Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang disyaki didera pengasuh sehingga patah tangan kanan kini stabil.

Pengasuh Hubungi Ayah Mangsa Pada Hari Kejadian Beri Tahu Bayi Tidak Henti Menangis. Zaheen Affan Kini Stabil

Mangsa, Muhammad Zaheen Affan Mohamad Zulkarnain kini dirawat di Hospital Seri Manjung selepas keluarganya menghantar ke hospital sejurus mendapati lengan bayi tersebut membengkak selepas mengambilnya dari jagaan pengasuhnya di Seksyen Dua, Seri Iskandar, Rabu lalu.

“Buat masa ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

IKLAN

“Cuma jika betul ada unsur penderaan, saya harap ada pembelaan yang sewajarnya untuk bayi kami,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan sini, hari ini.

Mengimbas kembali pada hari kejadian, Akma berkata, bayinya dihantar ke rumah pengasuh kira-kira jam 9 pagi bersama bapa mentuanya sebelum ke tempat kerja.

BACA: Tangan Bayi Dipulas Oleh Pengasuhnya Sehingga Patah Tangan. Suami Pengasuh Sempat Bagitahu Hanya Terseliuh

IKLAN

Menurutnya, lebih kurang jam 10.45 pagi dia pergi mengambil Muhammad Zaheen Affan selepas pengasuh tersebut menghubungi suami memberitahu anak sulungnya itu tidak henti menangis.

IKLAN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sehingga kini pihak polis masih menunggu laporan penuh perubatan bayi berkenaan.

Katanya, pengasuh yang berusia 46 tahun itu sudah pun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Sumber: Sinar Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI