Sesiapa yang gemar makan apam balik tu, sekarang dah boleh buat sendiri. Lagi rangup dan lagi sedap! Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa-apa bahan yang kita suka!
(Followers Pa&Ma nak dapatkan perkakas masakan dengan harga murah boleh klik SINI)
Apam Balik Homemade
Bahan-bahan untuk apam balik:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
Serbuk kacang tanah
1 tin jagung krim
Gula pasir secukupnya
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk apam balik:
1) Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
2) Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
3) Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
4) Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
5) Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
6) Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.
Selamat mencuba
Kredit: Chu Hy Lea
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)