikuti prosiding.
Timbalan Pendakwa Raya Sm Arunjothi membantah jaminan diberikan ke atas tertuduh atas alasan kes itu berkepentingan awam dan menarik perhatian orang awam.
Ads
Bagaimanapun peguam Dinesh Mutal memohon jaminan diberikan dengan kadar minimum memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan dan masalah ekonomi keluarga.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan supaya melapor diri di balai polis dua kali sebulan.
13 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Luluh hati seorang ibu apabila bayi berusia lima bulan yang dijaga pengasuh mengalami kecederaan didakwa dihempap kanak-kanak berusia dua tahun.
Kisah bayi lelaki itu tular di media sosial sejak Khamis dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk melahirkan simpati dan sedih atas kejadian tersebut.
Menerusi laporan Sinar Harian, ibu bayi berkenaan, Siti Nor Asyikin Abdul Kadir, 22, berkata, sebelum kejadian pada Disember tahun lalu, dia menghantar anak keduanya Mohamad Azmil Azli Mohamad Azali ke rumah pengasuh untuk menghantar anak buahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengasuh beritahu muntah, kesan ubat yang disapu
Menurutnya, keesokan harinya pengasuh terbabit memaklumkan anaknya mengalami muntah dan mendakwa mungkin disebabkan ubat yang disapu pada mangsa.
Katanya, sehari selepas itu pengasuh menghubungi dan memberitahu bayinya tidak menunjukkan sebarang respon dan dia bergegas ke rumah pengasuh.
“Saya terus ke rumah pengasuh dan ketika dalam bilik saya nampak pengasuh sedang mendodoikan anak saya.
“Namun sedih melihat keadaan anak yang bukan nak tidur namun diserang sawan ketika itu, malah pengasuh masih tidak memberitahu punca yang berlaku ke atas bayi saya,” katanya.
Didakwa terhempap ketika pengasuh dalam bilik air
Mengulas lanjut Siri Nor Asyikin berkata, dia segera membawa anaknya ke Hospital Melaka dan waktu itu baharu pengasuh memaklumkan anak buah didakwa terhempap bayinya ketika pengasuh itu berada dalam bilik air.
“Saya tanya dia kenapa tak beritahu awal-awal dan dia memberi jawapan kerana tidak mahu saya kelam-kabut.
“Disebabkan kecuaiannya anak saya terpaksa menanggung kesakitan dan dirawat Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka selama 22 hari sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat selama sembilan hari,” katanya.
Mohon doakan kesembuhan
Tambahnya, akibat kecuaian itu juga anaknya mengalami patah tangan kiri, pendarahan dalam mata dan pendarahan dalam kepala.
Ujarnya, walaupun anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah sejak 16 Januari lalu, namun masih dalam pemantauan doktor selain perlu berulang alik ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan.
Menurutnya, berharap insiden yang menimpa anaknya dapat menjadi iktibar kepada ibu bapa lain yang menghantar anaknya kepada pengasuh.
“Saya berharap orang ramai juga dapat bersama mendoakan kesembuhan anak saya dan berharap ada pengadilan dalam kejadian ini,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan patah tangan manakala 15 lagi rakan berusia 7 hingga 12 tahun cedera ringan apabila van sekolah yang dinaiki terbalik dekat Padang Temusu, Tikam Batu, Sungai Petani, pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pemandu van berusia 50-an (lelaki) cedera ringan di bahagian kepala.
Menurutnya, maklumat awal mendapati kemalangan jam 7.40 pagi itu melibatkan sebuah van sekolah yang dalam perjalanan menghantar murid ke sekolah telah terbabas dengan sendiri ke dalam parit di bahu jalan.
“Apabila sampai di lokasi, terdapat sebuah van sekolah terbalik dan 17 mangsa yang terdiri daripada 10 kanak-kanak lelaki dan enam perempuan serta seorang pemandu van.
“Tiada yang tersepit dalam van berkenaan dan semua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sekejapnya dipinjamkan, tidak sempat mencurahkan kasih sayang si kecil yang dikandung pergi dulu. 2 hari yang ada sangat berharga, ibu ini reda bayinya dijemput Allah kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
Catatan ibu ini amat menyentuh hati. Selepas melalui kesakitan melahirkan perlu menghadapi pemergiaan anak tercinta. Perkongsian yang tular lebih 1,500 reaksi daripada warganet, kisah ini benar-benar menyentap perasaan. Seolah-olah melihat sendiri apa yang terjadi…
Anak syurga ibu, makin hari semakin jauh.. tetapi rindu ibu semakin dekat. Sabar dan doaku sering ku kirim kn dngn mu nak. Bila dtgnya rindu ibu dngnmu. Ibu hannya mampu melihat gambar2 mu nak. Waktu ni ibu ambil gambar. Ibu sakit menahan ujian ini.
MAAFKAN IBU TAK SEMPAT MEMBESARKAN KAMU
Tpi ibu tetap kuat. Semangat ibu untuk anak ibu doa yang tak putus-putus ibu berharap anak ibu kambali pulih seperti bayi yang lain. Ternyata.. Allah lebih menyayangi anak ibu. Maaf kan ibu nak kerana ibu tak sempat membesar kan anak ibu di dunia. Di saat ibu sma anak ibu di wad. Ibu tak perna terfikir kalau anak ibu pergi tinggalkan ibu.. Allah Mah Berkuasa. Ibu hanya mampu sabar..
Mohammad Rifqi Bin Mohd Firdauz.
Hari pertama jam 6 petang ibu minta ayah pergi hospital. Sebab perut dah mula sakit. Jam 6.48 minit sampai hospital, ibu di hantar ayah masuk jumpa doktor. 7 malam ibu masuk bilik PAC & doktor mula lah cek bukaan baru 2cm.
DARAH KELUAR TAK HENTI-HENTI
Lepas pemeriksaan, ibu di tempatkan di ruang tempt katil. Masa tu ibu masih boleh tahan sakitnya. Jam 3 pagi sakit perut ibu makin kuat dn darah tak henti-henti keluar. Last-last ibu dah tak tahan ibu sendiri masuk bilik PAC minta doktor check. Bila doktor periksa baru 4cm, lama lagi baru ibu boleh bersalin.
AIR KETUBAN PECAH
Baru abis cek bukaan beberapa minit kemudian air ketuban ibu mula pecah, pada saat tu doktor hairan 4cm dah pecah ketuban dan nak bersalin dah. Sampai doktor tanya ibu kalau ada minum air selusuh sebab baru 4cm.
Doktor pun mula lah busy mengurus ibu dan tolak ibu ke bilik bersalin. Sampai bilik bersalin jam 4 pagi saat tu ibu rasa gelisah tapi tetap bersemangat melawan ketakutan.
Tak lama, ibu syukur ibu bersalinkan kamu normal. Pada pukul 4.32 pagi ank ibu keluar. Doktor pun bekerja keras demi menyelamatkan 2 nyawa. Saat tu doktor berjaya. Begitu juga dengn anak ibu terus masuk wad kanak-kanak pada pukul 6 pagi ibu keluar dari room besalin.
WALAU KESAKITAN, IBU MELAWAT KAMU
Jam 10 pagi ibu naik atas wad kanak-kanak melawat anak ibu. Walaupun ibu dalam kesakitan. Alhamdulillah saat tu senang lah hati ibu melihat anak ibu yang handsome. Ni kira hari pertama anak ibu tengok dunia. Jam 11 ibu di minta keluar sebab o pakar nak check pernafasan kamu yang tak stabil.
12 tengah hari ayah pun datag melawat ibu dan kamu. Terus ibu segera bawa ayah lawat anak yang manja ke wad kanak-kanak. Ketika ayah datang kamu nampak sihat walafiat. Saat ini ayah pun mula azan kan kamu. Ibu nampak ayah menangis dengan rasa gembira bercampur sedih melihat kedaan kamu. Begitu juga dngn ibu. Nampak ayah nangis ibu tak mampu menahan air mata daripada mengalir.
Hari ke-2 anak ibu masih menggunakan oksigen biasa dan masih ditempatkan dalam wad kanak-kanak. Ibu tak selera untuk makan minum sebab risaukan kamu. Ibu sedih. Pada awal pagi anak ibu nmpk masih normal sihat. Smpai pukul 11 pagi datang lagi doktor pakar. Dan ibu tinggalkan kamu untuk diperiksa.
DOA IBU TAK PUTUS-PUTUS UNTUK KAMU RIFQI
Sabar dan doa ibu tak pernah putus saat itu. Ibu semakin takut. Smpai jam 1 petang selesai pemeriksaan. Rupa-rupanya anak ibu menghidap jangkitan kuman di paru-paru.. Allah… sedihnya.. Apabila ibu menjenguk kamu dalam wad, anak ibu sudah dipakai oksigen an paling kuat dan hos sana sini. Subahanallah. Ibu tak dapat menahan perasaan melihat keadaan kamu, ibu menangis semahu-mahunya walau pun masih dalam pantang. Keadaan kamu makin teruk dari yang sebelumnya.
Dari 1 tengah hari itu smpailah hari ke3. Siang malam ibu tak tidur jaga anak ibu. Dan ayah pun saat tak henti-henti menitiskan air mata. Hati seorg ibu tak tega melihat suami menangis dengan kedaan anak tak stabil.
DOKTOR KATA PELUANG RIFQI 50-50
Ya allah.. keadaan pernafasan kamu semakin perlahan. Pernafasan 50-50 kata doktor. Ya Allah ujian yang berat buat ibu. Ibu sangat risaukan kamu.. Tangisan kami tidak dapat dibendung lagi. Doktor membenarkan keluarga ibu melawati kamu.
Saat tu tangisan ibu semakin kuat, ibu sangat takut akan kehilangan kami. 12 tengah hari ibu masih tetap di posisi menjaga kamu. 2 petang ibu nampak pernafasan anak ibu semakin perlahan dari 50%. Ibu pun sangat risau dan maklumkan kepada ayah.
Kami berdua tak tenteram melihat keadaan kamu Rifqi. Pukul 2.38 petang tiba-tiba pernafasan berhenti. Dengn mata ibu sendiri melihat.. Subahan allah… ibu teriak dan minta pertolong dari doktor sembuhkan anak ibu.
DOKTOR PUN MENANGIS, KAMU PERGI JUA NAK
Setelah bertungkus lumus berusaha semuanya gagal. Kamu pergi juga. Anak ibu pergi tnggalkan ibu. Ya allah. Alfatihah untuk anak syurga ibu.
Doktor menangis saat pemergian kamu kerana usahanya tak berjaya menyelamatkan kamu. Tiada yang berkuasa selain mu Ya Allah Maha Berkuasa. Kerana segalanya telah Engkau tentukan..
Sabar dan doa sentiasa ada dengn ibu. Alfatihah anak syurga ibu.
Mohammad Rifqi bin Mohd Firdauz.
Lahir pada 20.05.2019.
Perginya tinggalkan ibu dan ayah 22.05.2019
Sekejapnya Allah pinjamkan anak syurga. Ibu dn ayah sangat bersyukur walau hanya 2 hari semmpat menjaga kamu, anak ibu yang handsome comel sado. Alfatihah sayang mama.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...