Kisah durian masih menjadi tular di kalangan keluarga yang gemarkan raja buah ini.  Jadi apa kata musim cuti sekolah ini, bawa anak-anak bercuti ke daerah Gopeng, Perak. Konsep bercuti sambil makan durian. Paling best, ada resort yang menawarkan pakej makan durian semasa menginap di sini.  Resort berkenaan berdekatan dengan dusun durian ini menjadi tular setelah menawarkan pakej penginapan 2 hari 1 malam dengan konsep makan durian sampai puas termasuk Durian Musing King fresh. Jom kita selidiki di mana resort best ini.

Penginapan Sambil Makan Durian Dengan Ciri Kedesaan.  Antara Sebab Resort Ini Jadi Pilihan Cuti Sekolah!
Fresh…Buah durian hasil kutipan daripada dusun yang berhampiran

Jika anda memillih untuk bercuti konsep ‘back to nature’ , anda boleh menginap di Nastasya Riverside Resort Gopeng. Terletak di Kampung Jahang, Gopeng, Perak, hanya dua jam memandu dari Kuala Lumpur terkenal dengan kemudahan rekreasi di sini yang luas dan kemudahan melakukan aktiviti seperti telematch, hari keluarga serta team building syarikat. Sememangnya musim cuti sekolah masa yang paling ibu ayah tunggu-tunggu. Itulah masa terbaik untuk  membawa anak-anak riang ria sempena cuti sekolah. Bagi yang telah merancang pergi bercuti, ia akan menjadi sebuah kenangan terindah. Inilah masa untuk diisikan dengan aktiviti-aktivit yang bermakna dan membawa faedah bersama anak-anak.  Bukannya  dihabiskan begitu sahaja dengan menonton televisyen  atau bermain gajet sepanjang hari.

Penginapan Sambil Makan Durian Dengan Ciri Kedesaan.  Antara Sebab Resort Ini Jadi Pilihan Cuti Sekolah!
Kabin berwarna-warni
Penginapan Sambil Makan Durian Dengan Ciri Kedesaan.  Antara Sebab Resort Ini Jadi Pilihan Cuti Sekolah!
Rumah kayu yang selesa

Ibu bapa perlu menjadikan percutian kali ini sebagai suatu momen terindah. biarpun ada  anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan penting tahun hadapan, ia bukanlah penghalang untuk bercuti.  Mereka juga memerlukan rehat semasa cuti sekolah ini.

Tema alam semulajadi

IKLAN
Penginapan Sambil Makan Durian Dengan Ciri Kedesaan.  Antara Sebab Resort Ini Jadi Pilihan Cuti Sekolah!
Taman permainan mini berhampiran penginapan

Paling menarik  penginapan resort ini  berdekatan dengan dusun pokok-pokok buah-buahan termasuk pokok durian!  Malah anda  dan anak-anak boleh merasai pengalaman mengutip durian di dusun dan menikmati buah durian ‘fresh’. Selain ke dusun, anak-anak boleh mandi sungai, menaiki lori di kawasan sekitar sambil menikmati udara pagi.  Bagi anak-anak yang sukakan kuda boleh cuba tunggang haiwan ini serta terdapat pelbagai aktiviti menarik lain. Apa yang pastinya percutian anda bersama anak-anak kali ini  dengan ciri-ciri kedesaan tanpa perlu  kolam mewah,  3D animation atau rollercoaster.

Penginapan Sambil Makan Durian Dengan Ciri Kedesaan.  Antara Sebab Resort Ini Jadi Pilihan Cuti Sekolah!
Ciri-ciri kedesaan untuk kanak-kanak

Sememannya resort ini tampil konsep  semula jadi untuk penginapan bersama keluarga. Malah ia juga sesuai untuk syarikat korporat dan organisasi untuk sebarang majlis rasmi atau team building. Resort ini tampil dengan unit penginapan jenis kabin berwarna-warni dan rumah kayu yang unik . Paling menarik penginapan ini berdekatan dengan sungai! Tentu anak-anak seronok untuk mandi-manda di sini. Segalanya fresh!  Setelah puas riang ria, anda dan keluarga bakal menikmati makan tengahari lauk kampung. Memang menyelerakan!

IKLAN

Aktiviti keriangan

IKLAN
Penginapan Sambil Makan Durian Dengan Ciri Kedesaan.  Antara Sebab Resort Ini Jadi Pilihan Cuti Sekolah!
Water rafting

Pelbagai aktiviti keriangan boleh dilakukan di sini. Bagi anak-anak yang besar tentu tidak sabar untuk melakukan aktiviti lasak antaranya Water Rafting,   Archery,  Flying Fox + Wall Climbing, Horse Ride dan   Bike Rental. Bagi anak-anak kecil selain bermain air sungai yang nyaman dan segar turut disediakan taman permainan mini berdekatan dengan bilik penginapan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI