Kisah durian masih menjadi tular di kalangan keluarga yang gemarkan raja buah ini. Jadi apa kata musim cuti sekolah ini, bawa anak-anak bercuti ke daerah Gopeng, Perak. Konsep bercuti sambil makan durian. Paling best, ada resort yang menawarkan pakej makan durian semasa menginap di sini. Resort berkenaan berdekatan dengan dusun durian ini menjadi tular setelah menawarkan pakej penginapan 2 hari 1 malam dengan konsep makan durian sampai puas termasuk Durian Musing King fresh. Jom kita selidiki di mana resort best ini.
Jika anda memillih untuk bercuti konsep ‘back to nature’ , anda boleh menginap di Nastasya Riverside Resort Gopeng. Terletak di Kampung Jahang, Gopeng, Perak, hanya dua jam memandu dari Kuala Lumpur terkenal dengan kemudahan rekreasi di sini yang luas dan kemudahan melakukan aktiviti seperti telematch, hari keluarga serta team building syarikat. Sememangnya musim cuti sekolah masa yang paling ibu ayah tunggu-tunggu. Itulah masa terbaik untuk membawa anak-anak riang ria sempena cuti sekolah. Bagi yang telah merancang pergi bercuti, ia akan menjadi sebuah kenangan terindah. Inilah masa untuk diisikan dengan aktiviti-aktivit yang bermakna dan membawa faedah bersama anak-anak. Bukannya dihabiskan begitu sahaja dengan menonton televisyen atau bermain gajet sepanjang hari.
Ibu bapa perlu menjadikan percutian kali ini sebagai suatu momen terindah. biarpun ada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan penting tahun hadapan, ia bukanlah penghalang untuk bercuti. Mereka juga memerlukan rehat semasa cuti sekolah ini.
Tema alam semulajadi
Paling menarik penginapan resort ini berdekatan dengan dusun pokok-pokok buah-buahan termasuk pokok durian! Malah anda dan anak-anak boleh merasai pengalaman mengutip durian di dusun dan menikmati buah durian ‘fresh’. Selain ke dusun, anak-anak boleh mandi sungai, menaiki lori di kawasan sekitar sambil menikmati udara pagi. Bagi anak-anak yang sukakan kuda boleh cuba tunggang haiwan ini serta terdapat pelbagai aktiviti menarik lain. Apa yang pastinya percutian anda bersama anak-anak kali ini dengan ciri-ciri kedesaan tanpa perlu kolam mewah, 3D animation atau rollercoaster.
Sememannya resort ini tampil konsep semula jadi untuk penginapan bersama keluarga. Malah ia juga sesuai untuk syarikat korporat dan organisasi untuk sebarang majlis rasmi atau team building. Resort ini tampil dengan unit penginapan jenis kabin berwarna-warni dan rumah kayu yang unik . Paling menarik penginapan ini berdekatan dengan sungai! Tentu anak-anak seronok untuk mandi-manda di sini. Segalanya fresh! Setelah puas riang ria, anda dan keluarga bakal menikmati makan tengahari lauk kampung. Memang menyelerakan!
Aktiviti keriangan
Pelbagai aktiviti keriangan boleh dilakukan di sini. Bagi anak-anak yang besar tentu tidak sabar untuk melakukan aktiviti lasak antaranya Water Rafting, Archery, Flying Fox + Wall Climbing, Horse Ride dan Bike Rental. Bagi anak-anak kecil selain bermain air sungai yang nyaman dan segar turut disediakan taman permainan mini berdekatan dengan bilik penginapan.