Peningkatan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan memberi kesan kepada ramai tahun depan, terutamanya selepas beberapa perkara yang disebut dalam Belanjawan 2025. Antaranya peluasan skop SST dan kenaikan gaji minimum ke RM1,700 sebulan. Pembaca pastinya tertanya-tanya, adakah perubahan ini akan menambah beban kos hidup harian kita?
Sebagaimana laporan Sinar Harian, pandangan Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjelaskan mengenai isu yang menjadi bualan masyarakat kini. Menurut pakar ekonomi ini, jangkaan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang susulan peningkatan gaji penjawat awam serta penyasaran subsidi petrol RON95.
“Lazimnya peniaga memang sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan harga dan wujud peluang itu kerana mulai 1 Disember ini gaji penjawat awam meningkat sebelum kenaikan gaji minimum berkuat kuasa 1 Februari 2025.
“Peniaga melihat pengguna mempunyai kuasa beli yang lebih dan mereka menaikkan harga dengan alasan terpaksa membayar gaji lebih, kos overhead selain peningkatan kos belian barang premium yang diimport serta barang-barang tersenarai bawah peluasan SST,” katanya.
Dalam pembentangan Belanjawan pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan melaksanakan peluasan skop SST secara progresif berkuat kuasa 1 Mei 2025.
Barjoyai turut tidak menolak kemungkinan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berkenaan berlaku dalam peratusan yang agak tinggi kerana peniaga akan mengambil kira kesan pengganda daripada kenaikan kos dan cukai yang mereka alami.
Ads
“Kesan berangkai berlaku di segenap peringkat perniagaan misalnya, di peringkat pengeluar kerana apabila gaji naik dan berlaku peluasan cukai, mereka akan mengalami kenaikan kos. Kenaikan kos itu akan diserap dalam harga barang.
“Apabila pemborong ambil barang itu dengan harga yang naik, barang itu akan pergi kepada peruncit dengan harga turut meningkat sebelum ia sampai kepada peniaga makanan.
Ads
“Peniaga makanan pula akan menaikkan harga pada kadar jauh lebih tinggi daripada kenaikan kos,” ujarnya.
Barjoyai menjelaskan, akhirnya akan dapat dilihat bahawa semua peringkat perniagaan menaikkan harga sekali gus menjadikan kenaikan harga berlaku secara meluas.
Ads
“Jadi peningkatan harga diramal agak besar walaupun kadar inflasi negara hari ini tidak sampai dua peratus.
“Bagaimanapun saya tidak dapat anggarkan peratus kenaikan harga ini secara spesifik. Namun ketika ini kos makanan semuanya sedang meningkat dan ia akan terus menaik,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menggerakkan secara lebih agresif pasukan pemantau untuk pastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya melebihi apa yang sepatutnya.
Anak mana yang tidak rindukan ibu dan bapanya selepas berpisah lama. Anak kedua pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lila Amina mengundang hiba orang ramai bila mana menangis tatkala melihat bapanya yang pulang dari mengerjakan umrah.
Selepas lebih dua minggu ditinggalkan, anak kedua Awal dan Scha itu seakan merajuk lantas tangisannya membuatkan ramai yang turut sayu hati.
Momen penuh hiba itu sempat dirakamkan Awal dan Scha sebaik tiba di kediaman mereka.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Awal di Instagramnya, Lila ketika itu dikendong oleh pembantu rumah mereka namun menangis sebaik disapa Awal.
“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” seloroh Awal menerusi kapsyennya.
Lila yang menangis terus memeluk kemas bapanya sambil menangis teresak-esak seakan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.
Bukan hanya Lila bahkan Awal juga dilihat turut bergenang air mata sambil memujuk anak kecilnya itu. Walau memujuk dengan membuka kopiah putih yang dipakainya namun pujukan itu tidak berhasil. Tangisan Lila kian berpanjangan sambil memeluk kemas ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan wargamaya turut hiba
Pempengaruh cilik, Fatimah ‘The Family UK’ yang cukup dikenali dengan kepetahannya berdialek Kelantan dikhabarkan semakin lemah selepas prosedur pembedahan biopsi dilakukan pada minggu lepas.
Menurut perkongsian di Instagram keluarga ini, Fatimah yang dikhabarkan tidak sihat dan berulang alik ke hospital sejak Mac lalu mengalami pendarahan sejak lapan hari lalu malah sehingga kini masih tidak berhenti.
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.
“Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.
“Hari ini sudah masuk hari ke-8 Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas,” kongsinya menerusi kapsyen.
Ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga turut memohon doa dari semua agar keadaan Fatimah semakin bertambah baik dan stabil.
“Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, beberapa hari lalu Fatimah dikhabarkan tidak sihat bahkan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan sejak Mac lalu.
Tempias populariti ibu dah ayahnya, Nur Fatima Aisya, anak kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai.
Kepetahan anak kecil itu yang kini berusia dua tahun lebih itu sentiasa buat wargamaya terhibur. Ada sahaja jawapan dari mulutnya kala menjawab pelbagai persoalan dari Fazura.
Terbaru menerusi beberapa perkongsian video pendek Fatima di media sosial, Fazura memuat naik video Fatima yang menjawab pertanyaannya.
Namun apa yang membuatkan wargamaya terhibur pastinya kepetahan Fatima yang menjawab dengan lancar dan pantas.
“You’re not wrong Fatima.
“Dah pandai sebut nama penuh sendiri dah,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya geram pastinya melihat Fatima yang menyebut nama penuhnya dengan begitu lancar sekali.
Walaupun sedang leka bermain namun Fatima mampu menjawab soalan ibunya dengan jawapan ‘budak baik’ dan ‘anak solehah’ dengan begitu pantas dan yakin. Memang terbaik.
Walau baru berusia dua tahun lebih namun Fatima cukup lancar dan menyebut sebutan perkataan dengan penuh. Memang comel!
Terdahulu, Nur Fatima Aisya yang menjadi kesayangan ramai ini dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.